ANTARA KOMEN-KOMEN YANG DITERIMA BAGI ARTIKEL DATUK NAZRI MENGUGUT

----------------------------------------------------------------------

 

 

Tindakan kebudak-budakan ini akan memakan mereka. Mereka perlu ingat bahawa
politik rakyat sekarang ini agak kompleks, tidak sama dengan 10 tahun lepas.

Sekarang orang UMNO, PAS, ADIL boleh datang dari satu keluarga dan mereka
mempunyai hubungan keluarga yang rapat walaupun berbeza fahaman politik.
Rakyat sudah menerima sikap politik yang lebih plural. Bapak kuat BN, anak
aktivis PAS. Kalau MARA nak menafikan bantuan kepada anak aktivis PAS ini,
pastinya akan mengundang kemarahan datoknya walaupun datoknya penyokong
UMNO. Hubungan kasih sayang keluarga tidak akan terjejas, dan Dato' Nazri
sedang bermain dengan api politik yang akan membakar diri. Anak-anak saudara
kepada Dato' Hamid Othman ramai yang aktif dengan PAS. Sanggupkah Dato'
Hamid melihat anak-anak saudaranya dianiaya, sedangkan mereka masih
mempunyai hubungan kekeluargaan yang akrab? Perubahan rakyat yang sedang
mula menerima sikap politik yang lebih plural adalah perkara yang masih
belum difahami oleh pemimpin UMNO nampaknya. Malangnya mereka terus
bermainan dengan permainan yang mereka lambat untuk memahaminya.

Jamna.



 

Boleh tanya sikit, agak-agaknya berapa percent dari jumlah pendapatan
negara ye ? Apa yang dimaksudkan nga duit rakyat tu? Yang tak
mengundi depa dikira macamana plak ye? Salah ke kalau gunakan wang
itu untuk kepentingan rakyat yang buat keputusan memililh mereka ?

 

 

 

Bravo Datuk....
>> Masa akan tiba bila tindakan datuk makan tuan.....
>> Wamakaru..wamakarallah, Wallahu khairulmaa kirinn...