KOMENTAR

 

16.10.2000

Salam Reformasi

 

KENAPA TAKUT PADA PERKATAAN ISLAM

 

 

Kerajaan nampak terlalu gugup apabila perkataan ISLAM mahu di gunakan dalam mana-mana persatuan khususnya di peringkat Universiti.

 

Persatuan-persatuan di UiTM sudah mula di halang dari menggunakan perkataan Islam dalam persatuan mereka.

 

Satu surat dari PERSATUAN AMALAN DAN ASAS ISLAM atau singkatannya ADASI (persatuan dalaman dalam UiTM) kepada Datuk Prof.Dr. Ir Hj Ahmad Zaidee Laidin selaku Naib Canselor telah meminta penjelasan secara jujur mengenai kedudukan ADASI yang seolah-olah dihalang daripada menggerakkan persatuan untuk melaksanakan program bagi meningkatkan kefahaman fardu ain mahasiswa UiTM.

 

Dimaklumkan oleh ADASI mereka akan terus mempertahankan nama Islam dan dasar Islam pada persatuan.

 

Kerajaan BN khususnya UMNO seolah-olah takut dengan perkataan ISLAM sekarang ini. Apakah mereka ini tidak mahu melihat Islam itu sendiri berkembang atau ketakutan menggunakan perkataan Islam adalah kerana mereka takut penerapan nilai-nilai Islam akan menghancurkan agenda beberapa kepimpinan yang tidak Islamic.

 

Komentar