MINDA KITA PERLU BEBAS DARI DI JAJAH

Pendekar Melayu Watikah 1

 

Kita sering diingatkan tentang keperluan kita mengawal “tumpuan” kita. Kita perlu fokus terhadap apa yang berada di hadapan kita. Setiap gerak mereka perlu diteliti dikaji dan di buat rumusan sebelum langkah kita ambil. Tumpuan ini lantas perlu disaingi dengan keyakinan dan kepercayaan bahawa yang kita lakukan ini adalah atas nama kebenaran, keadilan dan tidak sekali-kali menyimpang dari landasan agama. Keyakinan perlu kita pupuk dan tanpa keyakinan setiap langkah nyata pincang dan setiap serangan nyata sia-sia. Kita bercerita tentang tumpuan minda kita. Tumpuan minda kita sering terlencong kerana selama ini kita tidak dihadapkan dengan perjuangan yang sebegini hebat. Minda rakyat kita juga tidak kurang terlencong. Minda kita telah dijajah dengan pelbagai bentuk penjajahan yang hadir dari campuran tuntutan sekular pemerintahan kita. Mulai zaman kolonial dahulu sehingga kita merdeka kita terus dijajah.  Minda kita telah difokuskan kepada keperluan diri sejajar dengan tuntutan nafsu. Kerajaan melayani tuntutan ini dengan harapan supaya rakyat kita terus tersungkur dengan buaian keindahan yang di janji oleh mereka yang jelas korup dan beragenda salah.

 

RUJUK KEPADA AHLI-AHLI UMNO, TANYAKAN KEPADA MEREKA APAKAH MEREKA TIDAK SIMPATI MELIHAT PERLAKUAN DAN FITNAH MAHATHIR KEATAS ANWAR IBRAHIM?

 

Pernah diajukan soalan ini kepada sdr-sdr kita dalam UMNO. Mereka menjawab memang mereka simpati dan tahu bahawa ini satu  fitnah tetapi mereka mahu menuntut ketuanan melayu dan Anwar Ibrahim hanyalah satu individu. Pemimpin datang dan pergi.  Isu Anwar Ibrahim seharusnya dilupakan, kata mereka.

 

Apakah sebenar jawaban mereka ini datang dari minda yang sihat dan bersih? Apakah sebenarnya jawaban mereka terselindung kata-kata yang menghalalkan kezaliman Mahathir? Apakah mereka sedar bahawa ketuanan melayu itu dapat terhasil andai melayu tidak berlaku curang sesama sendiri. Tindakan Mahathir adalah satu tindakan yang menghancurkan nilai murni peradapan melayu yang bernaung dengan lafaz kalimah syahadah. Budaya fitnah yang dibenarkan oleh ahli UMNO sebenarnya tidak membantu dalam menyatukan Melayu. Sikap bersenkongkol dengan kezaliman pula hanya menunjukkan minda mereka sudah dijajah dengan kehendak sealiran dengan tuntutan nafsu mereka.

 

SOKONG ANWAR IBRAHIM AKAN MEMECAH BELAHKAN MELAYU DAN MENYERTAI PARTI PEMBANGKANG AKAN MENGHANCURKAN MALAYSIA?

 

Ada pula antara mereka yang berkata Anwar Ibrahim adalah punca perpecahan Melayu dan ini tidak harus dibiarkan. Apakah tidak terkilan kita mendengar jawaban sdr UMNO ini? Apakah  sebabnya Sdr Anwar Ibrahim mahu memecahkan melayu? Kenapa beliau pula yang dijadikan alasan perpecahan kaum melayu? Sebenarnya kaum Melayu tidak berpecah. Mereka masih bersatu tetapi bersatu di luar parti UMNO. UMNO tidak lagi menjadi landasan perjuangan melayu kerana UMNO sendiri biadap pada kaum melayu dengan menghalalkan kezaliman terhadap Sdr Anwar Ibrahim. Kezaliman perlakuan mereka terhadap Anwar Ibrahim sudah menjadi asas kuat UMNO ditentang dan penolakkan UMNO sebagai wadah perjuangan kaum Melayu sudah mula terasa.

 

 

SEBENARNYA KAUM MELAYU TIDAK BERPECAH, KAUM MELAYU MASIH BERSATU TETAPI BERSATU DI LUAR PARTI UMNO

 

 

Mereka di UMNO malu untuk mengatakan bahawa sebarang sokongan terhadap Anwar Ibrahim dan parti pembangkang akan mengagalkan mereka untuk terus hidup dengan kemewahan yang sedang dikecapi sekarang ini dan kemewahan yang bakal dijanjikan oleh pucuk pimpinan UMNO. Mereka mahu Mahathir membantu mereka dalam mendapatkan kekayaan serta kuasa tetapi lupa bahawa sebenarnya mereka dipedaya untuk terus membantu, menjadikan keluarga Mahathir bermaharajalela, kaya serta berkuasa. Kekayaan yang mereka perolehi dari anugerah kontrak dan mengharapkan kekayaan melalui jalan yang kotor sebenarnya adalah punca kesuburan sikap tamak dan kelupaan mereka atas tanggungjawab sosial mereka pada nusa, bangsa dan agama. Apa yang sebenar berlaku adalah minda mereka dijajah oleh penjajah dalam negara ini yang sombong, angkuh dan rakus memegang kuasa. Nilai perikemanusiaan mereka terpesong akibat kotornya minda mereka setelah dijajah oleh najis yang di saluti emas oleh Dr Mahathir.

 

 

NILAI PERIKEMANUSIAAN MEREKA TERPESONG AKIBAT KOTORNYA MINDA MEREKA SETELAH DIJAJAH OLEH NAJIS YANG DI SALUTI EMAS OLEH DR MAHATHIR

 

 

Jesteru itu minda kita pada asasnya dikelabui dengan pendekatan sekular dan pendekatan penaburan penipuan mereka. UMNO menggunakan segala bentuk usaha khususnya dengan menekan media-massa bagi menyekat halkum rakyat dari terus membuahkan suara mengkritik dan memdedahkan kepincangan mereka. Inilah usaha mereka untuk menjajah minda rakyat Malaysia khususnya Melayu.

 

Penjajahan minda inilah sekeji-keji penjajahan lantas memberi lesen untuk mengundang segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan. Bila minda sudah terjajahan masakan arti sesaorang itu membezakan antara yang palsu dan yang benar?  Mahathir dan regimnya terus berusaha untuk menjajah minda rakyat khususnya Melayu.

 

 

PENJAJAHAN MINDA INILAH SEKEJI-KEJI PENJAJAHAN LANTAS MEMBERI LESEN UNTUK MENGUNDANG SEGALA BENTUK KEZALIMAN DAN KETIDAKADILAN.

 

 

Mereka berusaha dengan segala kekayaan yang mereka punggah dari rakyat dan berselindung dengan laungan slogan ketuanan melayu untuk menutup kejijikan perlakuan mereka.

 

Inilah hakikat yang wujud dihadapan kita sekarang ini . Budaya takut menakutkan menular hasil semaian oleh kepimpinan negara kala ini. Semaian ini terus di siram dengan kezaliman dan ketidakadilan supaya penjajahan minda ini terus hidup di bumi Malaysia. Ini merupakan satu teknik buruk untuk memaksa rakyat mengundi dan menyokong mereka. UMNO khususnya risau untuk berdepan dengan pilihanraya ke 11 nanti lantas meneruskan usahan menjajah Malaysia dengan tektik terbaru mereka yakni penjajahan MINDA.

 

 

UMNO MENGGUNAKAN SEGALA BENTUK USAHA KHUSUSNYA DENGAN MENEKAN MEDIA-MASSA BAGI MENYEKAT HALKUM RAKYAT DARI TERUS MEMBUAHKAN SUARA MENGKRITIK DAN MENDEDAHKAN KEPINCANGAN MEREKA.

 

 

Inilah perlakuan mereka. Penjajahan mereka terhadap minda kita terus menerus dilaksanakan agar kita terus terperap di bawah telunjuk kekuasaan rakus mereka. Jesteru itulah kita perlu membebaskan diri dari di jajah minda. Kita perlu memerdekaan minda kita agar perjuangan ini terlaksana demi nusa, bangsa dan agama.

 

 

Sekian dahulu

Pendekar Melayu