ABDULLAH BADAWI BERI AMARAN KEPADA RAKYAT

Komentar 11/4/2000

 

Abdullah Badawi telah memberi amaran kepada rakyat Malaysia yang mendokong tuntutan keadilan dan menghapuskan kezaliman, supaya jangan hadir pada 15hb April 2000. Abdullah Badawi dalam kenyataannya berkata JANGAN SALAHKAN POLIS sekiranya tindakan diambil keatas mereka yang hadir. Abdullah Badawi semakin keras dalam kenyataannya seolah-olah rakyat Malaysia ini takut akan ugutan beliau. Rakyat mahu diberi kebebasan bersuara, mahu menuntut keadilan yang jelas dan benar, mahu menghapuskan kezaliman. Kalau perhimpunan bagi menghantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agung dikatakan perusuh maka jelas interpretasi perusuh adalah mereka yang tidak menyokong UMNO. Satu interpretasi yang songsang yang kini meresap kedalam minda Abdullah Badawi. Komentar ingin berpesan sekali lagi para reformasi tidak merusuh yang merusuk adalah kamu yang takut akan pembaharuan dan takut akan ketua kamu yang nyata angkuh dan zalim. Walauapa pun yang pasti Mahathir telah cabut keluar negeri.

 

KITA BERHIMPUN SECARA AMAN

 

Komentar