ISU KAMPUNG MEDAN : Bahagian 2 (b) (Lapuran Polis Mangsa yang cedera) Mengulas Memorandum Parti Reformasi Insan Malaysia kepada SUHAKAM)


LAPURAN POLIS NO: 3384/2001 SD4100101/2001
TARIKH REPORT: 16/3/2001

Anbalakan A/L Anynan
No K/P : 570-705-10-5203

Pada 10/3/2001 pada pukul 4.00 petang (lebih kurang). Saya naiki motorsikal dari Sg Buluh melalui Kelang Lama. Tiba di Trafik Light Taman Dato Harun tiba satu kumpulan lebih kurang 50 orang pemuda Melayu dengan motor dan berjalan mengepung saya mereka membawa kayu dan pisau samurai panjang menyerang saya.

Mereka potong kaki saya dan kepala saya dan memukul saya dengan kayu di bahagian belakang saya, saya jatuh dan seorang berbangga Cina bercakap polis-polis orang orang itu lari dan Polis datang orang Cina itu membawa saya dalam lori beliau dan menghantar saya ke hospital. Isteri saya beritahu saya bahawa motorsikal telah dibakar. Orang-orang yang serang saya adalah pemuda Melayu yang saya tidak kenali, mereka kuat dan berambut pendek.

Saya gunakan jalan ini lebih kurang 15 tahun dan tidak ada sebarang masalah. Saya tidak pernah ada sebarang pergaduhan dengan orang-orang Melayu disana, saya tidak tahu mengapa saya di cederaka. Saya tidak puashati kenapa polis yang ada sana tidak tolong saya.

SGD