PERBAH 38
 

 

 

 

PERINTAH BAHAGIAN 38

 
 



CETUSAN  MINDA  WARGA  A.T.M  &  P.D.R.M

 


Ahad

29 Rabiul Awal 1421H

Bersamaan 2 Julai 2000

SIRI 11/2000

            Harga: RM PERCUMA

            Dengan SYARAT

            DAPAT 1  FOTOSTAT  10

EDITOR: Leftenan KLUANGMAN

Ketua Pegawai Eksekutif  OPS 2004

 

KISAH KRONI RAIS YATIM
KAPTEN (USTAZ) DARI IPDA TERINGIN NAK JADI ORANG JAKIM

 

Orang kampung & Dato’-Dato’ Polis yang yang dikasihi,

 

Setelah fakta mengenai Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bilangan 11/74 diwar-warkan kepada Warga ATM ketika Kempen Pilihanraya Kecil P119 Telok Kemang lalu, buat kali pertama dalam sejarah Malaysia moden, Warga ATM yang selama ini dimomok-momokkan dengan arahan pengharaman mereka menyertai aktiviti politik telah turun beramai-ramai secara ikhlas (Lillahi Taala) menyertai Jentera Pilihanraya BARISAN ALTERNATIF. Dari mengantung poster, ascord  VIP-VIP BA, Anggota Skuad OPS PD hinggalah kepada Perayu Undi. Sama-sama bergembira mengecapi makna Kebebsan DEMOKRASI tanpa melanggar apa yang tersurat dan tersirat di dalam PMAT 11/74 itu.. Mereka tak pakai Uniform dan bukan dalam masa bertugas pula, dakwa Pranita SITI NURHALIZA yang turut sama dalam Jentera BA baru-baru ini.

 

Soal samada ingin menyokong BA atau BN adalah hak individu Skot sekelian. Namun kisah yang PERBAH 38 ingin utarakan nanti bersangkut-paut dengan imej serta kedudukan seorang USTAZ KAGAT berpangkat Kapten dari IPDA yang menyertai Jentera Pilihanraya BN/UMNO semasa Kempen Pilihanraya Kecil P119 Telok Kemang lalu.

 

Atas dasar BN/UMNO khususnya MAHATHIR sendiri telah melencong jauh dari melaksanakan amanah rakyat, agama diperlecehkan – sekadar berkokok lebih daripada membuat (amal), ulama’ yang bercakap benar dipandang rendah dan dihina. Sunnah yang bersumberkan AlHadis diperolok-olokkan. Hak rakyat dirampas. harta kekayaan negara dikongsi di kalangan keluarga dan kroni-kroni serta rakyat ditipu, diperdaya dan dibohongi. Maka tidak hairanlah 98% Ustaz-Ustaz  KAGAT  memilih untuk memberikan sokongan mereka kepada perjuangan BARISAN ALTERNATIF dan menolak BARISAN NASIONAL secara total.

 

“Rejimen Elit No. 1 dalam ATM hari ini bukan lagi  RGK tetapi  KAGAT”., kata Tuan KRAFTMAN. Buktinya Ustaz-Ustaz KAGAT telah berjaya menundukkan arahan dari 2 orang Menteri Pertahanan:  SYED HAMID & NAJIB  agar mereka menghentikan program-program berunsurkan pembentukan siasah ke arah terlaksananya ISLAH/REFORMASI/Pembaharuan di dalam Organisasi ATM sesuai dengan kehendak Islam. (Maklumat dari Auditorium KEMENTAH membuktikan bagaimana SYED HAMID semasa menjadi Menteri Pertahanan dan kemudiannya NAJIB terpaksa keluar 1 jam lebih awal dari jadual asal Sessi Penerangan Bersama Ustaz-Ustaz KAGAT setelah gagal meyakinkan mereka mengenai tuduhan salahlaku sexs SAUDARA ANWAR IBRAHIM dan mengubah istiqomah mereka daripada perjuangan sebenar seorang pendakwah Islam). Dakwa Abang MEJAR.

 

Namun tidak pula bagi seorang Ustaz berpangkat Kapten dari Cawangan KAGAT IPDA. Dia lebih redha memilih untuk bersama-sama BN/UMNO menempatkan dirinya bersama Rejim MAHAFIRAUN. Sejarahnya begini:  pada 10 Jun 2000 (Hari Pilihanraya) lebih kurang jam 1030 pagi. Ustaz yang dimaksudkan kelihatan berpakaian segak ala YB UMNO lengkap bertatahkan lencana BN & RAIS YATIM telah menyertai Jentera Pilihanraya BN bertugas sebagai Perayu Undi BN di Sekolah Tinggi Port Dickson. (1 kontena bukti menanti untuk didedahkan).

 

Kebebasan memilih dalam Sistem Demokrasi adalah hak setiap Warganegara termasuk kita Warga ATM. Namun sebagai seorang Muslim apatah lagi dengan kedudukannya sebagai Ustaz KAGAT, adalah salah sekiranya beliau menyokong BN/UMNO yang jelas melakukan perkara yang bertentangan dengan prinsip agama dan kemanusiaan sejagat. Tidakkah dia sedar akan hakikat ini atau dia agenda lain, tambah Tuan KRAFTMAN lagi.

 

Difahamkan dia memang penyokong BN/UMNO yang setia. ‘Buddy-buddy’   RAIS YATIM semenjak dari Kolej lagi dan pernah bersama-sama dalam PARTI MELAYU SEMANGAT 46. Menurut sumber terdekat dia pernah ditawarkan untuk jadi orang JAKIM jika RAIS YATIM dapat jadi MB Negeri Sembilan. Apa boleh buat ISA JE masih kekal jadi MB dan tak jadi  posting  ke Pusat, menurut Abang MEJAR.

 

Berbalik kepada tuduhan pemimpin BN/UMNO confirm  munafik. Bersama-sama ini disertakan Keratan Akhbar UTUSAN MALAYSIA bertarikh 12 Mei 2000 yang dengan jelas melaporkan petikan ucapan MAHATHIR dalam Perhimpunan Agung UMNO 2000 dengan jelas mengesahkan tuduhan ini. (Ini laporan akhbar rasmi UMNO – kalau HARAKAH mungkin fitnah). Wahai Kapten Ustaz Syamsuddin Bin Munir, baliklah ke pangkal jalan.  PERBAH 38 turut ingin menyeru kalau ada di antara kita yang masih di atas pagar, buatlah pendirian kalian sekarang. Sokong BA tolak BN.

 

Mengenai Kapten Ustaz Syamsuddin ni, PERBAH 38 ingin mencabar pimpinan tertinggi ATM mengenakan hukuman yang serupa sebagaimana dikenakan ke atas seorang Pegawai dari IJED  (Rujuk SIRI 10). Tolong jangan amalkan sikap double standard  dalam hal sebegini.  Perbuatannya sebagai Perayu Undi BN jauh lebih melampau kerana dilakukan di khalayak ramai, jika dibandingkan dengan perbuatan hanya menunjukkan jalan ke kediaman KOMANDAN PULAMOR.

 

Persoalan:  Kenapa KOMANDAN PULAMOR yang beriya-iya sangat nak main politik tak buat laporan pada Panglima Markas Latihan TD – Mej Jen Dato’ Wahid mengadukan isu ini. Bukannya dia tak tahu, tapi sengaja buat-buat tak tahu. Semua anggota IPDA bahkan Askar-Askar & Polis yang ada di PD ini dah tahu yang Kapten Ustaz Syamsuddin Bin Munir adalah orang BN/UMNO [Dulu … Kini … &  Selamanya].

 

Mengapa ada 2 set undang-undang diamalkan di negara ini. Satu untuk penyokong BN, satu lagi untuk penyokong BA. Komandan PULAMOR pastinya ada agenda politik tertentu. Difahamkan Komandan PULAMOR memang penyokong setia RAFIDAH AZIZ, dakwa Pranita SITI NURHALIZA. Kalau tak masakan dia beria-ia menggatal nak buat laporan pada Dato’ Wahid., tambahnya lagi. (Ini bukan fitnah sebab kita ada bukti).

 

Akhirkata Abang MEJAR menambah, Dato’ Wahid yang dah charge pegawai IJED tu mesti jugak dakwa dan charge  Ustaz  “atas kertas ini”. Kalau tidak dengan Dato’ Wahid pun kita orang dah tak hormat lagi. Susah tu. Oh ya, Mej Khairuddin Ibrahim dari IJED tidak dilupakan. Dia ni lagi dahsyat sampai bawak ISA JE, Sotinathan, Cikgu Saini dan orang-orang UMNO masuk bersantap di Mess IJED. Kerana apa ?. Nak lobby  peruntukan RM10,000.00 untuk Kompleks Sukan IJED. Kenapa Komandan IJED tak buat laporan pada Dato’ Wahid mengenai hal ini ?. tambah Abang MEJAR sebelum mengakhiri perbualannya dengan KLUANGMAN.

 
ISU  SENSASI  SIRI  13/2000     ASKAR & POLIS KER
JA MENGHABISKAN BERAS

 


 


RAFIDAH AZIZ  MENTERI  KESAYANGAN  KOMANDAN  PULAMOR