KENYATAAN ANWAR IBRAHIM MENGENAI PERHIMPUNAN BLACK 14 DAN AMARAN POLIS

Komentar 13/4/2000

 

Amaran dan ugutan beberapa orang Ketua Polis berkaitan dengan cadangan mengadakan perhimpunan aman pada 15 April 2000 amat dikesali. Pihak polis sewajarnya bertindak secara profeesional dan tidak sebagai agen politik dan atas alat kepimpinan yang rasuah.

 

Kenapa menyuarakan hak rakyat menganjurkan perjumpaan  secara aman dihalangi ? Pihak polis telah menolak permohonan mengadakan mesyuarat-mesyuarat dan manakala penganjur penganjur bertegas meneruskan dengan perjumpaan , tindakan telah diambil keatas mereka.  

 

Kami mempercayai bahawa undang-undang mesti dipatuhi dan keganasan tidak harus direstui. Dalam keadaan yang sama pihak kepimpinan juga perlu menghormati hak rakyat dan tidak memperalatkan jentera kerajaan termasuk pihak polis untuk menganggu,menekan atau memprovokasi rakyat.

 

Anwar Ibrahim

KLIK UNTUK SCAN DOKUMENT