KOMENTAR

Komentar 1

09.05.00

 

Menjelang Perhimpunan UMNO

 

Perhimpunan UMNO sudah tiba lagi. Calon-calon mula rancak berkempen, walau kempen kali ini tidak mendapat permit dari Dr Mahathir. Kempen-kempen tetap dijalankan. Puluhan surat layang dilapurkan diterima yang menuduh calon itu dan ini mengamalkan politik wang, menjalankan kempen yang tidak sepatutnya dijalankan dan bermacam lagi. Nasib baik surat-surat layang itu tidak datang dari UMMI Halfida. Kalau ianya dari Ummi Halfida nescaya ianya akan terus dipercayai oleh Mahathir.

 

Setelah dua calon Timbalan Ketua Pemuda disahkan bersih dari politik wang Dr Mahathir sekali-lagi memaklumkan bahawa nama-nama mereka yang melakukan politik wang akan dihebohkan. Telus konon ? Dr Mahathir yang sudah terlebih memerintah kini masih mahu memainkan peranan dalam mencaturkan politik UMNO. Banyak kisah terlancar dari perwakilan dan ahli-ahli UMNO. Kisah-kisah menikam lawan dari belakang, cuba menjatuhkan lawan dengan pelbagai tektik serta budaya tohmahan dan tuduhan tanpa usul periksa sudah agak sinomin dengan budaya wang UMNO. Apa mahu dihairankan sangat, dalam UMNO mereka yang tidak pandai mengambil hati akan terus tercampak tanpa pembelaan dalam UMNO. Desus desus kini sudah tersebar bahawa Dato’ Muhammad Mohd Taib sedang berusaha untuk memenangi pemilihan bagi jawatan Naib Presiden UMNO. Sumber yang diperolehi juga hayat Dato’ Abu Hassan Omar di Selangor agak tipis sebaik sahaja tamat pemilihan ini. Nampaknya hayat Dato Abu Hassan Omar untuk terus menjawat jawatan Menteri Besar Selangor semakin tersisih.

 

Dengan tersebarkan ura-ura ini Komentar terus berfikir, siapa pula calon MB Selangor kelak. Di maklumkan juga kepada kami melalui email bahawa Dato Abu Hassan Omor TIDAK LAGI DIKEHENDAKI OLEH MAHATHIR atas sebab yang tidak dapat dikemukakan oleh Mahathir sendiri kerana “list”nya agak panjang.

 

Bagi Wanita UMNO pula sungguh pun Dr Siti Zaharah telah mula dengan imeg bertudung mengikut peringkat TETAPI peluang beliau untuk mempertahankan tempat agak tergugat. Rafidah Aziz akan terus mencuba untuk memenangi  Ketua Wanita . Komentar dimaklumkan bahawa Rafidah Aziz dijangka memenangi Jawatan kerana Rafidah disokong oleh Presiden. Presiden mahukan Rafidah terus menerajui Ketua Wanita. Banyak sungguh email yang diterima tentang kepimpinan UMNO sendiri. 

 

Komentar akan cuba membawa berita lanjut mengenai perhimpunan UMNO.

 

Komentar