Artikel 1
 

Siapa yang lebih bodoh?
 

PM gila menyindir pelajar universiti yang mengadakan demonstrasi yang
mengencamnya. Dia berkata orang yang berdemo sudah ketandusan idea. 
Dia berkata tindakan itu membazir duit kerajaan dan pelajar
membuang masa dengan melibatkan dengan kegiatan yang tidak ada berkenaan
dengan pelajaran mereka. Jika pelajar hendak berdemo, lebih baik
mereka tinggalkan pengajian.  Dia menambah kepintaran tidak diperlukan 

untuk berdemonstrasi. Orang yang tidak mempunyai otak (bodoh) masih boleh berdemo.

Semasa dia berada di Chicago, dia berkata para reformasi kelihatan 
amat bodoh yang mengibarkan bendera sebagai tanda bantahan terhadapnya.
 

PM gila dengan sinis menyindir pelajar - pelajar universiti.

Dia memperlekehkan kepintaran dan kewarasan pelajar universiti bahawa tindakan berdemo

adalah satu tindakan yang bodoh. Ini bermakna dialah yang lebih pandai 

daripada pelajar universiti. Kalau dia pandai sangat. dia harus menjawab

persoalan-persoalan dibawah:
 

Ucapan dan kenyataan yang dibuat oleh beliau semuanya  adalah bodoh dan
bersifat kebudak-budakan. Adakah patut hujah bodoh sedemikian rupa 

dikatakan oleh orang yang menjawat sebagai Perdana Menteri. 
 

Perdana Menterikah apakah ini?
Kata orang menjatuhkan standard dan maruah.

Kenyataan bodoh memalukan diri sendiri.

Maafkan saya, terlupa pulak yang dia pernah mengaku yang dia 
ini muka tembok (thick-skinned). 
Tergagap-gagap, segan dan malu hendak menjawab soalan-soalan 
yang ditanya oleh wartawan mengenai isu sensasi seperti kes DSAI.

Pak turut dan pengampu pun ikut bodoh juga dengan mengeluarkan kenyataan yang
sama bodoh.
 

Siapa yang telah diperbodohkan oleh penculik Abu Sayyaf bukan sekali
tapi dua kali. 

PM gila kata penculikan pertama itu tidak serius dan tidak menjejaskan 
sektor pelancongan.

Itu adalah kenyataan bodoh dan tidak bertanggungjawab.

Isu keselamatan diperlekehkan. Kawalan keselamatan tidak diperketatkan

dan hangat-hangat taik ayam.

Kalau kawalan keselamatan adalah ketat, penculikan kedua tidak akan berlaku.

Bila penculikan berlaku lagi, PM tak berani nak buat kenyataan, takut beri 

kenyataan yang bodoh lagi. 
 

Penculik Abu Sayyaf ketawa sampai nak kering gusi melihat betapa bodohnya
negara jiran mereka. Senang sangat nak ceroboh perairan negara jiran 
kerana sibuk sangat nak memantau aktiviti BA sampai terlupa nak kawal perairan
negara.
 

Siapa yang buat lawak bodoh mengenai sandiwara Sauk, hak istimewa orang
Melayu , Suqiu dan Al-Ma’unah = komunis dan pengganas.dan wang ehsan. 

Tahukah mereka (kerajaan) bahawa semua perbuatan itu adalah kerja orang bodoh dan 

menyusahkan diri mereka sendiri. Perbuatan itu seperti menggali lubang sendiri.
 

Rakyat tidak bodoh  dan tidak percaya.
Apa saja kerajaan buat, rakyat menganggap ia adalah sandiwara bodoh yang
rendah mutunya.
Siapa yang memperbodohkan dan mempermainkan kewibawaan mahkamah. Hakim dan
peguam terpaksa  ikut telunjuk PM. Walaupun disub-poena oleh mahkamah 
untuk menghadirkan diri ke mahkamah untuk memberi keterangan, dengan 
berani dia enggan hadir ke mahkamah. 
 


PM lebih hebat dari Rahim Bapa Anjing Noor, Sanusi Junid  dan Suharto
iaitu tak payah pura-pura sakit. 

Terkial-kial peguam kerajaan nak bagi sebab PM tak perlu hadir ke mahkamah. 

Sebelum itu bukan main lantang dia mengatakan dia ada bukti kukuh mengenai
kes DSAI. Dia sudah membuat siasatan  dan sudah pun menemuramah pelacur-pelacur. 

Bila disuruh hadir ke mahkamah, terus kecut perut dibuatnya.
 
Siapa yang memperbodohkan,
mempergunakan dan memperalatkan orang Cina.
Berbagai-bagai ugutan, ancaman dan hasutan dilemparkan kepada mereka pada 

pilihanraya umum yang lepas. Kalau orang Cina tidak membantu BN,

sudah tentu BN akan kalah. Ucapan kemerdekaan oleh PM gila tidak akan dilupakan

oleh orang Cina dan akan dikenangkan sehingga pilihanraya akan datang.

PM ditanya adakah ucapan  kemerdekaan beliau itu menyinggung dan 
menyakiti hati dan  perasaan orang Cina.
 

Dia menjawab, “tidak, kerana orang Cina tidak memahami keadaan dan
situasi yang sebenar”. Memang sah, PM memang bodoh dan bebal.
Siapa yang memperbodohkan rakyat Terengganu selama 25 tahun. Wang ehsan
akan disalurkan terus kepada rakyat Terengganu tanpa orang tengah yang
membolehkan semua rakyat Terengganu menikmati faedah. Kalau kerajaan

ikhlas,bersih dan telus, kenapa negeri Terengganu masih merupakan 

antara negeri yang termiskin. Siapa yang percaya lawak bodoh wang ehsan,
orang itu yang bodoh.

Tak payah guna kecerdikan dan gunakan common sense sudah mencukupi.
Siapa yang memperbodohkan diri sendiri untuk mendapat habuan dari PM
gila. 

Pemimpin UM NO sanggup bertuankan PM gila demi memperolehi harta dan kuasa.
Semua yang dikatakan oleh PM adalah betul dan tidak ada  bantahan.
Begitulah taat setianya pemimpin UM NO yang sudah tidak mempunyai maruah lagi.
Presiden MCA merupakan kaki pengampu dan penyokong kuat PM.

Presiden MCA Lick Leong Shit tidak berani bersuara, mempertahankan maruah 
dan kepentingan orang Cina demi menjaga kepentingan diri

sendiri. Presiden MIC Samy Velu pun dua kali lima. Dia hanya tahu 
nak kutip duit tol saja.  Masalah kaumnya dibiarkan begitu saja.

Dia tidak mahu mengambil tahu mengenai kemelut orang  India yang kerap
melakukan kegiatan jenayah.
 

Persoalan-persoalan diatas tidak memerlukan kecerdikan untuk menjawab.
 

LTL