Ini bukanlah satu maklumat cuma satu ANALISA. Berdasarkan pengamatan saya melalui filem-filem Inggeris saya berpendapat tugas Azizan sebagai ALAT sudah selesai dan dia mesti dihapuskan. Bukan oleh penyokong-penyokong DSAI tetapi oleh para konspirator. Bagi penyokong DSAI, Azizan mesti hidup untuk membuktikan kebenaran tetapi untuk konspirator, selagi Azizan hidup mereka belum benar-benar selamat.

 

Saya menjangkakan sekarang mereka sedang berbincang bagaimana untuk menghabiskan Azizan dan mungkin Arifin Jaka juga. Namun begitu bagi Augustine Paul dia masih diperlukan dalam konspirasi kedua iaitu AlMau'nah. Kematian mereka berdua hendaklah dilihat sebagai satu kemalangan atau secara natural. Saya juga beranggapan bahawa Arifin Jaka telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap DSAI dibawah tekanan. Ianya mungkin melibatkan nyawa bukan setakat wang dan ganjaran material. Mungkin seseorang yang disayangi telah 'ditawan' konco-konco Mahathir sebelum hukuman dijatuhkan sebagai jaminan bahawa Arifin tidak akan mengumumkan keputusan selain dari yang tertera dalam skrip. Ini adalah sangat tidak mustahil. Nyawa orang lain adalah terlalu murah harganya kepada Para konspirator. Bayangkan kes Mustakizah, itu hanya seorang mangsa kecil, itu baru kes nak tutup malu. Apalagi kalau kes besar seperti takut terlepas jawatan Perdana Menteri yang bermakna hilang segala-galanya termasuk kena menginap di 'Hotel' Sungai Buluh. Namun begitu ini bukanlah satu tuduhan liar tetapi hanya satu analisa berasas.

 

Jadi ingin saya menasihatkan Azizan dan Arifin, fikirkanlah. Jangan ingat kamu mengikut telunjuk Mahathir kamu akan selamat. Janganlah kamu jadi orang yang rugi didunia dan juga Akhirat. Di dunia kamu akan dihina oleh rakyat, keturunan kamu akan disumpah seranah dan disisih maka lebih lagi di akhirat. Kamu bukan sahaja berdosa kepada DSAI dan keluarganya tetapi kepada kami rakyat Malaysia juga. Angkara kamu ada diantara kami kehilangan saudara-mara, pekerjaan dan kebebasan. Angkara kamu juga rakyat mendapat malu di mata Antarabangsa. Cuba kamu bayangkan, suatu hari nanti dipadang Mahsyar kamu datang merangkak bertelanjang bulat memohon diberi simpati oleh DSAI. Maka ketika itu DSAI mengingatkan kamu terutama kepada Arifin, "Dulu, aku memperingatkan kamu tentang WASIAT Saiyidinna Umar, kamu SOMBONG, kamu mengatakan kamu sudah tahu, kamu pun sembahyang lima waktu, sekarang kamu pergi mintak tolong dengan Mahathir." Kemudian datang pula Mahathir jumpa DSAI, "Tolong Ampunkan dosa aku, Anwar" diikuti oleh AZIZAN, PATAIL BROS, DUGONG, MUSANG HANCING. Kecuali Augustine Paul yang terus ke Jahanam.

 

Selagi kamu masih ada peluang didunia ini, BERTAUBATLAH. Sesungguhnya AZAB Neraka sangat Dahsyat. Bukan Macam kata Ibrahim Ali, api neraka cuma macam api goreng keropok. Kalau macam api goreng keropok pun kamu tak akan sanggup meletak jari kamu keatasnya inikan pula api neraka. Jangan sampai nyawa sudah kehalkum baru nak insaf, itu tiada berguna lagi. Jangan kamu meracau meminta Water Cannon memadamkan Api Neraka, kerana tentera-tentera kamu juga akan menjadi bahan bakar Neraka Jahanam. KAMI masih boleh maafkan kamu sekiranya kamu menjelaskan kepada dunia bahawa kamu memang menjadi alat kepada politikus-politikus usang. Dengan syarat sewaktu kamu masih berkuasa bukan setelah kamu tersepit. Azizan, walaupun berpuluh jawatan Pengarah yang kamu dapat, adakah kamu fikir kamu telah menyarakan keturunan kamu dengan rezeki yang HALAL? Ingat setiap darah daging yang terbentuk hasil dari rezeki yang haram, maka halallah Api Neraka ke atasnya. Bukan kamu sahaja, anak-anak kamu, isteri baru kamu yang pernah kamu ZINAI itu.

 

Sekian

 

MATA Ke3

 

p/s : DSAI, terima kasih kerana dengan Kentalnya Semangat Mu, Tabahnya Hati Mu, kini Mata Ke3 ku terbuka, semangat Juang mu kini meresap ke dalam hati seorang yang sebelum ini adalah seorang penakut.