KOMENTAR

 

10.09.2000

Salam Reformasi

 

AL~MA’UNAH DI BICARA ESOK

 

Kerajaan sedaya upaya mahu menunjukkan bahawa kes Al Ma’unah adalah kes contoh hasutan yang dibuat oleh PAS. Kerajaan gagal. Kerajaan juga mahu menunjukkan apa finatik agama boleh buat terhadap keselamatan dalam masyarakat majmuk. Kerajaan gagal. Kerajaan berusaha menunjukkan kes Al Ma’unah tidak dipolitikkan oleh mereka jelas mereka juga gagal. Kini kerajaan berusaha menyekat dari perbicaraan tersebut di adakan dengan lebih terbuka. Kerajaan mahu mengambil tindakan atas ESCAR atau Essential “ Security Cases” Regulations 1975 (ESCAR). Tujuan tidak lain dari cuba menyekat dari mengadakan perbicaraan yang lebih telus dan lebih terbuka.

 

Seksyen 19 ESCAR REGULATIONS 1975 menarik hak peguambela bagi menyoal balas saksi ; bukti / kenyataan yang di beri oleh saksi pendakwa, boleh diberi secara tertutup dan “anonymously.

 

Ini hanya bertujuaan untuk menyenangkan pertuduhan di buat kepada Al Ma’unah tanpa memberi mereka peluang untuk menyoal saksi pendakwa. Apakah perlu kes ini di baca di bawah ESCAR. Kenapa tidak dibawah tuduhan Seksyen 121 Penal Code yang membolehkan mereka membela dan menyoal saksi secara terbuka dan secara terperinci.

 

Apakah yang mahu disorokkan oleh kerajaan.  Apa sebenarnya berlaku ? Semakin hari semakin teguh dakwaan bahawa ini SATU SANDIWARA KERAJAAN.   

 

Komentar

Bebaskan Anwar Ibrahim