MOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN SEMANGAT DAN MELINDUNGI SDR KHAIRUL ANWAR (JONAH) DALAM MENEMPUHI HARI-HARI AKAN DATANG SEMASA DALAM TAHANAN ISA



UCAPAN TERIMA KASIH KOMENTAR KEPADA PENGIRIM EMAIL YANG MASIH MENYOKONG KEHADIRAN KOMENTAR DI ALAM SIBER. INSYALLAH KITA AKAN KUPAS SIKIM ANNUITI KWSP

Assalamualaikum,

Hari ini kita disajikan dengan satu lagi berita tangkapan ISA. Bergegar sekali lagi suasana kita di kalangan para-para reformis. List baru ke? Tanya seorang rakan kepada Komentar? Mungkin kot jawap Komentar, tapi tak tahu le. Kalau ikut lagu Zainal Abidin "segalanya mungkin". Apa pun itulah hakikatnya.

Sungguhpun begitu Komentar tertanya-tanya dan cuba mencabar minda Komentar sendiri. Kenapa ye? Berita dan bincang-bincang dalam kelambu reformasi ini turut diketahui oleh orang yang kita tidak berapa pekenan untuk tahu. Komentar di berikan sedikit maklumat bahawa kekadang masa mesyuarat, tempat mesyuarat dan lain-lain hal yang dibincangkan dalam kelambu...last-last terkeluar juga seolah-olah ada speaker dalam kelambu kita atau pun mungkin kelabu itu sudah pandai berbicara dan kembu itu sendiri memberitahu segala yang berlaku didalamnya  kepada pihak yang kita tidak berapa pekenan tadi? Jenuh tertanya-tanya Komentar, how could this be?

Rupa-rupanya benak minda Komentar berjalan jua....kata nya "kekadang musuh itu depan kita ...kita tak nampak...yang kita kata kawan rupanya bukan"

Kata minda Komentar kepada Komentar " ingat, gunting dalam lipatan, ingat.. rambut sama hitam hati lain-lain, ingat musang juga pandai berbulu ayam, ingat sedangkan lidah lagikan tergigit, ingat ANTARA KITA ADA YANG BUKAN KITA, ANTARA KITA ADA MEREKA , ANTARA KITA SEGALANYA MUNGKIN.

Habis mahu bikin apa ya..teruskan juga, tapi pandang-pandang dan dengar-dengar TETAPI jangan tuduh menuduh...

Komentar