Rasuah: Mengapa PAS dan DAP Tidak Bersama?
Oleh Tuk Ketampi

Iklan mega beberapa laman web tentang adanya satu program gempar di ibu negara, menjadi teka-teki. Ceritanya, kononnya, bekas Ketua Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya akan membuat laporan polis di Balai Polis Cambell. Tajuk dan judulnya mengenai rasuah kuasa dan rasuah duit yang melibatkan Mahathir dan Ali Abul Hassan Sulaimen. Lebih 300 tandatangan dikutip bagi mengiringi laporan polis yang bukan dibuat oleh Datuk Shafie Yahya itu.
Datuk Shafie tidak menjengukkan batang idungnya. Mengikut amalan biasa, oleh penaja-penaja program gempaq semacam ini, terutama yang dipelopori Malek Husin, sudah tentu nama Datuk Shefie itu menjadi trade mark untuk menarik lebih ramai penyokong reformasi dan penyokong BA tampil memeriahkan lagi program gempaq itu. Nama itu telahpun digunakan oleh mereka untuk menghimpunkan lebih ramai orang ramai yang prihatin dalam isu rasuah yang melibatkan Mahathir dan Ali Abul Hassan ini.
Selain, Ezam Mohd Noor, Tian Chua, Zahari Mat Arip, Lokman Adam, Idrus Wan Chik, Sanusi Othman, PAS hanya menghantar wakilnya, Pengarah Institut Penyelidikan PAS, Dr. Zulkifli Ahmad. Sementara DAP, hampir tidak menampakkan juga batang idungnya. Ketampi ingat, program semacam ini, mestilah dibuat secara terancang bagi menunjukkan kesepakatan BA dalam menangani isu bersama ini.
Program gempaq yang Ketampi istilahkan ini, lebih merupakan satu program tajaan KeAdilan dan bukan BA. Ia dirancang secara kilat. Kemudian melibatkan nama-nama PAS, DAP dan lain-lain nama pemimpin parti-parti itu. Namun begitu, rakyat melihat dan memantau. Mereka akan bertanya penuh hairan, mana pemimpin DAP? Mana peminpin PAS?  Apa sudah jadi dengan pakatan BA?
Sebenarnya, segala pertanyaan ini diprovokasi oleh kita juga. Akibat tiada kesepakatan dalam membuat program sekalipun adhock sifatnya, meninggalkan rakan-rakan BA yang lain boleh ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran buruk yang merugikan BA dan mengurangkan keyakinan rakyat terhadap pakatan ini.
Apa yang paling menyedihkan lagi, pada sebelah malamnya, satu ceramah mega turut diadakan. Bagi menjelaskan laporan polis yang dibuat pada petangnya. Ia diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melawar. Iklannya mega dan sama naik denga iklan laporan polis oleh Datuk Shefie Yahya dalam beberapa laman web. Ketampi pergi melihat dan meninjau-ninjau ke majlis ceramah berkenaan.
KeAdilan menguasai tempat itu. Semua penceramahnya adalah KeAdilan kecuali Dr. Sanusi dari PRM yang sudah boleh dikatakan juga berjiwa KeAdilan. Lain-lain pemimpin seperti yang disebut dalam iklan tidak nampakpun. Mahfuz Omar, tidak ada. Sedangkan, sebagai satu program BA, pemimpin-pemimpin pelbagai parti mestilah dijemput. Bukan menggunakan iklan mega di laman web hanya untuk mengabui mata penyokong BA dengan mengasakkan ceramah-ceramah dari anak-anak muda KeAdilan seperti Lokman Adam, Idrus Wan Chik, Zahari Mat Arip, Ruslan Kasim dan Ezam Mohd Noor.
Penyokong PAS terasa, apabila pemimpin PAS tidak hadir. Berceramah di tempat PAS, tokoh PAS tidak diundang. Kalau diundangpun, dalam keadaan getir agaknya yang memungkinkan mereka tidak boleh hadir. Atau, sememangnya PAS sudah ada haluan sendiri dari untuk sibuk bersama-sama KeAdilan dalam majlis-majlis seumpama ini. Tafsiran buruk dan sangkaan nakal Ketampi, sebenarnya amat berasas untuk melihat kerenggangan PAS dengan KeAdilan sejak-akhir-akhir ini. PAS tidak menuruti keputusan  bersama mengenai kempen Boikot Media dalam Muktamar Tahunannya di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Dengan menghantar Dr.Zulkifli Ahmad mewakili PAS ke program gempaq laporan polis di Balai Polis Cambell semalam, membuktikan  ikatan yang sudah longgar itu, terus longgar. Sepatutnya, Ketampi percaya, pemimpin PAS yang lebih berkaliber dari kalangan pemudanyanya, harus tampil bersama-sama pemimpin Pemuda KeAdilan. Malah, apa salahnya, jika Setiausaha Agung atau mana-mana Naib Presiden PAS, atau begitu ramai AJK PAS Pusat yang menetap di Kuala Lumpur termasuklah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Subky Latiff; boleh turun padang bersama-sama mengiringi para pembuat laporan polis di balai polis itu.
Kepada para pemerhati politik amat nampak kelainan ini. PAS boleh dilihat tidak bersama-sama KeAdilan dalam isu ini. Ketampi tidak tahu, apakah isu ini bukan isu PAS untuk diperjuangkan atau PAS merasakan isu ini sudah dipelopori oleh pemuda KeAdilan, jadi apa perlunya bersusuh payah?
Ketampi berharap, rungutan para penyokong kita dalam majlis ceramah mega di Taman Melawar itu, patut diberi perhatian. Mereka solah-olsh sudah menghidu, ada yang tidak kena denagn pakatan sekarang. Beberapa persoalan timbul, diperingkat pusat dan bukannya di peringkat bawah. Pakatan BA diperingkat grassroot kelihatan intim dan lebih baik dari pakatan Umno dalam BN.
Mereka mengaitkan sokongan yang longgar sewaktu Pilihanraya Kecil Teluk Kemang. Alasan PAS bermuktamar, kurang meyakinkan mereka dalam menghadapi saat-saat getir memerangi Mahathir dan BN. Alasan itu, ibarat rezeki terpijak bagi PAS, kata mereka. Soal boikot media juga, turut mengaitkan sikap PAS itu dengan pakatan BA ini. Ia ditambah lagi, signal penghantaran hanya Dr. Zulkifli mewakili PAS untuk mengiringi program gempaq membuat laporan polis. Satu kesimpulan orang bawah, agak mudah, dan menyenakkan, apabila Mahfuz Omar yang disebut dalam iklan, tidak muncul malah tidak ada sebenarnya; memutarkan keyakinan mereka betapa PAS dan BA terutama dengan KeAdilan sudah tidak ngam!
Ketampi harap, pemimpin-pemimpin BA, berwaspadalah dari perangkap yang dipasang oleh BN, tetapi dilakukan oleh kita tanpa disedari……