PENAFIAN MAHATHIR SATU PEMBOHONGAN-FAKTA KES RASUAH
TAN SRI ALI ABU HASSAN SULAIMAN
 
 
Tahniah diucapkan kepada Ahli Parlimen Kemaman Y.B.
Abdul Rahman Yusof diatas keprihatinan beliau membawa
isu rasuah yang didedahkan oleh Dato' Shafie Yahya di
mahkamah didalam perbicaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim
dengan hujah yang cukup bernas dan tepat.
 
Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada
beberapa Ahli Parlimen lain termasuk Y.B. Husam Musa
(Kubang Kerian), Y.B. Mat Sabu (Kuala Kedah), Y.B.
Mahfuz Omar (Pokok Sena), Y.B. Kamaruddin Jaafar
(Tumpat), Y.B. Effendi (Jeli), Y.B. Dr. Syed Azman
(Kuala Terengganu), Y.B. Drs. Abu Bakar Othman
(Jerlun), Y.B. Tan Seng Giaw (Kepong), Y.B. Kerk Kim
Hock (Kota Melaka), dan 'Maestro' Barisan Alternatif
Y.B. Ustaz Fadhil Noor (Pendang) diatas kejayaan
mereka menyerang dan menangkis hujah-hujah Barisan
Nasional yang cuba memburok-burokkan Barisan
Alternatif didalam pelbagai isu. We are very proud of
you all. More parlimentarian like you all should be in
the parliment. Hujah-hujah dari kamu telah menyebabkan
Barisan Nasional hilang arah dan mati kutu.
 
Walau bagaimanpun saya ingin membetulkan jawapan yang
diberikan oleh Y.B. Douglas Umbas, Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri bahawa Dr. Mahathir tidak
pernah mengarahkan Dato' Shafie Yahya atau mana-mana
pegawai BPR menutup kes rasuah. Jawapan yang diberikan
itu adalah satu jawapan standard dan tidak
bertanggongjawab pihak Barisan Nasional yang memang
mengidap penyakit 'nafi sindrom'.
 
Sebenarnya Dato' Shafie Yahya dipanggil ke pejabat
Perdana Menteri dua kali berhubong dengan kes rasuah
Ali Abu Hassan Sulaiman ini. Pertama kalinya beliau
dimarahi dan diarah supaya menghentikan penyiasatan
terhadap kes ini dan disoal samaada Dato' Seri Anwar
Ibrahim ada terlibat sekali menyuruh beliau menyiasat
kes ini. Kali keduanya beliau diminta supaya
menyerahkan fail dan kes ini kepada Perdana Menteri
sendiri untuk menyelesaikan.
 
Mengapa Perdana Menteri mahu menyelesaikan kes ini
sendiri? Sebenarnya kes ini melibatkan syarikat anak
Perdana Menteri sendiri Mokhzani Mahathir!!!!!! Tan
Sri Ali Abu Hassan menerima duit dari sebuah
konsortium syarikat insuran untuk meluluskan cadangan
sebuah skim insuran kesihatan bernama National Health
Insurance Scheme dimana Mokhzani menjadi Pengerusinya.
Duit ini diberi melalui seorang bernama Rashid [Rashid
Manaf (kroni Daim) agaknya].
 
Bagaimana Dr. Mahathir menyelesaikan kes ini?  Duit
RM100,000 (Seratus Ribu Ringgit) diberi balik kepada
Tan Sri Ali Abu Hassan serta dinaikkan pangkatnya
sebagai Gabenor Bank Negara. Dato' Shafie Yahya
ditamatkan perkhidmatanya sebagai Pengarah BPR dan
fail siasatan dimusnahkan.
 
Inilah manusia yang tidak pernah mengarahkan atau
campurtangan dalam urusan Badan Pencegah Rasuah. Dan
inilah Perdana Menteri Malaysia!!!! Wira Negara
Ketiga!!!!!Presiden UMNO!!!!!dan Pengerusi Barisan
Nasional!!!!
 
Al-Haq.