27/10/2000

 

FIRAUN TETAP FIRAUN………….

 

 

“Like they say, a rose by any other name smells as good….so whether you call it royalty of special payment, it is a rose, and the rose is that it is special payment. ”

 

                                                Dr. Mahathir, The Sun 27 Oct 2000

 

Dr. Mahathir masih berusaha memutarbelitkan isu royalty minyak Terengganu. Beliau masih juga menghina pemikiran rakyat dalam isu ini. Beliau ingat rakyat tidak faham tentang perbezaan antara wang royalty dan wang ehsan, perjanjian dan MoU. Kalau wang tersebut diberi pada kadar tertentu (5%) yang telah di kontrakkan maka ia adalah royalty. Wang ehsan tidak perlu dikontrakkan dan diberi sebagai ehsan tanpa mengikut kadar yang ditetapkan, mungkin lebih mungkin kurang atau tiada langsung kerana mrngikut belas kasihan pihak memberi.

Bagi Dr. Mahathir, dia lah undang-undang dan kata-katanya adalah undang undang dan mesti dipatuhi. Malang sungguh Malaysia mempunyai PM seperti beliau. PAS digesa mengambil tindakan mahkamah sekiranya tidak berpuas hati. Sudah tentu ini adalah perangkap yang telah disediakan. Sekiranya PAS merujuk kepada mahkamah, Mahathir sudah tentu akan menubuhkan Syarikat lain menggantikan Petronas dan Syarikat ini akan mengambil alih operasi Petronas yang hanya menjadi sebuah syarikat kosong yang tidak beroperasi lagi. Syarikat baru ini akan memberi wang ehsan sebagai ganti rugi penyerahan hak tanah dan minyak dan wang ehsan ini akan berkuatkuasa kepada negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Serawak.

Seperti Anwar Ibrahim berkata, “SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT”, PAS tidak perlu merujuk kepada mahkamah kerana mahkamah Mahathir adalah yang “terbaik didunia which money can buy” dan sudah pasti penghakiman nya mengikut penghakiman The Golden Rule – Those who have the gold, they make the rule. Biar Rakyat yang menentukannya dan usaha menyibarkan kezaliman, kerakusan Mahathir dengan kuasa perlu disalurkan dengan luas didalam dan diluar negeri.

Bunga mawar tetap bunga mawar dan baunya tetap semerbak walau pun dipanggil dengan berbagai panggilan. Firaun tetap Firaun walaupun dipanggil dengan berbagai nama, baik di panggil Ramsey, Tutankhamen, Hitler, Attaturk……atau Mahathir, baunya tetap hancing menembusi tujuh petala langit.

 

 

matatiga