28/10/2000

 

SARANAN DR. MAHATHIR

 

Dr. Mahathir menyarankan semua rakyat Malaysia yang berada diluar negara memberi gambaran sebenar mengenai Malaysia kepada rakyat dinegara mereka berada. Kerjasama mereka dalam hal ini dapat menarik minat pelabur dan sekali gus meningkatkan pelaburan dan membangunkan sektor pelancungan.

Saranan Dr. Mahathir ini harus diberi perhatian yang sewajar kerana mereka mereka yang berada diluar negara secara tidak langsung juga adalah duta kecil Malaysia.

Mereka seharusnya memberi gambaran tentang iklim pelaburan di Malaysia dimana ramai pelabur mengganggap ia adalah syurga pelaburan dirantau Asia Tenggara malah sukar disaingi oleh banyak negara sedang membangun kerana insentif yang sungguh menarik telah disediakan.

Malaysia telah banyak menyediakan tapak-tapak bagi pelabur dengan mengujudkan Free Trade Zon diserata negara dan negeri. Mereka tidak perlu khuatir untuk mendiri kilang ditapak ini kerana mereka tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk membangunkan FTZ ini. Semua perbelanjaan dalam menyediakan infrastuctur bagi kemudahan pelabur seperti jalanraya, peningkatan kapasity bekalan air dan, penyediaan airport baru dan peningkatan pelabuhan-pelabuhan bagi tujuan meningkatkan perkhidmatan akan ditanggung kesemuanya oleh negara. Selain dari itu bahan mentah yang dibawa masuk ke FTZ ini tidak dikenakan cukai dan yang lebih menarik ialah syarikat yang mendirikan kilang di Malaysia ini akan menikmati status perintis dimana mereka dikecualikan sebarang cukai selama 10 tahun. Andainya mereka bijak memanipulasikan sistem yang ada mereka akan dapat menikmatinya lebih dari 10 tahun ia itu 20 tahun dan seterusnya seperti banyak dilakukan oleh syarikat- syarikat  gergasi elektroniks. Bagi Malysia yang penting ialah peluang pekerjaan bagi rakyat walaupun dengan upah yang rendah.

Tentang upah atau gaji mereka boleh bayar ikut harga pasaran kerana di Malaysia tidak ada gaji minima. Nasib pekerja hanya bergantung pada ehsan para majikan. Andainya upah pekerja tempatan dirasakan mahal mereka boleh memohon mendapatkan khuidmat pekerja asing yang langsung hak mereka sebagai pekerja dinafikan dan bolehlah mereka mengeksploitasi pekerja-pekerja asing. Pasaran upah akhirnya menjadi murah kerana mengikut pasaran upah pekerja asing ini.

Mereka tidak perlu khuatir dengan Kesatuan Sekerja di Malaysia kerana kerajaan Malaysia telah berjaya melaksanakan kempen secara tidak langsung yang menggambarkan kesatuan sekerja dan NGO sebagai pertubuhan subversif. Banyak sudah pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja dicapkan sebagai pengkhianat negara hanya kerana menyuarakan hak pekerja pekerja Malaysia di forum-forum dunia. Dr. Mahathir sebagai PM yang berfahaman kapitalis sudah menampakkan sikap anti pekerjanya. Beliau lebih bersikap sebagai CEO dari seorang PM.

Sekiranya ada segelintir pekerja yang cuba menubuhkan kesatuan, rasuah mereka dengan pangkat dan gaji yang lumayan dan sekiranya gagal pecat mereka. Mereka boleh membuat lapuran ke Industrial Relation Department dan sekiranya pertikaian tersebut tidak dapat diselesaikan maka ia akan direjuk kepada Menteri Sumber Manusia untuk dirujukkan ke Mahkamah. Jangan khuartir, ia akan duduk dimeja menteri berkenaan bertahun-tahun dan kemudian mengambil bertahun tahun di Mahkamah dan akhirnya pekerja tersebut sudah uzur dan anda sebagai pelabur dapat mengaut untung maksima tanpa gangguan kesatuan. Tanpa kesatuan kenaikkan gaji tidak perlu tinggi keran pekerja-pekerja Malaysia sudah diajar untuk bersyukur dan berterima kasih kepada yang memberi walaupun maruah dan hak mereka dinafikan.  

Kalau ada kesatuan pun tidak perlu khuartir kerana kaki dan tangan pemimpin selalu diikat. Piket dan mogok jarang berlaku kerana sebarang perhimpunan di gambarkan sebagai anti sosial dan haram walaupun dibenarkan. Pihak polis biasanya akan berpihak kepada majikan kerana mereka yang memberi pekerjaan dan pekerja yang berpiket itu tidak tahu bersyukur…bukan kah ini cukup menarik dan selesa untuk melabur ke Malaysia?

Bagi mereka yang berminat mendapat kontrak-kontrak kerajaan , Malaysia mengalau-alukan mereka untuk mengadakan usahasama dengan syarikat-syarikat tempatan. Lebih baik dengan syarikat-syarikat kroni dan anak-anak PM. Selain dari itu biasanya kontrak mudah diperolehi hanya dengan 10% kerana Malaysia mempunyai Menteri Kewangan yang juga dikenali sebagai Mr. 10%. Ini adalah wang ehsan dan tidak termasuk yuran jururunding. Halangan tidak banyak untuk mendapat kontrak. Tawaran wang ehsan terbaik akan berjaya.

 

 

……mereka boleh merujuk kepada Mahkamah dan Malaysia mempunyai sistem kehakiman yang terbaik didunia “which money can buy

 

Seandainya rakan kongsi tempatan mereka menyeleweng, mereka boleh merujuk kepada Mahkamah dan Malaysia mempunyai sistem kehakiman yang terbaik didunia “which money can buy” dan sistem kehakiman kita tidak pernah mengira bulu dan semua mereka-mereka yang dihukum sudah terbukti daripada rakyat jelata hingga ke Timbalan Perdana Menteri. PM tak boleh kerana dia kebal. Kalau mereka masih belum yakin dengan sistem kehakiman mereka boleh merujuk kepada Ketua Hakim pada bila-bila masa samaada di waktu pejabat atau diluar pejabat. Sebaik-baiknya bawa lah beliau dan keluarga melancung keluar negeri kerana disana beliau Yang Arif dapat memperjelaskannya dengan lebih terperinci kerana suasana luar negeri dan ditempat peranginan lebih aman dan jauh dari pandangan awam. Sistem kehakiman kita adalah berdasarkan The Golden Rule – Those who have the gold they make the rule.

Bagi mereka yang berminat melancung, terangkan pada mereka bahawa Malaysia telah banyak membelanjakan wang rakyat untuk membina monument-monument bagi menarik pelancung luar. Kita ada menara pemancar yang tertinggi walaupun sistem pemancarannya tidak berapa efektif tetapi itu perkara kecil. Kita ada menara kembar tertinggi didunia yang dibina oleh syarikat minyak kebanggan rakyat Malaysia Petronas. Bijak tindakan Petronas kerana mendahului Syarikat minyak gergasi seperti Shell, BP, Caltex dan lain-lain kerana mereka walaupun syarikat gergasi tidak dapat membina walaupun satu bangunan tertinggi dunia yang boleh dibangga oleh rakyat. Sekiranya mereka berminat dengan suasana aman dan damai yang jauh dari rioh rendah kota,serta LEBIH DEMOKRASI bawalah mereka melawat Kelantan dan Terengganu kerana disana keadaan lebih selesa, aman dan selamat.

 

 

matatiga