KEADILAN ALA MAHATHIR Bahagian 1

 

Hari ini 9 Nov 2000, satu lagi sejarah tanahair tercatat, 3 orang pahlawan Islam telah memilih penjara kerana menentang zionis di "negara islam" Malaysia. Mahathir telah menjemput wakil zionis sebagai tetamu negara dalam perlawanan kriket. Saudara Mahfuz, Salahuddin dan Pak Amjal mengetuai masyarakat dan agama Islam menentang kedatangan yahudi ke bumi tercinta ini. Maka akibatnya mereka akan dikurung selama satu bulan.

 

Inilah dia keadilan ala regim Mahathir/UMNO. Berdegar-degar mereka berkokok mempertahankan Islam, rupanya Yahudi yang dipertahankan sebenarnya. Empat orang pahlawan Islam telah dijatuhi hukuman denda RM1500 setiap seorang. Tiga orang memilih untuk kepenjara kerana tidak sanggup melihat maruah Islam tergadai hanya kerana Rm1500. Seorang lagi bukan tidak sanggup kepenjara tetapi atas sebab kesihatan dengan rasa berat hati membayar denda.

 

Tetapi, natijah dari peristiwa ini mari kita renungkan. Apabila Ketua Samseng Sanusi Junet membelasah orang awam, mahkamah Mahathir hanya menjatuhkan hukuman serendah RM1000 sahaja. Kos mempertahankan maruah agama dan negara lebih mahal dari kos mengaibkan negara. Fikirkanlah wahai penyokong UMNO. Belajarlah kembali sirrah Rasulullah S.A.W. Sebenarnya kamu penyokong dan pendokong UMNO adalah jauh lebih teruk dari Abu Jahal dan Abu Lahab. Kamu dilahirkan sebagai Islam dan menjadi musuh Islam. Persamaannya hanya kamu sama-sama tak sanggup meninggalkan anutan nenek moyang. Kamu menyembah berhala hidup si Mahathir dan agama UMNO. Kitab kamu adalah perlembagaan UMNO yang senantiasa berubah. Nabi kamu Pak Lah, Rais Yatim, 3 naib presiden dan berpuluh orang MT. Malah kamu ada nabi pompuan.

 

Semoga Allah lingkupkan kamu semua demi umat dan agama Islam. Mahathir, adakah kamu ingin mengulangi sejarah firaun apabila nyawa sudah dihalkum baru nak taubat?

 

Aura2000

 

KEADILAN ALA MAHATHIR Bahagian 2

 

 

Polis Regim Dr. Mahathir yang mengatakan mereka bertindak adil terhadap semua lapisan rakyat negara ini hari ini terdedah lagi satu pembohongan nyata. Merujuk kepada akhbar The Star hari ini Sabtu 11 November mukasurat 4 dengan tajuk "JAILED PAS YOUTH CHIEF MAY FACE ANOTHER CHARGE".

 

SAC Zuber Shariff dari pasukan polis Perak mengatakan bahawa Saudara Mahfuz adalah salah seorang saksi yang dicari berkaitan dengan kejadian demonstrasi (HARAM kata mereka) di Pusat tahanan Kamunting. Polis bangang ini berkata mereka sedang menyiapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwaraya. Nampaknya polis begitu 'cekap' apabila demonstrasi dibuat oleh Barisan Alternatif. Tetapi apabila demonstrasi tidak halal yang dibuat oleh pemuda UMNO sehingga menimbulkan kekecohan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur sekor polis pun tidak kelihatan. Malah selepas dibuat laporan Polis, tidak didengari sepatah ayat dari sekor polis pun termasuklah pengganti bapak anjing Norian Mai. Begitu juga perhimpunan haram pemuda UMNO yang dihadiri juga oleh Pemuda UMNO tertua berusia 74 tahun Mahathir di Putrajaya. Sekor polis pun tak nampak. Sudahlah demonstrasi haram itu adalah salah satu demonstrasi perkauman yang menghasut Melayu membenci Cina. Kami meminta anjing-anjing ini menyediakan juga kertas siasatan terhadap UMNO dan Perdana Menteri. Kami juga teringin nak melihat Ketua Pemuda UMNO @ Pondan Siam ini memilih penjara seperti Saudara Mahfuz.

 

Sudahlah Polis, kami semua sudah begitu jijik melihat polis. Rakyat Malaysia kini lebih takut kepada Polis dari gangster. Ini adalah kerana Polis mempunyai lesen besar mendajai rakyat. Polis buleh tembak orang sesuka hati. Polis buleh pecahkan cermin kereta orang sesuka hati. Cuma yang polis takut nak tangkap Mahathir. Polis Malaysia adalah Polis paling penakut atas mukabumi. Orang tua dah nak mampus pun depa takut. FRU dan SB pulak eksyen bila depa ramai, tapi kalau sekor-sekor penakut nak mampus. Polis-polis ini takut kat Pondan siam Hishamudin @ Shamsiah.

 

Sekian

 

Aura2000