Salam Reformasi
06-04-2001

BIARKAN MAHATHIR SENDIRIAN

Untuk peringatan kita semua. Fikirkan, kematian itu satu kepastian. Kita pasti akan laluinya. Dosa dan pahala kita akan menjadi teman baik dan juga musuh kita nanti. Dosa akan memburu kita dan akan jadi musuh kita kelak. Ingatlah pada janji ALLAH.

Jesteru itu suadara-saudara semua, cukuplah. Hentikan fitnah kamu semua keatas Sdr kita Anwar Ibrahim. Komentar yakin di sudut  fikiran mu, di pinggiran hati mu pasti kelian semua mencurigai akan kebenaran tuduhan salah laku seks Sdr Anwar Ibrahim. Tentu sdr-sdr terfikir kenapa dengan segala kekuatan jentera Dr Mahathir yakni kepimpinan kamu semua, tidak berjaya beliau menangkap Sdr Anwar Ibrahim dalam keadaan perbuatannya sedang dilakukan. Bukankah sdr-sdr sendiri sedar bahawa tuduhan-tuduhan yang dibuat keatas beliau amat meragukan. Apakah sdr-sdr tidak sedar bahawa tarikh perlakukan perbuatan seks itu pun menimbulkan keraguan.

Sdr-sdr, tidak payah Komentar membebel akan keraguan tuduhan keatas Anwar Ibrahim. Andai dosanya pada Mahathir adalah dosa politik tetapi dosa Mahathir pada dirinya adalah sehina-hina dosa yang mampu dilakukan oleh seorang hamba ALLAH khusus di bumi Malaysia ini.

Apakah kita akan terus mengiakan tuduhan itu sungguhpun di hati kita tahu dan sedar ianya amat meragukan? Apakah kita mahu melibatkan diri kita pada dosa memfitnah Sdr Anwar Ibrahim? Biarkan Dr Mahathir seorangan. Jangan pula kamu turut serta mengiakan fitnahnya biar secara langsung atau tidak.

Ingatlah andai kita mengelar Sdr Anwar itu banduan atas kesalahan yang kita sendiri tidak pasti, serupalah kita menuduh beliau melakukan dosa itu walaupun kenyataan sdr-sdr itu mungkin kenyataan politik.

Ingatlah kemenangan kita di dunia ini tidak akan kemana. Kita pasti akan menemui pencipta dan disana kita akan dibebankan dengan dosa Dr Mahahtir Mohamed.

Biarlah, bagaimana dahsyat mainan politik Anwar semasa beliau dalam UMNO tetapi dosa yang di buat oleh Dr Mahathir adalah sekeji-keji perbuatan yang pernah Malaysia saksikan.

Andai sdr-sdr masih sayangkan UMNO itu tidak mengapa. Tetapi sayangi diri sendiri. Jangan terlibat dengan fitnah Dr Mahathir.

Fikirkanlah, apa guna kita sembahyang dengan bacaan-bacaan memuji Illahi andai kita sebenarnya gagal sebagai manusia dan gagal hidup antara manusia dan berkeperibadian manusia. Hanya manusia sahaja yang menerima pahala andai mereka beriman kepada ALLAH SWT. Andai keperibadian kita melanggari natijah kemanusian, tanpa rasa bersalah melakukan jenayah fitnah, dosa yang telah diklasifikasikan sebagai dosa-dosa besar maka amalan-amalan kita tidak seumpama manusia yang beramal.

Sdr-sdr, kita sedar keraguan atas tuduhan keatas Sdr Anwar Ibrahim. Kita sedar ianya membolehkan kita melakukan salah satu dosa benar yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kita sedar tetapi kita akur dan terus mendokong fitnah yang dilemparkan oleh Dr Mahathir. Dimana agaknya kita? Apakah kita masih boleh mencermin diri dan mengatakan bahawa kita adalah hamba ALLAH yang bernama manusia sedangkan perbuatan kita menjauhi kita dari keperibadian manusia yang dicipta oleh ALLAH SWT.

Sdr-sdr hentikanlah fitnah tersebut. Jangan layani Dr Mahathir dan biarkan beliau terjerit-jerit mencerca Anwar Ibrahim yang masih dalam penjara tetapi masih menjadi nama ketakutannya.

Berdiamlah dan kalau mahu menghampiri diri untuk bergelar manusia usahakan agar Anwar Ibrahim tidak lagi difitnah dan dicerca.

Jangan jauhi diri kita dari bergelar manusia.

Komentar