Tengku Adnan Penjual Carpet

 

AKHBAR The Star 18 Januari 2001 di muka surat 3 melaporkan bahawa timbalan menteri yang baru dilantik, Tengku Adnan Tengku Mansor adalah seorang penjual carpet di Syarikat Carpet International.

Khabarnya, dia orang Melaka dan bukan bergelar Tengku seperti yang ada sekarang. Dia adalah Adnan anak Mansor yang dapat gelaran Tengku dari satu keluarga Tengku. Nama bapanya dari Mansor menjadi Mansori supaya tidak dikenali.

Bapanya, Mansor pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri orang di Hotel Nadias Inn, Langkawi tidak lama dahulu.

Satu sumber yang rapat dengan keluarganya memberitahu, dia juga pernah menjadi penjual gas dan hanya berkelulusan SPM.

Itulah sebabnya dia memerlukan pembantu bernama Zahrin Gila yang tidak lulus SRP dalam hidupnya. Ketika mula-mula dia menjadi Ketua Pemuda Umno Bahagian Seputih, dia mendapat jawatan itu dengan membeli perwakilan. Akhirnya Pemuda Seputih waktu itu berpecah dua.

Disebabkan dia banyak duit dan menjadi proksi Vincent Tan, maka dia boleh beli segala-galanya hingga meletakkan dia sebagai Ketua Bahagian Seputih.

Dengan gaji yang dibayar kepada Zahrin Gila, maka Zahrin boleh menanggung beberapa orang anak haram yang lahir dari hasil hubungan sulit dengan beberapa wanita. Kisah ini semua orang tahu dan yang paling dekat dengan peristiwa ini ialah Tengku Adnan sendiri.

Tengku Adnan juga adalah penaja majalah bertajuk Bila Lagi Mahathir Nak Sedar yang kononnya ditulis oleh Zahrin Gila. Sebenarnya bukan dia yang menulis tetapi ada seorang penulis lain yang menulis majalah itu. Zahrin hanya menggunakan namanya sebagai penulis untuk strategi politik Tengku Adnan.

Tengku Adnan cukup kecewa bila dia hanya dilantik menjadi timbalan menteri sedangkan dia kononnya dijanjikan bakal menjadi menteri penuh. Ramai yang bercadang menghantar tissue ke rumah Tengku Adnan bagi mengelap airmatanya yang bercucuran keranasedih tidak dapat menjadi menteri penuh.

Khabarnya yang menjanjikan jawatan itu ialah Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana sebagai upah dia membiayai penulis Khalid Jefri menerbitkan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.

Umno benar-benar kekurangan tokoh sekarang hingga terpaksa melantik orang yang berkelulusan SPM menjadi timbalan menteri dan pengerusi Umno Wilayah Persekutuan.

Lepas ini tentunya Zahrin Gila akan ‘menulis’ lagi sebagai satu strategi menarik perhatian PM dan TPM bagi menaikkan pangkat Tengku Adnan kepada jawatan menteri penuh.

Tunggu… bila majalah baru ‘tulisan’ Zahrin Gila membelasah PM dan TPM akan terbit. Hanya orang kaya dan tauke judi sahaja yang boleh menaja penerbitan majalah seumpama itu kerana harganya bukan murah. Tentunya Tengku Adnan yang akan menjadi ‘orang tengah’ dalam isu seperti ini dan akhirnya Tengku Adnan diberi upah lagi… lepas jadi timbalan menteri, ke jawatan menteri. Tentunya Setiausaha Sulit atau Setiausaha Politik Tengku Adnan adalah Zahrin Gila. Lahir lagi anak haram ke dunia ini jika Zahrin Gila diberi lebih banyak jawatan.

Kahwin sebulan dapat anak… anak pasang siap ke atau anak haram?

 

 

UN-19012001/Jumaat:UN3