REBUT! REBUT! JAWATAN DALAM PKN

Memang benar persaingan itu baik tetapi perlu diingat persaingan juga benih pensengketaan.

 

 

Maaf kami pohon tetapi kalau suara tidak mahu didengar mungkin Laman Internet ini dapat menyampai sedikit sebanyak maklumat demi keadilan. Biar kita "brain storm" sekarang sebelum dilanda taufan meruntuhkan perjuangan.

Pemimpin Bahagian PKN khusus di Kuala Lumpur termasuk Ampang , Wangsa Maju, Keramat dan bahagian bahagian lain telah memulakan kempen memberi jawatan kepada mereka yang dapat mengumpul 15 ahli untuk membuka cawangan tempat mereka. Mereka yang berjaya mengumpul 15 penama kawasan masing masing akan dilantik sebagai Ketua Cawangan. Mereka yang berjaya mengumpul lebih dari 15 penama tetapi alamat alamat ahli berada diluar kawasan bahagian yang dikehendaki tidak dikira dan jawatan itu tidak boleh diberi kepada si pengumpul. Satu sistem yang tidak matang dan tidak menguntungkan.

Walaupun ianya satu cara meningkatkan persaingan dalam "kempen mendapatkan ahli" tetapi memberi jawatan secara begini menghilangkan "integrity" jawatan tersebut dan lebih melebelkan jawatan tersebut tidak ubah hanya sebagai konduktur bas. Bagi saya sekiranya ahli dapat menaja ahli tanpa mengharapkan jawatan maka perjuangan itu adalah perjuangan tulus dan setiap perjuangan tulus pasti akan memberi keberkesanan kepada parti dan kepada karier politik individu tersebut.

Bila diajukan soalan kepada Ketua Bahagian Penaja PKN Wangsa Maju En Nasir Hussin kami telah dimaklumkan bahawa beliau dilapurkan berkata " Pemberian jawatan itu akan dapat menjadi sesuatu yang dibanggakan oleh penaja 15 nama tersebut dan dari sini maka mereka akan lebih bersemangat untuk meneruskan kempen mendapatkan ahli dan seterusnya merasakan bahawa mereka adalah penting dalam parti.

Satu pendekatan yang agak sempit dari segi penganalisa jangka panjang. Pemberian jawatan dengan cara begini memang akan mengalakkan ahli cuba mendapatkan 15 ahli untuk membentuk cawangan tetapi dikhuatirkan usaha itu terbantut hanya setakat 15 ahli. Perlu juga dimaklumkan bahawa pentadbiran ribuan cawangan di satu tempat akan menyukarkan jentera pentadbiran dan sekiranya kelak penyatuan dibuat maka kekecewaan pasti berlaku dalam memilih cuma 1 Ketua Cawangan. Tidak ada yang lebih menyakitakan dari menarik balik pemberian atau jawatan. Bayangkan lah dalam sesuatu kawasan pangsapuri atau flat yang mempunyai Ketua Cawangan sebanyak 10 orang. Bayangkan lah. Memang benar persaingan itu baik tetapi perlu diingat persaingan juga benih pensengketaan.

 

Pendekatan yang lebih effektif adalah:

 

Mengenalpasti dan membahagikan kawasan dalam sesuatu bahagian.

 

Pembahagian ini harus dijalankan dengan rapi dan seharusnya semasa pembahagian dijalankan maka jawatankuasa sekretariat harus dibentuk untuk mengerakkan kempen mendapatkan ahli bagi PKN secara keseluruhan bukan tertakluk kepada bahagian sahaja.

 

Sekretariat seharusnya menyimpan satu senarai ahli yang telah berjaya di perolehi semasa kempen dilaksanakan untuk meletakkan mereka dikawasan kawasan masing masing. Sebarang penukaran ahli kawasan harus dimaklumkan kepada sekretariat tersebut untuk tujuan mengenal pasti ahli berpindah dan cawangan mana mereka berada.

 

Jawatankuasa Bahagian seharusnya lebih aktif dalam menyediakan sukarelawan dan mengadakan satu badan bertindak yang aktif dan kemas.

 

Penyusunan infrastruktur harus memadai dengan kos yang lebih terkawal.

 

Pejabat Urusan Bahagian serta ahli jawatankuasa bahagian seharusnya lebih bermirip kepada "informative center" dari "corporate image" yang mengerunkan ahli lain.

 

Bahagian Wangsa Maju contohnya sepatutnya sudah bersedia mengadakan Badan Bertindak bagi menyelaras aktiviti parti serta memperkembangkan kemantapan parti. Badan ini harus terdiri dari beberapa ahli yang dapat memberi sumbangan dari segi idea dan pembentukkan sistem pentadbiran Bahagian.

 

Malang sekiranya adapun kita tidak dimaklumkan dan ini menujukkan kelembapan pergerakkan tersebut.

 

Sikap aggresif jawatankuasa penaja bahagian seharusnya ada dan bukan bertindak seolah olah kuasa sudah dipunyai.

 

KESIMPULAN

 

Pihak saya memohon maaf terhadap kritikan ini. Ini adalah kerana keinginan parti itu berkembang sejajar dengan matlamat menuntut keadilan. Jangan harapkan pusat dan jangan rebut jawatan sahaja. Motif perjuangan perlu diutamakan. Adakan satu sistem berkesan.

 

Terima Kasih Pengirim ~Komentar~