RUJUK AFFIDAVIT PERTAMA ANWAR IBRAHIM  KLIK SINI

RUJUK AFFIDAVIT BALASAN/JAWAPAN DR MAHATHIR  KLIK SINI (LAMAN MAHAZALIM)

BERIKUT AFIDAVIT TERBARU ANWAR IBRAHIM BAGI MENJAWAP AFFIDAVIT JAWAPAN DR MAHATHIR

 

 

 

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

(BAHAGIAN JENAYAH-PERMOHONAN JENAYAH PELBAGAI)

PERBICARAAN JENAYAH WILAYAH PERSEKUTUAN NO 45-51-98

(Dalam kes tangkap Mahakamah Seksyen Kuala Lumpur Kes Tangkap No 1-62-145-98)

 

ANTARA

 

PENDAKWA RAYA

 

LAWAN

 

DATO SERI ANWAR IBRAHIM

 

AFFIDAVIT TAMBAHAN

 

Saya, Anwar Ibrahim (KP No: 470810-07-5095), seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan mempunyai alamat semasa untuk penyampaian di Penjara Sg Buluh, Sungai Buluh Selangor Darul Ehsan, dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengakui dan menyatakan seperti berikut:

 

  1. Saya adalah tertuduh dalam tindakan ini.
  2. Melainkan di mana ianya dinyatakan sebaliknya, segala fakta-fakta yang dinyatakan disini adalah dalam pengetahuan peribadi saya dan saya sesungguhnya percaya adalah benar.
  3. Saya mohon kebenaran merujuk kepada Affidavit JawapanDato Seri Mahathir bin Mohamed yang diikrar pada 3 April 2000 (selepas daripada ini dirujuk sebagai “Affidavit Jawapan tersebut”), dan saya mohon untuk menjawabnya.
  4. Dalam perenggan 4 Affidavit Jawapan tersebut, Dr Mahathir memberikan keterangan baru bahawa saya telah pergi kebilik Azizan meliwatnya. Azizan tidak pernah memberi keterangan di dalam perbicaraan pertama dan sekarang mengenai fakta terbaru ini. Saya menegaskan di sini bahawa saya tidak pernah pada bila-bila masa atau keadaan telah pergi ke bilik Azizan, meminta beliau mengurut saya dan seterusnya meliwat beliau sebagaimana yang didakwa dan ditohmah di dalam Perenggan 4 Affidavit Jawapan tersebut. Seperti biasa Dr Mahathir cenderung mereka-reka dan mengutuk musuh politiknya dengan fitnah dan penipuan.
  5. Merujuk kepada kenyataan Dr Mahathir dalam perenggan 5, Affidavit Jawapan tersebut, saya ingin menegaskan di sini bahawa Dr Mahathir telah memberi kenyataan di sekitar bulan Ogos 1997 yang antara lainnya menyatakan bahawa tuduhan salah laku seks terhadap saya adalah fitnah semata-mata, timbul dari konspirasi dan pakatan untuk menjatuhkan saya, dan kenyataan beliau tersebut adalah hasil siasatan rapi polis (Cawangan Khas dan Jabatab Siasatan Jenayah) Kenyataan tersebut disahkan oleh Peguam Negara yang juga menyediakan jawapan di Parlimen. Bahkan Tan Sri Mohtar Abdullah bercadang untuk mendakwa Ummi Halfida dan Azizan tetapi dihalang oleh Dr Mahathir kerana laporan polis dan surat-surat Umi Halfida dan Azizan ada mengaitkan penglibatan Dato Seri Megat Junid dan Dato Aziz Shamsudin.
  6. Merujuk perenggan Affidavit Jawapan tersebut, saya ulangi di sini bahawa Tan Sri Rahim Noor, Ketua Polis Negara, dan timbalannya ketika itu Tan Sri Norian Mai juga telah mengeluarkan kenyataan menafikan serta menolak segala tuduhan terhadap saya. Ini menunjukkan cukup bukti bahawa siasatan yang cukup teliti telah di jalankan dan kenyataan yang mereka keluarkan adalah sama, sepertimana juga yang dikeluarkan oleh Dr Mahathir selaku Menteri Dalam Negeri yang bertanggung jawab pada masa itu. Saya akui Dr Mahathir sering mempersendakan pegangan dan amalan agama saya sebagai orang warak sebab itulah beliau dan komplotnya memilih jalan memfitnah saya dengan soal zina,liwat secara aib: iaitu suatu cara yang sama digunakan utk menjatuhkan mana-mana ulama’ dan tokoh tokoh serta para pejuang dan mujahid Islam.
  7. Merujuk kepada kenyataan dalam perenggan 7 Affidavit Jawapan tersebut, tohmahan bahawa saya telah mengarahkan polis hanya dibuat setelah saya dipecat. Pegawai-pegawai kanan polis adalah di bawah telunjuk dan bidang kuasa beliau selaku Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri. Perkara tersebut tidak pernah berbangkit sama sekali sebelum nya sehinggalah Dr Mahathir mengarahkan supaya tindakan diambil kepada saya. Ini terbukti dengan cara pihak polis memaksa keterangan palsu dari Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Anees dan beberapa orang lainnya. Bahkan dalam keterangan di Mahkamah ini, seorang saksi bernama Jamal Amro dari Washinton, telah memberikan keterangan bahawa kerana  beliau tidak boleh dipaksa, beliau telah cuba disogok dengan sejumlah wang sebanyak USD 200,000 Dollar Amerika oleh seorang Pegawa Kementerian Luar Negeri (yang mana Menteri Luar pada masa itu ialah Dato Abdullah Badawi) untuk memberikan keterangan palsu bagi menuduh saya meliwat. Saya telah nyatakan bahawa cara menjatuhkan musuh politik melalui pakatan dan fitnah kotor dan jijik pernah dilakukan oleh diktatorkejam dan zalim seperti Hitler dan Stalin.
  8. Selanjutnya,merujuk kepada perenggan 7, Affidavit Jawapan tersebut, memang benar mahkamah telah mendapati saya bersalah mengikut skrip yang beliau tetapkan. Saya telah pun mengemukkan rayaun kepada Mahkamah Rayuan mempertikaikan sikap berat sebelah Hakim yang menolak hak saksi memberi keterangan menganggap kebanyakkan keterangan sebagai tidak relevan, tidak mengambil kira percanggahan keterangan Azizan, tidak memberi ruang kepada saya mengemukkan pembelaan sewajarnya, membuang (expunging) keterangan yang melemahkan kes pendakwa raya dan banyak lagi kehakiman yang ditunjukkan oleh Hakim Dato Augustine Paul.
  9. Bahkan merujuk perenggan 8(ii), Affidavit Jawapan tersebut, tidak terdapat sebarang keterangan seperti yang didakwa oleh Dr Mahathir bahawa Dato Said Awang (bekas Pengarah Cawangan Khas) memaksa Umi dan Azizan menarik balik surat asal mereka. Dato Said menyatakan bahawa beliau tidak pernah melanggar undang-undang dan peraturan Umi dan Azizan seperti yang didakwa. Dr Mahathir perlu hadir di Mahakamah yang mulia ini untuk mempertahankan dakwaannya tersebut dan tidak melarikan diri dari tanggungjawab dan berselindung  di sebalik kekebalan kerana beliau menguasi penuh semua jentera kerajaan. Jika benar dakwaan beliau terhadap Dato Said Awang mengapa tidak dibuat siasatan dan diambil tindakan lanjut terhadapnya.
  10. Dalam perenggan 8(i) Affidavit Jawapan tersebut, Dr Mahathir mengakui menerima surat dari Umi yang bertarikh 5hb Ogos 1997 dan menasihati saya suoaya mengenepikan tohmahan dan fitnah serta meminta saya membaca dan memusnahkan surat tersebut. Keterangan beliau di Mahakamah yang Mulia ini oleh itu adalah perlu bagi mengesahkan keterangan saya.
  11. Saya juga ingin mengesahkan keterangan Azmin Ali bahawa Dato Seri Megat Junid dan Dato Aziz Shamsuddin adalah  bertanggung jawab di atas surat-surat berkaitan. Saya ingin menegaskan di sini bahawa Azmin telah memaklumkan sendiri perkara tersebut kepada Dr Mahathir, termasuklah berkenaan kontrak PEMADAM yang diberikan kepada Umi sepertimana yang disebut dalam perenggan9, Affidavit Jawapan tersebut.
  12. Dr Mahathir tidak membuat pernyataan yang benar apabila beliau menafikan bahawa Setiausaha Politiknya, Dato Aziz Shamsuddin terlibat dalam konspirasi kotor. Beliau yang menjemput saya ke Seri Perdana dan menyatakan secara peribadi tentang perkara tersebut kepada saya. Adalah sungguh mengecewakan manakala beliau berdolak dalih, seolah-olah beliau lupa atau nyanyuk dengan memberikan kenyataan tersebut.
  13. Isu konsipirasi politik untuk menjatuhkan saya mula dibangkitkan sendiri oleh Dr Mahathir dalam bulan Ogos 1997. Maka adalah tidak munasabah baginya untuk menafikan sekarang sebagaimana yang dinyatakan di perenggan 11, Affidavit Jawapan tersebut. Sekali lagi beliau berpura-pura lupa walaupun saya telah mengemukakan alas an bahawa beliau mengetuai konspirasi mereka cipta tuduhan, mengerakkan jentera kerajaan untuk maksud tersebut, kerana takut terbongkarnya amalan rasuah , kronisma dan nepostisma beliau dan kroninya.
  14. Kenyataan Dr Mahathir dalam perenggan 13, Affidavit Jawapan tersebut adalah lucu, bertentangan dengan apa yang sedang dipraktikkan di negara ini, dan dengan keterangan yang saya kemukakan. Saya sendiri mendengar perbualan telefon Dr Mahathir dengan Peguam Negara pada pagi 12hb Ogos 1998 dimana Dr Mahahtir telah memberikan arahan kepada Tan Sri Mohtar Abdullah, peguam negara.
  15. Saya berkeyakinan berdasarkan lapuran Ketua Polis Negara dan Peguam Negara kepada saya pada bulan Jun dan Julai 1998 bahawa penyiasatan polis terhadap buku 50 dalil membuktikan bahawa tohmahan di dalam buku tersebut hambar, rubbish dan fitnah. Mereka juga telah menyatakan bahawa laopuran yang sama telah dikemukakan kepada Dr Mahathir. Penafian Dr Mahathir diperenggan 14 Affidavit Jawapan tersebut, adalah tidak benar , kerana sesungguhnya bagi memenuhi agenda jahat beliau dan Tun Daim, arahan yang baru telah beliau keluarkan kepada jentera kerajaan yang tercanggih dengan fakta, bukti dan lapuran siasatan yang dibentangkan dalam tahum 1997. Ini menjadikan jentera kerajaan sebagai alat peribadi, bahan olok-olok dan mainan menurut nafsu dan seleranya.
  16. Perenggan 15 aAfidavit Jawapan Tersebut hanya mengenai keyakinan bahawa beliau akan menang sebagai Presiden Umno sekiranya dicabar oleh saya hanya berani disebut sekarang setelah beliau memecat saya dari UMNO. Jika benar beliau begitu yakin, mengapa mengarahkan supaya Ketua Bahagian jangan dipertandingkan, dan jawatan Presiden jangan dicabar? Saya memang tidak berhasrat mencabarnya, tetapi mempunyai tanggungjawab untuk menegur dan menasihati beliau untuk memberhentikan sikap tamak untuk keluarga dan kroni : angkuh dengan projek mega : gila kuasa sehingga sanggup mempersendakan hokum Islam dan Ulama. Saya tegaskan bahawa lapuran polis kepada nya sesudah arahan dikeluarkan , atau pengakuan Azizan yang bercanggah lima kali tidak merupakan alas an yang benar. Peribadi beliau, rasuahnya, amaln agamanya,keanggkuhannya tidak dapat mendukung alas an bahawa beliau mengutamakan masalah moral. Saya juga telah mengemukakan  bukti bagaimana beliau melindungi amalan rasuah,kes pembunuhan ,merogol dan lain-lain salahlakuseks dikalangan penyokong setianya.
  17. Bahkan dalam keterangan Dr Mahathir , nyata beliau bertindak sebagai penyiasat ,pendakwa dan hakim, yang merupakan antara gejala jelas tindakan seorang pemimpin diktaktor yang berselindung disebalik topeng demokrasi.
  18. Senada dengan hujah Tun Daim, Dr Mahathir juga, dalam perenggan 16(i) Afidavit Jawapan tersebut, menyatakan bahawa beliau sememangnya menyokong saya di peringkat awal, tetapi manakala sikap saya mengenai isu keadilan,kebebasan,penentangan terhadap rasuah dan penyelewengan, menyebabkan beliau,keluarga dan kroninya gelisah dan mesti berkonspirasi menamatkan riwayat politik saya melalui rekayasa(ciptaan) keterangan canggih tetapi menjijikkan kerana kini terdedah dan diketahui rakyat akan muslihat kotor mereka.
  19. Di dalam perenggan 16(ii) Afidavit Jawapan tersebut, Dr Mahathir tidak menafikan hanya menyebut, Saya tidak begitu percaya dakwaan…..” bahawa kononya saya yang mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat Tan Sri Ali Abu Ahssan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi. Saya tidak mengarahkan tetapi, Dr Mahathir benar-benar rasa gelisah kerana dengan nada keras menyindir saya”Apakah BPR akan terus menyiasat ke pejabat dan rumah saya pula”. Nyata sekali beliau tidak yakin bahawa siasatan rapi dan bebas akan mengaitkan beliau dengan rsuah. Jesteru itu kemarahan belaiu kepada saya menjadi bertambah keterlaluan sehingga sanggup merancang pakatan jahat bersama Tun Daim semata-mata untuk menyelamatkan harta khazanahperibadi keluarga dan kroni serta melindungi penyelewengan mereka.
  20. Dr Mahathir memberikan ulasan panjang mempertahankan keputusan mengarah Petronas menyelamatkan (bailout) syarikat anaknya Mirzan iaitu Konsortium Perkapalan sebagaimana yang dinyatakan di dalam perenggan 16 (iii) Afidavit Jawapan tersebut.Alasan beliau ialah bahawa syarikat tersebut mengalami kerugian akibat kegawatan ekonomi. Bagaimana pula dengan puluhan ribuan syarikat besar dan kecil lainnya. Bukankah rasuah namanya melulusakan wang amanah kepunyaan rakyat bernilai berbillion ringgit untuk kepentingan anaknya seorang?. Bersama pihak Petronas , saya melahirkan kebimbangan kerana terdapat percanggahan kepentingan (conflict of interest) dan bebanan besar yang akan ditanggung oleh kerajaan. Beliau nyata tidak senang dengan keputusan saya bersama Petronas menetapkan pembayaran berdasarkan penilaian bebas antarabangsa dan tidak pada harga yang ditetapkan sewenang-wenangnya oleh Mirzan. Benar kerajaan Malaysia tidak terlibat dengan perniagaan syarikat-syarikat anak anak di Jerman, India , Hong Kong dan lain-lainnya. Tetapi penggunaan nama keluarga (nepotisma) mengheret anaknya ke rombongan rasmi dan menonjolkan perniagaan anjuran ASEAN Leadership Institute atau ASLI ( yang Mirzan menjadi pengerusinya) diluar negara, adalah cara membantu syarikat anaknya dengan menggunakan kedudukannya.
  21. Saya mampu menyediakan puluhan keterangan lain di mana anaknya memperolehi kontrak pengswastaan seperti Mohzani di Kementerian Kesihatan atau kontrak dalam hampir semua projek-projek mega seperti syarikat Mokhzani di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan syarikat kepunyaan Mukhriz dengan syarikat Telekom Malaysia Berhad.
  22. Jika benar Dr Mahathir menafikan Tun Daim sebagai perasuah ,saya cabar beliau mewujudkan badan saisatan bebas menyemak harta,saham,kontrak pengswataan, saham syarikat nominee dalam dan luar negeri. Jangan lah cuba mengaburi mata rakyat dengan mengeluarkan senarai kecil secara terpilih. Siasat sekali semua saham ,kontrak ,projek pengswastaan yang dilulusakan oleh EPU, Kementerian Kewangan , Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan sila rangkum dalam bidangkuasa siasatan nama-nama Dr Amhathir dan juga saya. Alasan bahawa Tun Daim tidak dilantik semula sebagai menteri sekiranya beliau perasuah hanya boleh diterima jika ianya datang dari orang yang bersih dari rasuah dan tidak bersekongkol dengan perasuah. Jika tidak, adalah tidak janggal bagi seorang perasuah bersekongkol dengan temannya dan saling Bantu membantu.
  23. Saya terkejut dengan maklumat terkini dari Dr Mahathir dalam Perenggan 16(iv) Afidavit Jawapan tersebut bahawa tentang Tun Daim menerima ratusan juta ringgit dan saham berdasarkan dokumen yang saya kemukakan kononnya adalah untuk UMNO. Kata beliau “Wang itu adalah selamat” dan saya adalah trustee(pemegang amanah). Ingin saya tegaskan bahawa,selama saya menjadi Ketua Pergerakkan Pemuda Umno (1982), sehingga dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri (1998), tidak pernah dikemukakan sebarang lapuran mengenai wang berbillion ringgit ini dalam Majlis Tertinggi atau Perhimpunan Agung Umno. Saya juga tidak pernah menerima sebarang perlantikkan sebagai “trustee” tidak pernah menangatangani sebarang atau menerima lapuran kewangan berkenaan perkara yang sama. Nampaknya wang berbillion ringgit itu sudah “selamat” di tangan Dr Mahathir dan Tun Daim. Hanya manakal sesak dan tercabar ,ianya mempersoalkan apakah bukan rasuah namanya bagi seorang Menteri Kewangan menerima habuan rtusan juta ringgit dari syarikat-syarikat? Hanya Dr Mahathir yang rabun dan tidak dapat melihat kekayaan menimbun di tangan Tun Daim.
  24. Merujuk kepada perenggan 16(v) Afidavit Jawapan tersebut, saya mempunyai surat yang menunjukkan Dr Mahathir ada mengarahkan pada bulan Ogos 1998, agar Kementerian Kewangan melulusakan gantirugi kepoada Tan Sri Ting Pek Khing (dari Ekran Berhad) sebagai bayaran gantirugi projek bakun. Tan Sri Ting Pek Khing merayu terus terus kepada Dr Mahathir dan Tun Daim. Adalah tidak benar beliau tidak terlibat keranan arahan yang dibuat adalah jelas. Lagipun Dr Amahthirlah yang berkeras mahukan projek itu diteruskan juga kerana anaknya akan memperolehi kepentingan dalam pembinaan kabel dasar laut yang berharga berbillion ringgit.
  25. Saya tidak anfikan kerumitan siasatan kes Perwaja oleh Badan Pencegah Rasuah, tetapi Dr Mahathir telah melahirkan rasa kurang senangnya dengan lapuran awal saya di Parlimen, bilamana saya mengemukakan lapuran awal Price Waterhouse mengenai kepincangan dan penyelewengan pengurusan Perwaja, khususnya Tan Sri Eric Chia. Tetapi sepertimana yang saya buktikan dalam lapuran polis yang berkenaan , bahawa Dr Mahathir sendiri telah melulusakn kontrak ratusan juta ringgit . Beliau telah terlibat secara langsung melulusakannya berdasarkan suratnya kepada Eric Chia dengan mengenepikan Lembaga Tender dan Kementerian Kewangan. Surat-surat tersebut dilampirkan didalam lapuran Price Waterhouse yang berkenaan. Jesteru , apa jua menyebabkan kerugian berbillion ringgit akan melibatkan Dr Mahathir secara peribadi. Oleh itu,siasatan akan terbantut. Saua tidak tahu kedudukan pembabitan Dr Mahathir secara langsung tersebut diperingkat awal dan menggesa siasatan diteruskan. Dan ini telah meluap-luapkan kemarahan beliau.
  26. Dalamperenggan 17 Afidavit Jawapan tersebut, sekali lagi Dr Amhathir cuba membela Tun daim yang terlibat dalam tuduhan yang melibatkan penyelewengan wang dan salah laku seks. Saya melapurkan kepada beliau siasatan Bank Negar Malaysia mengenai beberapa penyelewengan dalam pengurusan International Bank of Malaysia  yang dimiliki oleh Tun Daim, Mengenai jumlah wang berbentuk tunai yang dibawa keluar oleh Tun Daim, BNM bersedia memberika maklumat yang diperlukan, tetapi dilarang oleh Dr Mahathir. Sekaran beliau meminta bukti. Sewajarlah,beliau mengarahkan satu siasatan “bebas” kerana BNM adalah dibawah pengurusan Tun Daim yang dilantik oleh Dr Mahathir sebagai Menteri Kewangan. Sekarang , seorang Perdana Menteri tidak harus berdolak dalih dalam isu seserius ini dan tidak memperolok-olok, seolah-olah kotak sukar diangkat. Saya jelaskan wang tersebut adalah berbentuk tunai (cash term) terserlah kepada BNM menjelaskan jumlah tunai,kiriman wang dan dan lain-lain bentuk yang mereka ketahui.Begitulah juga halnya dengan isu pelacur asing yang dirujuk dalam perenggan 17 affidavit Jawapan tersebut, yang dilapurkan oleh pihak Imigresen kepada saya dan Dato Seri megat Junid. Kalau benar beliau peka,siasatan perlu dibuat dan tidak memilih untuk menafikan dan melindungi.
  27. Penyiasatan buku 50 dalil yang dinyatakan di perenggan 19 Afidavit Jawapan tersebut, merupakan alas an ampuh buat Dr Mahathir memperalatkan jentera kerajaan, merekacipta pertuduhan dan memusnahkan saya. Mengapa beliau sekadar memilih menerima pengakuan Azizan dan tidak penafian saya. Mengapa tidak diambilkira penafian Azizan dalam surat pada 19 Ogos 1997 yang menyebut penglibatan Dato Aziz Shamsuddin ?. Mengapa tidak dipertimbangkan surat umum Azizan pada 25hb Ogos 1997 yang menolak tohmahan tersebut? Mengapa tidak diteliti surat pengakuan bersumpah Azizan bertarikh 10 Ogos 1998 yang menafikan tohmahan (termasuk beliau pernah diliwat) yang terkandung dalam buku 50 dalil? Siapa melantik beliau sebagai Qadi atau Hakim membuat keputusan mengikut kepentingan dan nafsu untuk terus berkuasa? Bagaimana pula dengan keterangan tunggang terbalik Azizan bahawa

i.                     beliau pernah diliwat

ii.                   beliau tidak pernah diliwat

iii.                  tidak pernah diliwat selepas Mei 1992

iv.                 tidak pernah diliwat selepas September 1992

v.                   dan sekarang , pernah diliwat diantara Januari hingga march 1993

 

  1. Bagaimanapula dengan kewibawaan keterangan bahawa beliau diliwat di Trivoli Villa tahun 1992 dan didapati Trivoli Villa belum wujud? Dan Bagaimana pula pertuduhan dari tahun 1994 ke 1992 dan kini 1993? Apakah ini semua tidak meragukan melainkan sekiranya Dr Mahathir benar-benar demdam kesumat, terdesak dan sesak nafas dengan kehadiran saya yang berbeda dasar dan pendekatan dengannya dan cuba menggunakan muslihat dengan apa cara jua, mereka cipta, rekayasa pertuduhan bagi memenuhi agenda plotik beliau.
  2. Dr Mahathir harus ingat bahawa berulang kali saya sampaikan pandangan ikhlas kepada beliau, jangan gopoh gapah menghina ulama dan mempersendakan hokum Islam. Ada saya sampaikan buku-buku untuk beliau mentelaah. Malangnya beliau terlalu angkuh dan menganggap dirinya pakar dalam semua bidang. Jika Dr Mahathirpunyai maklumat asas tentang hokum islam,beliau akan tahu dosa dan bencana fitnah terhadap sesaorang,keterangan atau persaksian dari seorang fasik dan bagaimana institusi kehakiman harus dimulia dan bebas dari kongkongan penguasa. Dan dalam konteks perundangan sekarang sekalipun, pertuduhan dan pendakwaan yang ada masih dianggap janggal dan keterlaluan.
  3. Dr Mahathir tidak akan dapat menafikan beliau memperalatkan polis, Jabatan Peguam Negara dan Badan Kehakiman dalam perenggan 20 Afidavit Jawapan tersebut, kerana saya memerhatikan secara perbadi gelagat Dr Maahthir mengenai siasatan, tindakan dan bantahan terhadap beberapa kes penghakiman.Paling akhir arahan beliau meminta pemuda-pemuda (UMNO dan lain-lain ) menyuruh menentang sidang APCET(Timor-Timor) juga nyata.
  4. Mengenai tuduhan salahlaku seks Dr Mahathir seperti yang dirujuk dalam perenggan 20 Afidavit Jawapan tersebut, saya punyai maklumat mengenai nama-nama wanita terbabit dan lain-lain keterangan berkaitan. Tetapi saya tidak berhasrat untuk meneruskan sekarang melainkan jika terpaksa. Walaubagaimanapun saya terkejut dengan penafian beliau itu,namun begitu saya masih tidak merasa tertekan atau terdesak untuk mengemukakan keterangan yang akan mengaibkan dan menjejaskan maruah beliau.
  5. Saya telah kemukan keterangan mengenai pengedaran buku 50 dalil dari Pejabat Perdana Menteri dan penggunaan Jabatan Perdana Menteri dalam merancang konspirasi dan rekayasa keterangan. Lantaran itu, penafian beliau dalam perenggan 21 Afidavit Jawapan tersebut adalah tidak munasabah.
  6. Dalam perenggan 22 Afidavit Jawapan tersebut, Dr Mahathir mengulangi kenyataan bahawa saya telah memperalatkan polis sepertimana dalam kes pendakwaan terdahulu. Sayajuga ingatkan bahawa keterangan Dato Said Awang menyebut bahawa belaiu bersedia berbohong sekiranya diarah oleh orang yang lebih tinggi dari Timbalan Perdama Menteri. Mendakwa semata-mata berpandukan kepada keterangan pegawai polis tanpa sebarang fakta lain yang menyokong. Ini selari dengan selera Dr Mahathir dan tidaklah menghairankan sekiranya beliau mengulang-canang berita tersebut.
  7. Apa yang Dr Mahathir sebutkan kepada saya pada 2 September 1998 ialah Letak Jawatan jika tidak kamu akan didakwa. Ini adalah cara beliau mengugut kerana menguasai seluruh jentera kerajaan. Saya tidak nafikan haknya sebagai Perdana Menteri menyingkir saya selaku Timbalan Perdana Menteri (seperti dinyatakan di perenggan 25 Afidavit jawapan tersebut) tetapi tindakan rakus memecat saya sebagai Timbalan Presiden yang terpilih dan sebagai ahli UMNO melalui pakatan kotor,keji dengan membuat fitnah dan tohmahan palsu adalah sungguh mengecewakan. Apa yang dikatakan beliau sebagai rundingan dengan pemimpin UMNO adalah proses arahan biasa yang tidak memungkinkan wujudnya percanggahan pendapat. Lihat sahaja jumlah yang ditahan,disingkir,didera, tidak diberi peluang bertanding kerana didapati tidak serasi dengan pandangan beliau.
  8. Berdasarkan pengakuan Dr Mahathir mengenai keterlibatannya dalam kes ini, diantara lain menerima surat Umi,menyerahkan surat itu kepada saya, menemui Azmin dan Azizan yang merupakan saksi-saksi penting dalam perbicaraan ini, mengeluarkan kenyataan –kenyataan dalam tahun 1997 dan 1998, saya sesungguhnya dan sebenar-benarnya percaya bahawa beliau dapat membantu dalam perbicaraan ini.
  9. Amat aneh sekali bagi Dr Mahathir yang paling ketara pembicaraannya mengenai kes ini, sanggup terus menerus mencerca, memfitnah dan mengaibkan saya diluar, tetapi keberatan bahkan tidak berani hadir ke mahkamah.Beliau sesungguhnya mengepalai pakatan jahat dan konspirasi menjatuhkan saya dan rekayasa, mencipta , mereka-reka pertuduhan dan mengerahkan seluruh jentera kerajaan sebagai alat dan perkakasnya. Beliau tidak harus gentar berdepan dengan kenyataan dan proses keadilan dan kebenaran,melainkan beliau gusar dengan kemungkinan terdedah dan terbongkarnya muslihat dan rasuah yang menyebabkan penciptaan dan pertuduhan palsu dan jahat terhadap saya.Dr Mahathir menguasai media menghebohkan fitnah tetapi tidak memberi liputan pembelaan saya atau keterangan saksi yang mendakwa mereka dipaksa polis.
  10. Saya sesungguhnya percaya bahawa kenyataan-kenyataan dalam Afidavit-afidavit yang difailkan ini mengandungi bahan-bahan yang cukup untuk menunjukkan bahawa segala bantahan dan penyelewengan oleh Dr Mahathir ,kroni dan gejala dan amalan rasuah, penyelewengan disertai dengan igauan Dr Mahathir bahawa saya akan mencabarnya menyebabkan Dr Maahthir mempunyai motif untuk memulakan satu jaringan,konspirasi bagi menghancurkan karier politik saya, melalui perekaan dan pemalsuan bukti-bukti terhadap saya.
  11. Didalam keadaan ini, keterangan Dr Mahathir adalah sangat penting kepada perbicaraan ini. Afidavit Jawapan Dr Mahathir sendiri membuktikan tanpa sebarang keraguan akan bertapa relevannya keterangan beliau dimahkamah ini. Oleh itu, saya memohon kepada Mahkamah yang Mulia ini suoaya memberi ruang kepada saya mengemukakan pembelaan saya dengan memerintahkan Dr Mahathir supaya hadir ke Mahkamah tanpa sebarang kelengahan lagi dan tanpa sebarang dolak-dalih untuk berhadapan dengan proses keadilan dan kebenaran. Jangan beliau diberi ruang untuk berselindung disebalik topeng kekuasaannya untuk lari daripada proses keadilan dan kebenaran.

 

Di ikrar oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada 5 hb April 2000

Pada pukul 9.15 pagi di Kuala Lumpur

 

DIHADAPAN

HAZIZAH BT KASSIM

Majistret

Mahkamah Mejistret Kuala Lumpur

 

AFFIDAVIT TAMBAHAN ini difailkan sendiri oleh Dato Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai alamat untuk penyampaian di Penjara Sg Buluh Sg Buloh Selangor Darul Ehsan.