Artikel 10
 

Menyesal aku...
 

Kau orang nak tahu apa yang sedang difikirkan oleh Mahafiraun. 

Menyesal aku buat macam-macam sandiwara yang hanya merugikan aku sendiri. 
Kenapa aku buat semua benda ini? Setan mana yang menghasut aku ini? 
Macam-macam benda dah berlaku sejak aku menang dalam pilihan raya umum 
tahun lepas. Aku sepatutnya bersyukur yang aku terselamat dari kekalahan 
pilihan raya. Kenapa aku mahu nak cari pasal dengan BA? Menyesal! menyesal !
 

Menyesal aku main sandiwara...
 

Menyesal aku pecat Anwar. Aku telah melakukan kesilapan yang besar. 
Aku tak sangka rakyat tak sebodoh seperti yang aku sangkakan. Kenapa 
aku bodoh sangat ni?
 

Menyesal aku main sandiwara Al-Ma’unah. Aku tak tahu apa yang harus aku buat.
Kalau aku arahkan Al-Ma’unah didapati bersalah, Semakin ramai tak percayakan 
aku lagi. Kedudukan aku semakin terancam. Yang aku risau ni, satu demi satu 
pemimpin kejam disingkirkan. Habislah aku. Macam mana ni? Kalau Al-Ma’unah 
didapati bersalah, aku tak berani nak fikir apa yang akan terjadi pada aku. 
Mahu tak mahu aku terpaksa buat verdict mereka didapati tidak bersalah. 
Apa rakyat nak kata tentang keputusan mahkamah yang ada motif tertentu 
lantaklah dia orang. Aku terpaksa discuss dengan Lies Yatim. Celaka punya BA. 
Kali ini kau orang bernasib baik. Aku tak jadi nak balas dendam.
 

Menyesal aku memusuhi orang Cina. Buat apa aku nak memusuhi mereka? Apa 
faedah aku dapat? Aku pun tak tahu apa yang telah aku lakukan? Aku dah 
nyanyukkah?
Tergamak aku labelkan mereka sebagai komunis. Dahlah tu kenapa aku tak nak 
minta maaf dengan mereka. Menyesal aku tak mohon maaf dengan mereka. Sekarang 
mereka tak sokong aku lagi. Tetapi mereka sebenarnya yang patut dipersalahkan. 
Mereka adalah punca masalah kedudukan istimewa orang Melayu berlaku. Apa pasal 
mereka mahu buat tuntutan yang bukan-bukan? Kalau mereka tak cari pasal, semua 
ni tak akan berlaku. Jangan paksa aku lakukan apa yang aku tak suka.
 

Sejak Slobodan Milosevic disingkirkan, aku semakin takut kerana apa yang aku 
perlukan sekarang ialah sokongan rakyat. Kalau aku tak memusuhi orang Cina, 
sekurang-kurangnya aku ada orang Cina cover aku. Mahu tak mahu aku tepaksa cari 
jalan macam mana mahu bodek orang Cina. Harap-harap mereka tak benci aku lagi.
Aku terpaksa serahkan tugas ini kepada Lick Leong Shit. Dia memang pakar dalam 
hasut-menghasut dan brainwash orang Cina.
 

Celaka punya Milosevic, siapa suruh kau kalah. Wrong timing kau kalah. 
Aku ingat kau ini kebal, rupa-rupanya habuk pun tak da. Kau ni menyusahkan 
aku aje. Parti pembangkang dan rakyat bukan main bersemangat lagi. Angin  
perubahan dan api reformasi hidup semula. Ini yang buat aku risau ni. Kalau 
mereka bertambah kuat habislah aku. Geram! geram!
 

Apa pasal aku nak cari gaduh dengan PAS? Buat apa aku timbulkan isu wang ehsan?
Kalau aku tak melampau sangat sekurang-kurangnya masih ada rakyat mahu menyokong 
aku. Tapi fikir punya fikir aku memang geram dan dengki kat PAS. Celaka punya 
PAS. Pasal engkaulah aku hilang sokongan. Memang patut aku balas dendam. Biar 
padan muka kau orang. Ini semua punya pasal Alberto Fujimori dan Slobodan Milosevic, 
rosakkan plan aku aje. Aku terpaksa ubah plan dan taktik baru.
Menyusahkan aku aje. Soal balas dendam aku terpaksa berhentikan sementara waktu.
Selepas itu, barulah aku boleh sambung balik aktiviti balas dendam. Jaga 
kau PAS! Aku rasa aku boleh teruskan hemtam PAS dan parti-parti lain.
 

Aku semakin risau, resah, bimbang dan gelabah. Aku tak percaya satu demi 
satu pemimpin kejam disingkirkan. Mula-mula orang yang kuat songlap duit rakyat,
Suharto terpaksa letak jawatan tahun lepas. Sekarang pula giliran Alberto Fujimori 
dan Slobodan Milosevic menerima nasib mereka. Aku tak berani nak fikir adakah 
giliran aku selepas ini. Aku rasa tidak mungkin sebab pilihan raya umum akan 
datang masih jauh lagi. Ada banyak masa aku nak hentam BA dan bodek rakyat.
 

Bengang! Bengang! Sejak pemecatan Anwar aku tak nyenyak tidur. Tiap-tiap malam 
aku mengigau nama Anwar sampai isteri aku komplen. Lepas Slobodan Milosevic 
terpaksa letak jawatan, igauan aku bertambah serius. Aku bermimpi yang aku 
diheret ke mahkamah atas berbagai-bagai kesalahan yang diadili oleh hakim-hakim 
aku telah pecat termasuk Tun Salleh Abas. Saksi utama ialah musuh ketat 
aku Anwar Ibrahim. Aku dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Aku tak mahu! 
Aku tak mahu!  Lepaskan aku. Berapa banyak duit kamu mahu, aku boleh bagi. 
Aku banyak duit. Yang penting aku selamat dari dipenjarakan.
 

Fikiran aku semakin bercelaru dan berserabut. Aku terpaksa buat cool dihadapan 
orang ramai macam tak ada apa-apa berlaku. Nasib baik aku pandai berlakon.
Tetapi dalam hati, saya sangat susah hati. Aku tak tahu apa yang harus aku buat.
Aku rasa aku boleh guna budget untuk bodek rakyat. Memang betul, budget ialah 
satu idea yang baik. Selepas ini aku kena bincang dengan Daim yang diam mengenai 
budget yang mungkin terpaksa diubah. Aku mungkin kena beri berbagai insentif 
dan pengurangan cukai kepada rakyat agar mereka termakan budi yang diberikan 
oleh kerajaan. Kah! Kah! Kah!
 

Lagi satu aku kena minta kabinet menyelesaikan dan mengatasi semua
masalah-masalah sosial yang dihadapi oleh rakyat. Bolehlah saya kata 
yang kerajaan selama ini memang prihatin terhadap masalah yang dihadapi 
oleh rakyat dan BA hanya tahu saja cakap besar dan memburukkan nama baik 
kerajaan. Yang penting saya mahu masalah-masalah sosial dapat diselesaikan,
kalau tidak ia akan dijadikan modal oleh BA untuk menghemtam balik BN.
 

Untuk worse case scenario, kalau semua plan yang aku rancang tak menjadi 
menjelang pilihan raya umum akan datang, aku bercadang cabut lari saja 
bersama duit yang aku telah kebas, keluarga dan kroni aku. Apa yang
akan terjadi pada rakyat Malaysia lantaklah dia orang.
 

LTL