ANWAR KEDUA SATU KEGERUNAN MAHATHIR

Komentar 11/4/2000

 

Dan, bila Anwar Ibrahim melaungkan RE-FOR-MA-SI, Mahathir dan kuncu-kuncunya mula gusar, gundah-gulana, gelisah dan panik. RE-FOR-MA-SI laungan lagi oleh Anwar Ibrahim dan Mahathir serta kuncu-kuncu terus tergamam dan terkejut seolah-olah jeritan itu satu petanda kematian buat mereka. Laungan diteruskan dan kini mereka dengan penggunan kuasa yang ada terus menghumban Sdr Anwar Ibrahim sehinggakan suaranya langsung terpadam dalam merintih perjuangan ini. Mahathir kembali senyum dan dalam senyuman itu ketakutan terus menerus terpancar kerana selok mana beliau menyorok dosa perlakuan beliau terhadap Anwar terus datang menjenggah. Mahathir senyum lagi dan setiap senyuman tersebut menebalkan dosanya pada Sdr Anwar. Mahathir terus menerus menekan Anwar dan setiap kali dia menekan setiap masa itulah disa-dosanya bertambah. Sehingga ke hari ini, dosa itu juga bertambah bukan sahaja kepada perlakuan zalim keatas Sdr Anwar Ibrahim malah pada rakyat jelata. Mahathir dan kuncu-kuncunya terus menerus gelisah seolah-olah bayangan dosa perlakuan mereka kepada Sdr Anwar dan rakyat jelata terus menerus menghantui beliau.

 

___________________________________________________________________________________________________________

PASARAN SAHAM DOSA MAHATHIR KINI MELEBIH 1,000 MATA DAN TIDAK NAMPAK PASARAN DOSA MAHATHIR INI AKAN TURUN.

 

Semakin hari semakin tebal dosanya dan peningkatan dosanya pada rakyat melebihi paras 1,000 mata kalau dibandingkan dengan pasaran bursa saham Kuala Lumpur. Dosanya terus menerus naik walaupun pasaran saham Kuala Lumpur terus menerus turun. Penurunan harga saham biasa seperti Amanah (bukan saham pegangan kroni Mahathir) memberi indikasi bahawa ekonomi masih belum pulih dan ada antara rakyat kita tertekan dan terus menjerumus keambang kemiskinan. Lain pula pasaran saham dosa Mahathir. Sudahlah melepasi index 1000 mata , ia nya seakan terus menerus naik dan tidak ada indikasi awal yang menunjukkan pasaran ini akan turun. Ditekan dan terus ditekan sistem perundangan sehingga  Sdr Anwar terpenjara dan kalau boleh hukuman yang dijatuhkan oleh Augustine Paul mahu diolah dari penjara 6 tahun kepada penjara seumur hidup dan kunci sel dibuang ke laut. Begitulah tertekannya Dr Mahathir Mohamed apabila saham dosanya kini tinggi melangkit, lalu kini hadir menipu diri sendiri dan menipu rakyat keseluruhannya.

__________________________________________________________________________________________________________

DENGAN TERPENJARANYA ANWAR MEREKA SANGKA REFORMASI AKAN SEJUK DAN MATI.NYATA MELESET KERANA KINI GERAKAN REFORMASI ADA ANWAR KEDUA

__________________________________________________________________________________________________________

 

Dengan terpenjaranya Sdr Anwar Ibrahim maka Mahthir dan kroni-kroni berdondang sayang dan terus mengatakan bahawa GERAKAN REFORMASI sudah mula sejuk dan hambar. Nyata tekaan mereka meleset. EZAM MOHD NOOR, kini lahir sebagai Anwar Ibrahim No 2 dengan mempamerkan keberaniannya menentang kezaliman tanpa takut dan tanpa kegerunan. EZAM kini melaungkan pula RE-FOR-MA-SI. Terkejut kembali Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya. Mereka tersentap dalam ketakutan. EZAM bangkit dan terus memulakan perjuangan dengan gaya pendekarnya. Jelas langkahnya tidak lagi kekok. Lenggok tangan halus berbunga laksana pendekar Melayu zaman kegemilangan Melaka. Begitu bersemangat kita melihat pendekar kita dalam  memulakan langkahnya. Semangat inilah yang ditiubkan kedalam jiwa Ezam oleh Pendekar Ulung negara Sdr Anwar Ibrahim. Langkah pendekar tersusun dengan semangat kental , memberi semangat kepada golongan reformasi yang mahu berjuang tetapi agak takut juga.

 

___________________________________________________________________________________________________________

EZAM TELAH BERMULA, LANGKAH KEPEWIRAANNYA TETAP ADA DAN INI BERLAINAN DENGAN SENI KEPEWIRAAN YANG ADA PADA ADNAN YAAKUB, MENTERI BESAR PAHANG , YANG PEMBUKAAN BUNGA SILATNYA AMAT MEMALUKAN

___________________________________________________________________________________________________________

 

 

 Ezam telah bermula, langkah keperwiraannya tetap ada dan ini berlainan dengan seni keperwiraan yang ada pada Adnan Yaakup Menteri Besar Pahang yang pembukaan bunga silat itu amat memeranjatkan dan memalukan. Dan kini Mahathir serba salah. Laungan Anwar Ibrahim telah berjaya disenyapkan tetapi secara tiba-tiba timbul Anwar Kedua. Satu Anwar hilang 1,000 Anwar akan jadi penggantinya. Anwar Kedua kini bangkit menyuarakan kepincangan Barisan Nasional dan UMNO khususnya. Lawan TETAP Lawan, Jika takut menanggung risiko, usah bicara pasal perjuangan. Syabas Ezam! Kami akan tetap bersama Ketua Pemuda keADILan Nasional. Kami akan menyertai BLACK 14.