Kenyataan akhbar Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia (Suhakam) Mengenai Perhimpunan Aman 4 Ogos,
2000 (Jumaat, 8:15 pagi, Mahkamah Tinggi, Kuala
Lumpur)
 
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)
mengiktiraf bahawa perbicaraan Dato' Seri Anwar
Ibrahim membangkitkan sentimen yang kuat di kalangan
semua parti dan semua lapisan masyarakat. Suhakam
berhasrat merayu agar semua pihak mengawal keadaan
dengan baik. Untuk tujuan itu, Suhakam suka
menegaskan:
 
(1) Mereka yang ingin pergi ke Mahkamah Tinggi bagi
mengetahui sendiri keputusan perbicaraan liwat
sewajarnya dibenarkan berbuat demikian. Kes ini
pastinya menarik perhatian seluruh negara dan
mempunyai kepentingan nasional.
 
(2) Semua mereka yang pergi berhimpun mestilah sedar
bahawa akan ada provokasi daripada pihak-pihak
tertentu yang bertujuan menimbulkan keganasan dan
malah, merusuh. Mereka (penyokong Anwar) sepatutnya
berwaspada pada golongan yang bertujuan jahat tersebut
dan jangan sekali-kali melayan mereka (agen
provokasi).
 
(3) Polis sepatutnya memastikan kumpulan orang ramai
dikawal dengan cara yang mesra dan bukannya
berkonfrontasi.
 
(4) Mereka yang hadir juga mestilah tidak menimbulkan
provokasi dan menahan diri daripada sebarang jeritan,
kata-kata menghina dan mengeluarkan sebarang slogan.
 
Suhakam suka mengingatkan semua, pihak berkuasa dan
orang ramai, bahawa adalah tanggungjawab mereka semua
untuk memastikan hak-hak asasi untuk berhimpun secara
aman terjamin pada 4 Ogos nanti.
 
Suhakam menekankan bahawa perhimpunan tersebut
dikendalikan secara aman.
 
Suhakam akan menghantar beberapa orang pegawai
Suruhanjaya di tempat perhimpunan sebagai pemerhati.
 
Tan Sri Musa Hitam,
Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)
31 Julai, 2000 (Isnin)
 
** Diterjemahkan secara bebas daripada teks asal
berbahasa Inggeris seperti dikirim kepada semua media.
Stesen NTV7 pada jam 12 tengah malam tadi melaporkan
kenyataan ini. Teks penuh berbahasa Inggeris adalah
muktamad.