SANDIWARA MERDEKA 2000:Merdeka Dulu Dan Kini

 

Assalamu’alaikum Saudara seperjuangan

 

DULU: 31HB OGOS 1957

 

Detik 12:00, saat penantian yang ditunggu tunggu olih rakyat jelata yang dahagakan  kemerdekaan, saat yang sangat bermakna dimana rakyat akan menceraikan @ mentalakan penjajah yang telah membelengui minda rakyat sejak beratus  tahun, segala hasil dalam dan atas bumi disedutnya. Maka telah tiba masa nya rakyat menikmati kemerdekaan setelah mengharungi pelbagai jerit perit dan rontaan hidup digelumangi cengkaman cengkaman penjajah yang sentiasa memperalat dan memperbodohkan rakyat. Rakyat dikotak katik mengikut susunan ethnic bersesuaian dengan suasana sosio ekonomi ketika itu. Rakyat bersatu hati memberi kepercayaan kepada  tokoh tokoh pemimpin untuk menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.

Detik telah tiba, diatas pentas, di Dataran Merdeka (sekarang ini) terdengar laungan lantang dari seorang Bapa Kemerdekaan  :

 

MERDEKAAA!!! MERDEKAAA!!! MERDEKAAA!!!

Begitu lah laungan dari Perdana Menteri Pertama Persekutuan Tanah Melayu :Tunku Abdul Rahman Tunku Syed Putra Al Haj.

Seluruh rakyat berbagai kaum ketika itu dengan perasaan hiba, berlinangan air mata dan bercampur kegembiraan terpancar diwajah mereka; mereka bersatu hati bertanggungjawab dengan rasa jatidiri tertanam dalam jiwa dengan  penuh tekad dan iltizam untuk memajukan negara; telah menyahut laungan :

 

MERDEKAAA!!! MERDEKAAA!!! MERDEKAAA!!! 

Maka turunlah bendera Union Jack dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu sebagai tanda kemerdekaan mutlak telah tercapai.

 

43 tahun Masa berlalu ………….

 

KINI :31HB OGOS 2000

 

Detik 12:00,masa yang sama  ditunggu olih Perdana Menteri Malaysia Keempat Dato Seri Dr Mahathir diatas pentas, dengan wajahnya  yang panjang menampakan  kekusutan, keliru @ celaru, diselit dengan senyuman tawar kadang kadang masam sebagai menghormati suasana sambil   menunggu “count down”.

Maka kedua dua jarum pun telah terhimpun menandakan detik yang ditunggu tunggu pun tiba. Berdentang jam  dihadapan Dataran Merdeka tanda sejarah kemerdekaan telah berulang dan kedengaranlah laungan:

 

PM: MERDEKAAA!!!            Sahut rakyat : MERDEKAAA!!! (Bersemangat)

PM: MERDEKAAA!!!            Sahut rakyat : MERDEKAAA!!! (Tambah Bersemangat)

PM: MAUDUITKAAA!!!  Sahut  rakyat : (diam, tergamam @ bingung seketika)

OOOps PM tersasur !!! (memang pun sah orang tua ni dah nyanyok)  sepanjang 43 tahun menyambut kemerdekaan,tidak pernah rakyat Malaysia mendengar ungkapan sedemikian

 

Suasana kaku seketika, kemudian  terdengarlah dibahagian hadapan pentas bisek> bisek> soksek> soksek!!!  lantas satu puak telah menyerbu kehadapan,  rupa rupa nya puak KRONI KRONI, UMNO BARU(A) ,WANITA   DAN PEMUDA UMNO yang sememangnya  menunggu didepan pentas sejak dari tengah hari tadi untuk menunjuk nunjuk kesetian pada negara . PEMUDA  PEMUDA UMNO BARU(A) lah yang meluru dan merempuh kehadapan pentas saperti orang hilang akal, terencat akal  memang tak cukup akal dengan gaya sebelah kaki diatas pentas, dengan rupa kebuluran, rakus dan gelojoh; menunggu untuk menerkam saperti harimau dikasi sambil meraung :

 

SUNGGUHKAAA!!!     SUNGGUHKAAA!!!     SUNGGUHKAAA!!!

Kemudian  muncul pula sebelah kanan pentas satu puak dikepalai olih

Dato Seri Lee Liong Sik –MCA  @ SUQIU – CINA  melaung :

 

HAK MELAYUKAAA!!!     HAK MELAYUKAAA!!!      HAK MELAYUKAAA!!!

Lagi satu puak sudah mari ikut “belakang”

Team Dato Seri Samy Vellu –MIC @ INDIA pun menadah dua tapak tangan :

 

ANE PUNYAKAAA!!!    ANE PUNYAKAAA!!!    ANE PUNYAKAAA!!!

Yang belakang sekali berselerakan. Siapa ? ya!!! OOOOOOOOO#?#OOOOO

Team MELAYU Kunta Kinte @ THE ROOTS (Mohon izin Tun Teja) meraung raung

 

KAMI HAMBAKAAA!!!   KAMI HAMBAKAAA!!!   KAMAI HAMBAKAAA!!!

Puan Zeti anak Pak Ungku taukeh Bank Negara pun terkumat kumit berbisek (Whisper)

 

DUIT ADAKAAA!!!       DUIT ADAKAAA!!!       DUIT ADAKAAA!!!

Tun Daim pun tak lepas peluang kuling kuling kepala :

 

KACAU !!!! KACAU!!!! KACAU!!!!

(Memang pun bila nak KACAU kenalah KUCAI baru lah berKECAI)

 

TAMAT

 

Sandiwara Merdeka 2000

 

Superwebjump.Com

Perlis