KOMENTAR

 

31.08.2000

 

Salam Reformasi

 

AZIZ SHEIKH FADZIL MENGAJAK keADILan DAN REFORMIS BERDEMONSTRASI DEMI MELAYU

 

“Malaysiakini” melapurkan bahawa Aziz Sheikh Fadzil menjemput PEMUDA KEADILAN untuk menyertai demonstrasi bagi mempertahankan hak keistimewaan melayu. Kita dalam Barisan Alternatif senantiasa akan mempertahankan hak keistimewaan melayu disamping berusaha menjana keadilan yang menyeluruhan dan yang utama menghapuskan KEZALIMAN. Tujuan UMNO mengembar-gembur isu hak keistimewaan hanya bagi mendapatkan kembali dokongan dan sokongan terhadap UMNO. Strategi politik seperti ini amat merbahaya dan pencetus isu ini seharusnya di heret ke muka pengadilan. Ini lebih mengancam keselamatan negara.

Barisan Alternatif digesa jangan menuruti kerja gila yang mahu dilakukan oleh Aziz Sheikh Fadzil. Aziz hanya alat tunggangan Mahathir dan mereka yang jelas mahu bermain politik kotor.

 

Aziz Sheikh Fadzil, hentikanlah. Sedarlah bahawa perbuatan Mahathir keatas Anwar Ibrahim tidak dapat kami maafkan. Mahathir harus dihukum kerana Mahathir adalah punca segala ini.

 

HUKUM MAHATHIR