Oleh Pena Suasa

 

Kalau menteri asyik kumpul kekayaan

 

BELUM lagi selesai kisah 20 tahanan di tangan penculik Abu Sayyaf, kini timbul pula cerita 146 senjata api dicuri dari Batalion 304 Infantri (Askar Wataniah) di Grik Perak.

Kebetulan, ia berlaku sehari sebelum mesyuarat MT Umno yang kedua selepas pemilihan 11 Mei 2000 lalu dan diadakan buat pertama kalinya di luar Kuala Lumpur, iaitu di Ipoh.

Maka berkawallah askar dan polis di sekitar kediaman rasmi Menteri Besar Perak, di dalam parit, di atas bumbung dan di celah-celah pokok.

Lambang segala kawalan ini ialah, keselamatan negara tidak terjamin. Rakyat dalam kegelisahan kerana sikap Menteri yang asyik mengumpul kekayaan hingga lupa dan alpa kepentingan keselamatan.

Alasannya yang diberikan mudah; belum pernah terjadi sebelum ini dan ia suatu yang di luar jangkaan.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang berangan siang dan malam hendak menjadi Perdana Menteri Malaysia harus bercuti dan menyambung belajar seperti yang dilakukan oleh bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Dia sebenarnya belum layak menjadi Menteri tetapi disebabkan dia anak bekas Perdana Menteri, maka dia diangkat dalam talam emas untuk duduk di situ. Tiada siapa tahu apa kelulusan Najib dan sekolah mana dia belajar dahulu. Disebabkan dia duduk di London, masing-masing ingat dia lulusan luar negara. Jahanam bangsa.

Ketika dia duduk di Kementerian Pertahanan dahulu, selepas di Kementerian Belia dan Sukan, mecam-macam kerosakan sudah dia lakukan. Askar-askar hanya diberikan tugas menghidang makanan di rumahnya ketika dia buat rumah terbuka.

Rumah yang didudukinya bernilai 17 juta. Dia punya banyak kenderaan mewah dan kekayaannya cukup luar biasa. Tetapi disebabkan dia “pandai makan dan pandai simpan”, maka tidak ada siapa di dalam Umno yang berani menegurnya.

Kemewahan yang dia ada menyebabkan dia jadi dungu dan tidak kreatif. Dia tidak pernah susah kerana bapanya Perdana Menteri. Jasa bapanya Allahyarham Tun Razak cukup besar kepada bangsa Melayu tetapi jasa Najib ialah menjadi pengampu maha dahsyat.

Ketika dia duduk di Kementerian Pendidikan, macam-macam cerita celaru yang kita dengar. Ia termasuklah kisah guru-guru tertekan dengan tugasan yang bukan-bukan. Bila guru-guru menentang dan agak kritikal, dia akan kenakan tindakan. Lebih-lebih lagi kalau Ketua Umno Bahagian yang komplen kepadanya.

Dalam pilihan raya umum 29 November 1999, dia nyaris-nyaris tumbang. Undi rosak lebih banyak dari majoriti undi yang dia dapat. Dia diturunkan pangkat, dari Menteri Pendidikan ke Menteri Pertahanan semula. Kini, tugasnya mencari peluang menggunakan kementerian itu untuk politik peribadinya. Dia gunakan kementerian untuk beri peluang kroninya berniaga dan menimba kekayaan.

Najib ada sejarah menceraikan isteri. Najib ada sejarah tidak baik sebagai seorang lelaki. Najib ada sejarah kaki perempuan dan punya pelbagai skandal. Seorang saksi pernah memberitahu mahkamah, dia memang pernah membekalkan seorang artis kepada seorang Menteri di Port Dickson. Najiblah orangnya.

Kini, undi pos sudah menunjukkan askar dan polis tidak menyokong kerajaan. Najib mula resah dan gelisah. Tetapi, dia tidak risau kerana dia sudah cukup kaya dan dua yayasan cukup untuk membiayai pembangunan politiknya, termasuk politik saudara sepupunya, Hishammuddin Hussein “si pondan siam”.

Kita lihat perkembangan ini dan akan hancurlah politik Melayu dan Islam jika kedua-dua saudara sepupu ini menjadi pemimpin negara suatu masa nanti.

Seorang kaki perempuan, minat kat artis kurus serta kecil dan seorang lagi kaki minum. Kaki botol dan kaki senyum yang berlebih-lebih.