KOMENTAR

Salam Reformasi

5.11.2000

 

UMNO MULA TUDUH MENUDUH MENGENAI KEKALAHAN LUNAS

 

Pergolakan dalam UMNO semakin menjadi-jadi. Tuduh menuduh antara sesama tentang siapa yang di pertanggung jawabkan menyebabkan kekalahan Lunas rancak berlaku. Kutukan bahawa jentera BN di Lunas tidak cukup kuat, tidak berjaya menjelaskan isu kepada rakyat tidak di laksanakan dengan sempurna serta gagal mengambil hati rakyat adalah antara sebab yang UMNO katakan punca kekalahan di Lunas. Bagi kepimpinan UMNO di Kedah isu memburukkan pembangkang di pilih sebagai punca kekalahan di Lunas. Datuk Samy Vellu rancak membicarakan bahawa pembangkang bersikap "samseng". Kepimpinan lain mengatakan tektik menyebarkan fitnah sebagai punca kekalahan. Itu sudah menjadi adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Apa yang jelas ialah kekalahan kali ini bukan sahaja menunjukkan bahawa kawasan Lunas telah di bolosi pembangkang tetapi memberi indikasi bahawa rakyat tidak lagi mudah terpengaruh dengan isu menurap jalan 4-5 tahun sekali. Rakyat tidak lagi terpengaruh dengan isu memberi RM 100-200 sebagai hadiah semasa pilihanraya.

 

Dalam kem UMNO, Komentar telah dimaklumkan bahawa pergeseran berlaku. Pergeseran ini berpunca dari tuduhan antara sesama siapa penyebab Lunas tewas. Pemuda UMNO di jangka akan bergolak dengan tindakan drastik beberapa kepimpinan. Apakah yang akan berlaku? Komentar dimaklumkan bahawa angkara tuduh menuduh tersebut maka kepimpinan dalam barisan Pemuda mula bergolak dan berpecah. Bila kepimpinan bergolak maka ahli-ahli UMNO (yang rata-rata terdiri dari mereka yang opportunis) mula mengambil peluang untuk masuk ke kem yang di rasakan kuat untuk menang. Itu budaya UMNO, prinsipal kemudian yang penting jawatan, kemewahan dan kuasa.

 

Pepecahan Pemuda UMNO di jangka berlaku apabila terdapat kepimpinan Pemuda yang meletakkan jawatan tidak berapa lama lagi. Biarlah setakat ini menjadi teka teki siapa yang akan meletak jawatan. Bagi Komentar perletakan jawatan atau perlantikkan mereka tidak membawa impak yang kuat dalam membebaskan Anwar Ibrahim.

 

Insyallah Komentar akan menyambung kisah perpecahan ini.

 

Komentar