Text Box: BADAN BERTINDAK MAHASISWA
Universiti Teknologi MARA
BBMUiTM

NO. RUJUKAN KAMI                    : BBMUiTM/09

NO. RUJUKAN TUAN                   :

TARIKH                            : 09 OKTOBER 2000

KOMENTAR

 

Yang Berhormat

Dr. Mohammad Khir Toyo

Menteri  Besar Selangor

Pejabat Menteri Besar

Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan.

 

YB Dr.

MEMOHON SOKONGAN KERAJAAN NEGERI TERHADAP BBMUiTM

 

Sukacitanya perkara di atas adalah di rujuk.

 

Badan Bertindak Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (BBMUiTM) adalah merupakan sebuah organisasi ad hoc yang ditubuhkan untuk menangani pertikaian akar umbi mahasiswa yang tidak bersetuju terhadap larangan menubuhkan persatuan negeri, agama dan bangsa di Universiti Teknologi MARA.

 

Sehubungan dengan itu, BBMUITM memohon sokongan Kerajaan Neseri Selangor bagi memastikan mahasiswa UiTM dapat menubuhkan persatuan Negeri Selangor dalam kampus UiTM. Harapan BBMUiTM dengan kewujudan Persatuan Mahasiswa Negeri sepertimana universiti-universiti tempatan yang lain maka ia akan dapat mengembangkan lagi budaya Selangor, membantu kebajikan mahasiswa Selangor serta melaksanakan program-program yang membina kecemerlangan mahasiswa Selangor dan yang paling penting adalah memastikan anak muda selangor mendapat pengisian positif demi memenuhi tuntutan zaman.

 

Kami yakin dan percaya bahawa dengan sokongan terbuka yang dihulurkan oleh Kerajaan Negeri di tambah dengan imej murni Selangor  maka harapan tersebut dapat direalisasikan seterusnya memartabatkan Selangor sebagai peneraju kemajuan berbanding negeri-negeri lain.

 

Akhir sekali kami mendu’akan negeri Selangor dibawah wawasan kepimpinan Dr. terus berada dalam limpahan keberkatan dan keredhaan Ilahi menepati kepada aspirasi Negeri Selangor.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sekian terima kasih.

 

 

 

Yang benar

 

 

 

 


MUHAMMAD FARIZAN ABDUL RAZAK

Pengerusi

Badan Bertindak Mahasiswa

Universiti Teknologi MARA

Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

 

 

s.k       Menteri Pendidikan Malaysia   

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 1

Naib Canselor UiTM

Timbalan Naib Canselor HEP

Timbalan Naib Canselor HEA

Text Box: SEKRETARIAT
BBMUiTM
Persatuan Amalan Dan Asas Sosial Islam (ADASI)
Tingkat 4
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Bangunan Budisiswa
40450 Universiti Teknologi MARA Shah Alam
Tel : O3-55164037
        016-3803474

Yang DiPertua JPPUiTM

Fail