BERTARIKH 12 JUN 2000

OLEH

LEFTENAN KLUANGMAN

                                                                        KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF – OPS PD

 

 

Orang Kampung & Dato’-Dato’ Polis yang dihormati,

 

1.          Leftenan KLUANGMAN dan Skuad OPS PD telah terbang kembali ke tempat asalnya. Tahniah, anda sudah berani menyuarakan hasrat sebenar sanubari menyokong perjuangan BARISAN ALTERNATIF pada Pilihanraya Kecil P119 Telok Kemang yang telah selamat diadakan pada 10 Jun 2000 yang lalu. Buat kali pertama dalam sejarah Malaysia moden, undi pos telah tidak memihak kepada BARISAN NASIONAL.

 

2.          Pengajaran dan iktibar yang perlu anda ambil berat apabila menghadapi siri-siri pilihanraya akan datang terutamanya Pilihanraya Umum Ke 11 – Tahun 2004  kelak adalah:

 

            a.          Jangan sekali-kali mengundi secara konvensional. Selagi BN/UMNO tidak menghapuskan amalan Undi Pos yang     terbukti menipu, anda jangan sekali-kali membuang undi di pasukan masing-masing sebaliknya selepas menerima kertas Undi Pos anda, simpan dan serahkan kertas undi kalian di  pusat-pusat pembuangan undi awam di kawasan pilihanraya         tempat   anda mengundi pada hari pilihanraya sebelum jam 1700 petang. Tiada sesiapa yang berhak menghalang anda dari          berbuat demikian kerana amalam ini dibenarkan oleh Seksyen 12 & 13 Akta Pilihanraya, 1958 [Peraturan Pilihanraya (Undi         Pos), 1959] yang dengan jelas menyebut bahawa:

 

                                    dibenarkan seseorang pengundi pos menyerahkan sendiri kertas undi  mereka beserta Borang 3/Peraturan 8 (Pengakuan Pengenalan) dalam sampul surat yang bertutup kepada mana-mana Pengurus Pilihanraya di dalam kawasan pengundiannya pada hari mengundi sebelum jam 5.00 petang.’’

 

            b.          Bagi Warga ATM anda jangan takut bermain politik kerana  Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bilangan 11/74  dengan jelas menyebut bahawa:

 

                                    Anggota Tentera adalah dibenarkan untuk menyertai atau menghadiri mana-mana aktiviti parti politik dengan syarat: Tidak berpakaian Rejimental Mufti (Unifom) dan..,

                    Di luar waktu bertugas.”

 

            c.          Jangan tertipu dengan arahan yang menyatakan bahawa hanya pegawai pasukan sahaja yang dibenarkan          menandatangani Borang 2/Peraturan 8 (Pengakuan Pengenalan) kerana prosedur perundangan dengan jelas membenarkan sesiapa sahaja Warganegara Persekutuan yang cukup umur dan tidak hilang kelayakan kesaksian menjadi saksi. Tiada pegawai pasukan yang berhak untuk mengetahui undi kita. Skot undi anda adalah RAHSIA. Jangan percaya pada sesiapa walaupun pegawai sendiri kerana mereka mungkin akan mengkhianati dan menjual undi anda kepada orang-orang BN/ UMNO. Sebab itu dari awal lagi KLUANGMAN memberikan pertanggungjawapan kepada setiap pengundi pos menyerahkan    kertas undi kalian sendiri.

 

3.          Keputusan Pilihanraya P119 Telok Kemang tempohari jelas menunjukkan bahawa hanya sebilangan kecil kalian mempunyai keberanian menentang sistem zalim tajaan BN/UMNO itu. Berikut dinyatakan keputusan penuh Undi Pos kalian:

 

a.

Jumlah Undi Pos keseluruhan

-

5,048. Bukannya 5,005 sebagaimana yang diwar-warkan oleh media kroni BN/ UMNO dan SPR.

 

 

 

 

b.

Jumlah undi yang  dikembalikan

-

3,688 undi.

 

 

 

 

c.

Undi rosak

-

320 undi (Kesemuanya gagal melengkapkan maklumat saksi).         

 

 

 

 

d.

Undi BA

-

1,743 undi.  100% jumlah undi yang diserahkan pada 10 Jun 2000 sebelum 1700 petang. Tahniah 2 Armor, POP TD, IPDA dan segelintir dari Orang Kampung & Dato’-Dato’ Polis yang ada maruah dan harga diri, anda adalah PAHLAWAN.

 

 

 

 

e.

Undi BN

-

1,625 undi.  100% jumlah undi yang diserahkan pada 5,6,7,8 & 9 Jun 2000 melalui beg-beg Undi Pos di pasukan masing-masing. Agen Pengundian BA punyai rekod penerimaan harian Undi Pos dari pasukan-pasukan yang dihantar ke Pejabat Daerah PD.

 

 

 

Siapa di  antara Skot yang tergamak memangkah Parti RAFIDAH AZIZ itu lagi ?.  Kami tahu majoriti Askar & Polis memangkah BA. Tapi oleh kerana anda terus-terusan mengikut prosedur pengundian pos yang jelas menipu, hasilnya undi anda kena kencing lagi.

 

 

 

Sebab itulah dari awal lagi kita anjurkan agar anda hantar Undi Pos kalian sendiri ikut Seksyen 12 & 13 Akta Pilihanraya, 1958.  Kenapa Skot tak mahu ikut atau takut ?.

 

 

 

 

f.

Kertas Undi yang tidak dikembalikan

-

1,360 undi.  Kita tahu dari pasukan mana jumlah undi ini.

Pada pagi hari pilihanraya lalu, kita telah menerima laporan mengenai orang-orang BN/UMNO diketuai ADUN Pasir Panjang mengunjungi pasukan-pasukan terbabit.

 

 

 

Pegawai yang bertanggungjawab menjual amanah menjaga kertas undi pasukan akan kita dedahkan maklumatnya kemudian. Kalian hidup senang hasil sabotaj amanah undi Skot sendiri. Skuad OPS PD tidak akan berdiam diri. Kita dah bocorkan rahsia seorang Mejar dari Markas Staf Stesen PD dan sorang lagi Mejar dari PUSARTI yang menjadi pengkhianat Skot sendiri dalam Pilihanraya Umum Ke 10 lalu (Lihat Laman Web Telok Kemang untuk maklumat selanjutnya). Pegawai yang terlibat kali ini jangan fikir kalian boleh ‘senang diri’.

 

 

 

 

g.

Majoriti

-

118 undi. Cuba bayangkan kalau anda semua sekali mengikut saranan kita. Pasti bergegar Dewan Rakyat bila usul Gaji Minimum dibangkitkan oleh pimpinan BA nanti. Nak harap RAFIDAH AZIZ bangkitkan usul Gaji  Minimum – kirim salam Skot.

 

4.          Jangan gusar, ini adalah experiment pertama kita. Dalam jangkamasa terhampir, Pimpinan BA/KeADILan  akan mengadakan promosi besar-besaran menyedarkan Warga ATM & PDRM akan hak mereka menyertai Sistem Demokrasi negara kita ini. Kita akan terus berjuang sampai suatu hari nanti BN/ UMNO akan miang sendiri dan memansuhkan Undi Pos yang telah jelas menipu kita selama ini. Ingat Askar dan Polis ni Robot ke … batu ke … boleh dikencing sewenang-wenangnya. Boleh dicampakkan sedikit gula-gula di saat-saat akhir pimpinan BN/ UMNO mengharap Undi Pos kita.

 

5.          Skot wajib yakin  Sesungguhnya Allah tidak akan merobah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” (Surah ArRad Ayat 11). Kita Warga ATM wajib memperjuangkan perubahan nasib kita sendiri dan jangan harap RAFIDAH AZIZ atau MAHAFIRAUN memperjuangkannya. Masa tak akan menunggu kita. Ayuh jangan banyak bicara, mulakan perjuangan kita bersama sehingga suatu hari nanti ATM & PDRM akan disegani oleh semua. Tunggulah saat di mana kita berbangga menyarung unifom Tentera/Polis keluar ke mana-mana dan menjadi idola semua. BARISAN ALTERNATIF adalah wadah perjuangan cita-cita kita. Dan, perjuangan kita ini amat mahal harganya. Setiap dari kita wajib membayar harga perjuangan tersebut.

 

6.          Akhirkata Skot, KALAU TAKUT PADA RISIKO, USAH BICARA SOAL PERJUANGAN – (pesanan Dato’Seri Anwar Ibrahim). Kalau takut kena charge, kena posting, kena sportlight  dan kena ugut – Berhenti jadi Tentera atau Polis, kalian lahir samada di PUSASDA, PUSWATAN, PULAPOL  atau MTD sebagai PAHLAWAN dan bukan sebagai MAKNYAH. Anda lahir sebagai pejuang dan bukan bacul. Antara ARAHAN dengan UNDANG-UNDANG, Skot perlu ikut UNDANG-UNDANG. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN No. 1, UNDANG-UNDANG No. 2 dan ARAHAN No. 3.  MAHAFIRAUN bukan suka askar dan polis tahu akta-akta ini.

 

7.          Keep in touch,  Emelkan pandangan dan komen anda kepada: lt.kluangman38@mailcity.com.