KOMENTAR

 

PELAJAR  UiTm TERUS DI TEKAN

 

3 pelajar UiTM telah di dapati bersalah atas beberapa tuduhan di bawah Tatatertib Am dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar ) 1976.

 

MUHAMMAD FARIZAN Hj ABDUL RAZAK telah di tuduh dan di dapati bersalah di bawah perkara

 

10(A) Tiada sesaorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh menerbitkan, membahagi-bahagi atau mengedarkan apa-apa dokumen di dalam atau di luar kampus.

 

Beliau telah di tuduh mengutus surat kepada YAB Menteri Besar Selangor dan Ketua Pemuda UMNO mengenai isu-isu dalaman UiTM pada 9hb Oktober 2000.

 

Beliau sebenarnya telah membantah Bahagian 11 perkara 3(2) Perlembagaan Persatuan Dalaman apabila pendaftaran Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di tolak dan di minta mengugurkan perkataan ISLAM.

 

KHAIRUL RIZAL ARSHAD telah di tuduh

 

menyampaikan khutbah Jumaat bagi tujuan menimbulkan kegelisahan kepada para jemaah

 

dan menimbulkan perasaan kebencian dan syak wasangka terhadap kepimpinan UiTM dan kerajaan.

 

ABU HUSIN MAMAT telah di tuduh

 

menjadi ahli atau bersekutu dengan persatuan/ pertubuhan / badan Himpunan Mahasiswa Islam Selangor (HAMAS) tanpa mendapat kebenaran secara bertulis.

 

Dan Menyimpan sejumlah risalah surat layang yang bertujuan untuk menjatuhkan nama kakitangan dan bahagian – bahagian tertentu di UiTM.

 

Ulasan KOMENTAR 

 

Komentar pernah mengutarakan ketakutan Kerajaan Malaysia dengan penggunaan nama Islam pada pertubuhan-pertubuhan pelajar. Komentar juga telah memaklumkan kepada pembaca betapa persatuan-persatuan pelajar di halang dari menyuarakan pendapat. Sekali lagi Komentar menyeru kepada pelajar-pelajar kita supaya bangkit bersatu dan jangan mudah mengaku kalah. Mahasiswa harapan negara.

 

Komentar

 

UiTM HALANG PERSATUAN GUNA NAMA ISLAM KLIK SINI

 

Persatuan Pelajar bantah pengharaman penggunaan nama Islam KLIK SINI