PENUBUHAN KEADILAN ANTARABANGSA
 
 
 
 
Pada 28 Mei 2000, para penyokong Reformasi yang
terdiri daripada para pelajar Malaysia dan masyarakat
Malaysia yang bermastautin di United Kingdom telah
bersetuju untuk menubuhkan KeADILan Antarabangsa
Eropah.  Dalam "Deklarasi 28 Mei" itu mereka
menggariskan kepentingan untuk menjana Reformasi di
luar negara baik melalui perhubungan sesama pelajar
mahupun dengan para simpatisan Reformasi di luar
negara.
 
Penubuhan KeADILan Antarabangsa Eropah adalah hasil
lawatan Sdr Ezam Mohamad Nor, Ketua Pemuda KeADILan ke
United Kingdom baru-baru ini.  KeADILan Antarabangsa
Eropah akan disusuli oleh penubuhan KeADILan
Antarabangsa di lain-lain negara.
 
Berikut adalah isi kandungan "Deklarasi 28 Mei" dalam
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris:
 
28 MAY 2000 DECLARATION
KEADILAN INTERNATIONAL EUROPE
 
Reformasi activists in Europe have been holding
several meetings to draw up plans to establish
Keadilan International Europe - an organisation
dedicated to spearheading the Reformasi movement in
this continent. It is hereby declared that on this
auspicious day of 28th May 2000, Keadilan
International Europe is officially launched in the
United Kingdom. Keadilan International Europe is
wholeheartedly supported and endorsed by the
leadership of Parti Keadilan Nasional Malaysia.
 
Keadilan International Europe whose members are the
Malaysian students studying in Europe and Malaysian
citizens currently residing in this continent have
agreed on the 28 MAY DECLARATION:
 
1. That Keadilan International Europe will nurture and
uphold the spirit of the Reformasi movement in this
continent amongst Malaysians and non-Malaysian
sympathisers to ensure that our struggle for a just
and democratic country as initiated by Dato' Seri
Anwar Ibrahim is carried on from this continent
2. That Keadilan International Europe will be a
melting pot for pro-Reformasi Malaysians in Europe to
meet and contribute intellectually and physically to
the struggle back home
3. That Keadilan International Europe urges Reformasi
activists in other parts of the world to take the same
bold step to establish a similar organisation to
consolidate our support from Malaysian citizens in
every part of the world
 
The Reformasi spirit would always be a burning beacon
to our struggle from Europe and we will undertake
whatever necessary steps within our limit of
capabilities to contribute to our mutual struggle -
Keadilan International Europe prays that other
Reformasi movement components will each continuously
play their respective roles.
 
Keadilan International Europe prays that our sincere
and noble struggle will be blessed by Allah the
Almighty.
 
KEADILAN INTERNATIONAL EUROPE
28 MAY 2000
UNITED KINGDOM
 
* * *
 
DEKLARASI 28 MEI 2000
PENUBUHAN KEADILAN ANTARABANGSA EROPAH
 
Para pendokong dan aktivis gerakan reformasi di United
Kingdom dan Eropah telah bertemu dan bersetuju dengan
penubuhan Keadilan Antarabangsa Eropah (KAE) pada hari
ini 28 Mei 2000. Keadilan Antarabangsa Eropah telah
mendapat sokongan padu dan perhatian peribadi daripada
pucuk pimpinan Parti Keadilan Nasional Malaysia.
 
Selaras dengan penubuhan Keadilan Antarabangsa Eropah
yang didokongi oleh para pelajar Malaysia serta rakyat
Malaysia yang menjadi pemaustautin tetap di Eropah,
Deklarasi 28 Mei 2000  menggariskan perkara-perkara
yang berikut:
 
1. Bahawa Keadilan Antarabangsa Eropah akan memupuk
semangat juang reformasi demi kemakmuran negara
Malaysia di kalangan rakyat Malaysia dan bukan
Malaysia di Eropah serta mempastikan kesinambungan
perjuangan asal reformasi yang dicetuskan oleh Dato'
Seri Anwar Ibrahim
2. Bahawa Keadilan Antarabangsa Eropah akan menjadi
kawah pelakuran untuk menemukan bijak pandai Malaysia
di Eropah untuk menyumbang secara intelektual dan
fizikal kepada perjuangan reformasi di tanahair
3. Bahawa Keadilan Antarabangsa Eropah menyeru para
penggerak reformasi di seluruh pelusuk dunia mengambil
langkah yang sama dan menyemarakkan api perjuangan
reformasi di benua-benua yang lain
 
 
Semangat reformasi akan terus dibakar dari Eropah dan
para aktivis reformasi di sini akan melakukan apa yang
terdaya; kita meminta komponen-komponen gerakan
reformasi yang lain juga sama-sama menanam hasrat
untuk terus memainkan peranan masing-masing.
 
Kita mendoakan perjuangan ikhlas dan murni kita
diberkati Allah SWT selama-lamanya.
 
KEADILAN ANTARABANGSA EROPAH
28 MEI 2000
UNITED KINGDOM