Text Box: BADAN BERTINDAK MAHASISWA
Universiti Teknologi MARA
BBMUiTM

NO. RUJUKAN KAMI          : BBMUiTM/08

NO. RUJUKAN TUAN                   :

TARIKH                            : 09 OKTOBER 2000

SUMBER KOMENTAR

 

Yang Berhormat

Datuk Hishamuddin Tun Hussien

Ketua

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Ibu Pejabat UMNO

Tingkat 37

Menara Dato’ Onn

50480 Jalan Tun Dr. Ismail

Kuala Lumpur

 

 

YB Datuk

MEMOHON SOKONGAN PEMUDA UMNO TERHADAP BBMUiTM

 

Sukacitanya perkara di atas adalah di rujuk.

 

Badan Bertindak Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (BBMUiTM) adalah merupakan sebuah organisasi ad hoc yang ditubuhkan untuk menangani pertikaian akar umbi mahasiswa yang tidak bersetuju terhadap larangan menubuhkan persatuan negeri, agama dan bangsa di Universiti Teknologi MARA.

 

Sehubungan dengan itu, BBMUITM memohon sokongan Pemuda UMNO bagi memastikan mahasiswa UiTM dapat menubuhkan persatuan bangsa Melayu dalam kampus bumiputera ini. Harapan BBMUiTM dengan kewujudan persatuan bangsa Melayu ia akan dapat mengingatkan mahasiswa UiTM kepada sejarah bangsa, keperitan mencapai kemerdekaan serta memartabatkan suara melayu menerusi wadah mahasiswa dan yang paling penting adalah bersama-sama dalam arus perdana demi mempertahankan ketuanan melayu di bumi Malaysia.

 

Justeru itu, kami yakin dan percaya bahawa dengan sokongan terbuka yang dihulurkan oleh Pemuda UMNO di tambah dengan kekuatan terbilang Pemuda UMNO maka harapan tersebut dapat direalisasikan seterusnya memastikan agenda melayu disempurnakan dengan jayanya.

 

Akhir sekali kami mendu’akan pemuda UMNO dibawah keampuhan kepimpinan YB Datuk terus menerajui agenda melayu dan dapat menangani segala fitnah jahat yang dilemparkan kepada organisasi pembela bangsa Melayu terulung ini.

 

Sekian terima kasih.

 

 

Yang benar

 

 

 


MUHAMMAD FARIZAN ABDUL RAZAK

Pengerusi

Badan Bertindak Mahasiswa

Universiti Teknologi MARA

Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

 

 

s.k       Menteri Pendidikan Malaysia   

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 1

Naib Canselor UiTM

Timbalan Naib Canselor HEP

Timbalan Naib Canselor HEA

Yang DiPertua JPPUiTM

Fail

Text Box: SEKRETARIAT
BBMUiTM
Persatuan Amalan Dan Asas Sosial Islam (ADASI)
Tingkat 4
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Bangunan Budisiswa
40450 Universiti Teknologi MARA Shah Alam
Tel : O3-55164037
        016-3803474