27/10/2000

INTERNATIONAL PRESS FREEDOM AWARD

 

 

Syabas dan sekalung tahniah diucapkan kepada Sdr. Steven Gan kerana telah dipilih secara resmi untuk menerima IPF Award pada 21 November nanti. Beliau adalah salah seorang dari empat wartawan yang terpilih. Ini adalah suatu penghormatan yang tinggi untuk beliau dan sudah pasti beliau adalah wartawan Malaysia yang pertama menerima anugerah tersebut. Penerima penerima lain adalah dari Serbia, Congo dan Iran.

Jelaslah bahawa Malaysia adalah salah sebuah negara yang tidak memberi ruangan bebas kepada bidang kewartawanan. Kalau kewartawanan di Malaysia ini bebas sudah pasti tiada seorang pun wartawan Malaysia yang layak memenanginya. Steven Gan adalah symbol kepada ketidakbebasnya kewartawanan kita. Kita menyanjung Steven Gan kerana keberanian beliau memberi liputan berita yang beretika, tanpa rasa takut dan tanpa berpihak.

Kita berharap wartawan wartawan tanah air dapat bersikap lebih berani dan bebaskan bidang kewartawanan dari belenggu penindasan rejim Mahathir dan rejim ini perlu ditumbangkan. UMNO perlu dinyahkan dari tampuk kuasa yang sudah diduduki selama 40 tahun, dan telah membuktikan bahawa mereka tidak membawa apa-apa perubahan sejak mewarisi kuasa dari penjajah, malah makin hari makin mencengkam, sama macam penjajah.

Anugerah IPF juga meletakkan Malaysia  sama taraf dengan negara negara yang menindas hak asasi dan dipandang sebagai International Pariah oleh dunia antara bangsa. Dalam hal ini wartawan perlu bersikap dan berpendirian tegas menyatakan kebenaran fakta dan sikap begini yang sudah tentu memainkan peranan teramat penting dalam usaha mereformasikan sistem pentadbiran negara kearah Malaysia yang lebih adil dan  dihormati.

 

 

matatiga