PASUKAN ANJING POLIS DIRAJA MALAYSIA MUNGKIN DIGUNAKAN

Komentar 15/4/2000

 

Selain dari sekatan masuk ke Kuala Lumpur dan kehadiran begitu ramai kakitangan polis dilapurkan kepada Komentar bahawa pasukan anjing Polis juga akan digunakan untuk membantu langkah menghalang perhimpunan aman Black 14. Polis setakat ini nampaknya dikerah bagi menghalang perhimpunan Aman Black 14. Setelah semua langkah menakutkan rakyat dijalankan Komentar percaya kemudiannya semua media kerajaan akan melapurkan bahawa Black 14 Perhimpunan Bagi Memperingati Kezaliman Dr Mahathir tidak mendapat sambutan. Inilah teknik mereka dalam membohongi semua rakyat luar Kuala Lumpur. Sekiranya benar Black 14 ini tidak akan mendapat sambutan kenapa beria-ia benar gerakan menangkap kepimpinan parti dan individu yang dikatakan terlibat dalam menganjur perhimpunan ini ?.

 

Komentar