KOMENTAR

 

09.08.2000

 

SEKALI LAGI AIRMATA BERLINANGAN

 

Bumi Malaysia berlinangan , menangis sekali lagi

Bersama air mata kami,

Berderai membasahi pipi,

Kerna sekali lagi kami dizalimi,

Kerna sekali lagi mengiringi keadilan yang sudah mati,

 

Sekali lagi kami iringi,

Tangisan dipagi ini,

Mengenangkan nasib Bumi Malaysia ini,

Dibunuh dan terus dinodai,

Oleh mereka yang rakus mahu menggengam kuasa,

Dan mereka yang membela kezaliman ini,

Kerna takut bersuara, takut hilang harta benda,

 

Bumi Malaysia di banjiri,

Airmata sepi rakyatnya yang tahu,

Bahawa negara ini semakin cedera,

Kerana mereka menutup mata,

Tidak nampak kemungkaran dokongan mereka,

 

Aku lanjutkan doa pada Yang Maha Kuasa,

Berikanlah kekuatan pada hamba mu ini,

Agar diterangi jalan membela nasib bangsa,

Agar yang dinista, dihina dan difitnah dapat dibela,

 

Airmata ini berderai lagi,

Mengenang nasib bumi Malaysia ini,

Dikelilingi mereka yang buta dan jahil pada kebenaran,

Kerna kebenaran, keikhlasan, kesucuian kini bahan belian,

Oleh mereka yang lupa pada diri,

Oleh mereka yang turut mendalangi,

Memuja kemungkaran,

Memuja kezaliman,

 

AIR MATA INI TERUS MERATAPI, APALAGI DAYA INI.