Oleh Pena Suasa

 

Wahai Polis…sedarlah!

 

POLIS Malaysia bukan sahaja antara polis tercekap di dunia, tetapi turut duduk sebagai jabatan kerajaan yang paling tinggi menghadapi gejala rasuah negara.

Laporan penyelidikan selama empat tahun, Badan Pencegah Rasuah sejak 1996, meletakkan Polis DiRaja Malaysia (atau PDr.M) di tempat teratas, diikuti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Tanah dan Ukur.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sebelum ini sering dikaitkan dengan gejala itu berada di tempat kelima, diikuti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja, Perhutanan, Pertanian dan Kesihatan.

Ketua Cawangan Perhubungan Masyarakat, Bahagian Komunikasi dan Pendidikan BPR, Mohd Yusof Akope, berkata sepanjang tempoh kajian itu, 21 pendidik ditahan kerana kesalahan rasuah. (Rujukan Berita Harian 14 Julai 2000)

Tidak hairanlah polis beria-ia sangat mengepung Mahkamah Tinggi, mengepung Markas Tarbiyah PAS di Taman Malewar dan menahan serta memukul sesuka hati para penyokong reformasi kerana mereka tidak diberikan wang rasuah untuk mengelak dari melakukan kekasaran itu.

Mereka seronok bekerja di bawah Dr. Mahathir Mohamad dan Umno kerana di sini mereka boleh menyubur hidupkan gejala rasuah sesuka hati mereka.

Mereka, anggota-anggota polis ini seronok bila mendengar Perdana Menteri menghalang Dato’ Shafiee Yahaya meneruskan siasatan terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman yang disyaki menerima rasuah kerana mereka juga hidup dengan rasuah selama ini.

Tidak hairanlah Dato’ Musa Hassan sanggup berbuat apa sahaja asalkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim disabitkan dengan hukuman berat kerana dia menerima upah supaya melakukannya.

Tidak hairanlah kalau bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar boleh menjadi ‘Timbalan Pengerusi Genting Berhad’ kerana selama dia menjadi Ketua Polis Negara, dia bapa segala gejala judi dan rasuah di negara ini.

Banyak lagi contoh yang tidak perlu disebutkan di sini tetapi kita rakyat yang inginkan keadilan tidak akan dapat dipenuhi selagi Barisan Nasional (BN) tidak ditumbangkan dalam pilihan raya.

Polis Malaysia yang kini hanya bertopengkan uniform cukup samseng bila berhadapan dengan pendokong dan penyokong reformasi tetapi, dalam masa yang sama mereka tidak berani bertindak ke atas aduan polis yang dibuat oleh Pemuda keADILan Malaysia.

Kita tahu, masih ada anggota polis yang jujur dan ikhlas bekerja tetapi kezaliman dan perangai buruk sebahagian yang lain harus didedahkan.

Memukul orang-orang tahanan, termasuk anggota polis yang disyaki terlibat dengan kes-kes yang sedang disiasat juga tidak boleh dibiarkan.

Jika mereka memang menyertai pasukan polis kerana mahu menjadi kaki pukul, lebih baik mereka meletakkan jawatan dan bekerja di kilang-kilang yang masih memerlukan tenaga kerja.

Hasil gaji dari kilang, ladang dan kerja-kerja swasta termasuk pengawal keselamatan lebih mulia dari gaji polis yang saban hari hidup atas kesengsaraan orang lain.

Para pendokong dan penyokong reformasi, yang pernah merasakan cotar polis dan gas pemedih mata, marilah kita mengadu kepada Allah di atas kezaliman yang kita terima ini.

Mudah-mudahan mereka yang kaki rasuah ini sedar bahawa wang gaji yang mereka terima itu adalah hasil wang rakyat, cukai rakyat dan bukan wang Dr. Mahathir Mohamad.

Mereka terlupa, Dr. Mahathir menzalimi mereka dengan membina Mahligai berharga RM200 juta sedangkan kediaman anggota polis sering sahaja kerosakan lift dan sampah tidak berangkut.

Mereka terlupa, pejabat Perdana Menteri cukup luar biasa kemewahannya sedangkan, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur tidak lebih dari sarang penagih dadah, penuh dengan habuk dan kotor.

Mereka semua terlupa, kerana sayangkan uniform itu, mereka sanggup menendang Tian Chua, memukul Lokman Nor Adam dan Malek Hussin. Malek pernah dipaksa minum air kencing. Inikah perangai polis Malaysia? Apa akan jadi kalau mereka suatu hari nanti diperlakukan seperti yang berlaku di Bukit Jenalik, Sauk.

Bila seorang anggota terluka telinganya kerana kena batu, mereka heboh satu negara tetapi bila mereka ramai-ramai memukul sampai mati orang tahanan, mereka cuba sembunyikannya. Biadap sungguh polis. Kaki rasuah dan tidak berperikemanusiaan.