SEKRETARIAT OPS 2004

 

 

 

 

 


SEKITAR MAJLIS PERASMIAN KEMPEN BEBASKAN ANWAR

&

KONVOI BERKERETA KE  PUTRA JAYA

 

 

PENDAHULUAN

 

1.             Alhamdulillah, Majlis Perasmian Kempen Bebaskan Anwar (Free Anwar Campaign) telah selamat disempurnakan oleh YB Datin Seri Dr Wan Azizah Binti Dato’ Dr Wan Ismail pada 14 Oktober 2000 yang lalu di Pusat Latihan ABIM, Sungai Ramal Kajang.

 

2.             Suatu petang yang begitu ceria diisi dengan pelbagai aktiviti yang meriah. Seramai lebih 2,000 penyokong telah membanjiri perkarangan kawasan sambutan terdiri dari para penyokong KeADILan, rakan-rakan dari parti-parti komponen BARISAN ALTERNATIF dan para REFORMIS. Tidak ketinggalan rakan-rakan Tentera & Polis yang menganggotai SEKRETARIAT OPS 2004 yang turut bersimpati dengan ketidakadilan hukuman yang dijatuhkan ke atas Saudara Anwar Ibrahim.

 

TENTERA BERSAMA RAKYAT

 

3.             Untuk pengetahuan semua, bagi kami Warga Tentera & Polis secara silencenya menyokong Gerakan REFORMASI. Adalah tidak wajar dikatakan bahawa kami menjauhkan diri dari arus perdana kebangkitan rakyat yang sudah meluat dengan pimpinan Memanda Tua – Mahathir Mohamad.

 

4.             Untuk membuktikan hakikat ini lihat sajalah apa yang telah berlaku semasa Pilihanraya Kecil P119 Telok Kemang yang lalu. Kempen berstrategi Skuad OPS PD pimpinan Leftenan KLUANGMAN bukan hanya telah mencipta suatu lembaran baru sejarah pilihanraya negara kita – Buat kali pertama dalam sejarah Malaysia moden, Undi Pos telah tidak memihak kepada BARISAN NASIONAL bahkan telah mengkelamkabutkan pemerintahan Memanda Tua.

 

5.             Tak semena-mena selepas BN terkilan Undi Pos di Telok Kemang, Najib memukul canang mengenai apa yang disebutnya sebagai komitmen Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada nasib serta kebajikan Warga ATM. Dari bantuan PERHEBAT bagi anggota yang akan bersara hinggalah kepada rahsuah permit teksi dan lesen perniagaan, for get about it  Warga Angkatan Tentera Malaysia telah masak dengan kempen menggula-gulakan kami.  Pimpinan BN/UMNO yang kami telah confirm adalah tak lebih dari sebuah parti yang hanya pandai bercakap ‘kencing’ ke sana ke sini. Bila mereka desperate nakkan Undi Pos kita sibuklah dengan pelbagai janji dan gula-gula, lepas tu entah ke mana. Gaji Minimum bila nak lulus ?.

 

POLIS MESRA RAKYAT

 

6.             Perlu diambil perhatian di sini bahawa kemenangan Undi Pos di Telok Kemang tempohari bukan hanya disumbangkan oleh Warga Tentera bahkan turut disumbangkan Warga Polis. Tak ramai yang mengetahui hakikat ini apatah lagi kes yang membabitkan OCPD Daerah Port Dickson yang dipostingkan 24 jam kerana menggalakkan anak buahnya memangkah Ruslan Kasim. Janganlah kerana hanya perangai bangsat seekor manusia bernama Mahathir semua anggota Polis digelar Anjing. Itu tidak adil bagi kami.

 

7.             Para penyokong KeADILan, rakan-rakan BARISAN ALTERNATIF serta para REFORMIS yang dihormati. Umum mengetahui semasa anda menuju ke Pusat Latihan ABIM tempohari anda telah melepasi sekatan jalanraya yang dibuat oleh beberapa orang anggota PDRM.  Ramai yang telah membuat andaian bahawa pihak Polis akan menghalang perjalanan majlis namun ramalan tersebut meleset. Bukan sahaja majlis berlangsung dengan jayanya bahkan anggota Polis yang membuat sekatan jalanraya turut memberikan Tabik Hormat kepada YB Kak Wan semasa kenderaan yang membawa beliau melintasi sekatan jalanraya tersebut. Tidakkah anda menyedari hakikat ini, bahawa Warga PDRM turut menghormati (salute) pemimpin anda.

 

8.             Sesungguhnya Warga PDRM amat terhutang budi dengan YB Kak Wan kerana Kak Wan lah satunya pemimpin yang bertanggungjawab mengusulkan Isu Gaji Minimum untuk Anggota Tentera & Polis dalam Persidangan Dewan Rakyat Mac lalu dan minggu lepas Isu Umur Persaraan Polis Kenapa Tidak 21 Tahun Tempoh Perkhidmatan Sebagaimana Anggota Tentera. Kedua-dua isu inilah yang telah menyebabkan kami Warga PDRM menyanjungi YB Kak Wan bukan hanya sebagai seorang pemimpin yang dinamik bahkan seorang pemimpin yang komited meneruskan usaha-usaha yang telah dipelopori oleh Saudara Anwar di dalam mementingkan kebajikan rakyat.

 

 

KONVOI BERKERETA KE PUTRA JAYA

 

9.             Selepas majlis gilang-gemilang FAC disempurnakan, acara seterusnya adalah Konvoi Berkereta ke Putra Jaya. Sebanyak 148 buah kereta terlibat di dalam konvoi tersebut. Sekali lagi para penyokong KeADILan, rakan-rakan BARISAN ALTERNATIF dan para REFORMIS terpaksa menempuhi sekatan jalanraya Polis di Pintu No 2 ke  Ibu Kota kemegahan Memanda Tua itu. 

 

10.           Pemandu kereta yang mengetuai konvoi telah membuat andaian dan mengwar-warkan tanggapan biasa mereka ke arah anggota Polis Trafik. “Ada Anjing di depan”, katanya. Maka segenap anggota konvoi  telah bersiap-sedia menghadapi kemungkinan dihalang meneruskan konvoi mereka seterusnya. Sekali lagi andaian mereka meleset. Bukan sahaja anggota Polis Trafik yang membuat sekatan jalanraya melambai mesra ke arah konvoi bahkan menunjukkan isyarat ‘best’ ke arah mereka.

 

11.           Tanpa disedari ramai yang jadi surprise dengan situasi berkenaan. Tidak pernah diduga oleh setiap anggota konvoi bahawa mereka dengan begitu mudah akhirnya menghampiri perkarangan Dataran Putra – bersetentangan dengan Masjid Putra & JPM dan kemudiannya mengelilingi perkarangan Mahligai Seri Perdana. Rupa-rupanya ada di antara peserta konvoi yang telah meludah tidak akan menjejakkan kaki ke Putra Jaya selagi Saudara Anwar tidak dibebaskan terpaksa menjilat kembali ludah mereka itu. Natijahnya; jangan terlalu mudah berkata-kata tanpa memikirkan samada kata-kata kita itu rasional atau tidak.

 

 

PENGALAMAN BERHARGA

 

12.           Apa yang kami (Sekretariat OPS 2004) ingin kongsi pengalaman dengan rakan-rakan civilian  adalah periperlunya anda memikirkan kembali peranan yang telah anda mainkan untuk memenangi hati kami Warga ATM & PDRM menyokong perjuangan anda. Selain dari menjauhkan konsep bermusuh-musuhan dengan kami terutama sekali anggota Polis, anda perlulah bijak dan rasional di dalam membuat pertimbangan, mengeluarkan kata-kata seterusnya melaksanakan aktiviti anda.

 

13.           Seperkara yang kami cadangkan agar anda ambil perhatian adalah; teruskanlah usaha anda memenangi hati kami dengan sentiasa memperjuangkan nasib serta kebajikan kami Warga ATM & PDRM yang selama ini diperbodoh-bodohkan oleh BN/UMNO. Kalau bukan anda, siapa lagi. Nak harapkan Rafidah Aziz; kirim salam sajalah.

 

14.           Ingatlah kata-kata azimat yang telah Saudara Anwar bisikan ke telinga Leftenan KLUANGMAN di kamar mahkamah pada bulan Mei lalu: “Gerakan Rakyat Akan Jadi Lebih Perkasa Dengan Sokongan Anggota Tentera & Polis”. Kalau anda penyokong KeADILan, rakan-rakan BARISAN ALTERNATIF dan para REFORMIS terus-terusan mengamalkan sikap berkonfantasi dengan kami, alamat sukarlah perjuangan anda.

 

15.           Teruskan perjuangan anda. Kami Warga ATM & PDRM yakin bahawa masa depan negara ini adalah terletak di tangan anda para pemimpin KeADILan/BARISAN ALTERNATIF. Untuk itu teruskan usaha murni anda itu.

 

PENUTUP

 

16.           Insyaallah pada Pilihanraya Umum 2004 kelak, segenap penjuru Kem-kem Tentera dan Balai-Balai Polis akan memberikan satu nada yang serupa iaitu: Undi Pos kami adalah telus dan tidak mungkin di’kencing’ oleh para penipu tradisionalnya iaitu: UMNO/BN dengan persekongkolan para panglima kami yang ‘tidak punya telur’ dan SPR yang hilang wibawa.

 

17.           Pesanan terakhir kali ini kepada anda pemimpin & penyokong KeADILan/BARISAN ALTERNATIF serta para REFORMIS adalah:

 

a.             Janganlah kerana hanya perangai bangsat seekor manusia bernama Mahathir semua anggota Polis digelar Anjing. Itu tidak adil bagi kami. Kami turut bersimpati dan menyokong perjuangan anda.

 

b.             Janganlah kerana meruntun nafsu serakah seekor monyet bernama Mahathir seluruh Warga Angkatan Tentera Malaysia dipandang terlalu bodoh menjalankan tugas sehingga kunun-kununnya Al-Maunah boleh merompak senjata di Kem Tentera.

 

c.             Bantulah usaha kami menebus maruah kembali. KEMPEN OPS NYAH RAFIDAH akan kami laksanakan tidak lama lagi. Kerana sikap bangsat lagi biadap betina itu terhadap kami Warga ATM & PDRM tidak boleh diampunkan lagi.

 

Ingat Orang Kampung & Dato’ Polis sekelian apa hinaan yang telah Rafidah Aziz lakukan terhadap kita; “Macam mana kerajaan nak luluskan permohonan gaji lebih untuk Askar & Pulis, dia orang tu bukannya pandai sangat, setakat Darjah 6 aje. Askar & Pulis ini kerja menghabiskan beras aje’.

 

 

 

Laporan oleh:

 

 

 

PRANITA JUHI CHAWLA               &            POLISNITA MAHDURI DIXIT

Setiausaha OPS                                                    Anggota OPS

 

 

bp

 

 

 

LEFTENAN KLUANGMAN

Ketua Pengarah OPS