Oleh Ummu Natasya

ummu_natasya@hotmail.com

 

Hamzah Dapat Hadiah

 

MASIH ingat dengan nama Hamzah Zainuddin? Tidak ramai lelaki di Malaysia yang mempunyai nama seperti itu. Dia orang Perak dan memegang jawatan Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat. Dialah yang membuat tuduhan kononnya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggoda isterinya.

Kini lelaki bernama Hamzah Zainuddin sudah diberikan hadiah oleh Dr. Mahathir Mohamad kerana “menolong mempercepatkan proses menjatuhkan” Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dia dilantik menjadi Senator dan dia juga dilantik menjadi Pengerusi FELCRA. Kalau pembaca semua susah hendak mengingat siapa lelaki bernama Hamzah ini, dialah yang buat fitnah ke sana ke sini menuduh Dato’ Seri Anwar berlaku tidak sopan kepada isterinya. Khabarnya isterinya ini berambut merah, berwarna-warni, sama seperti rambut Datin Seri Hendon Mahmood, isteri Abdulah Ahmad Badawi.

Cukup mudah hidup dalam politik Umno. Hamzah sudah menjadi Ketua Umno Bahagian sejak sekian lama. Tetapi dia hanya mendapat peluang perniagaan kerana dibantu oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Tetapi untuk menjadi Senator dan Pengerusi mana-mana agensi kerajaan, kena buat cerita… buat cerita kononnya isteri kena goda dengan sesiapa.

Hari ini, Hamzah ke sana ke mari dengan kawan baiknya Dato’ Azmi Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Azmi ini seorang lagi Menteri Kabinet yang cukup kuat memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kononnya, dia dijadikan Menteri kerana mahu membantu Dr. Mahathir meneruskan fitnah terhadap keluarga Dato’ Seri Anwar.

Dia sedar, kalau bukan kerana tugas memfitnah, dia yang datang dari Perlis tidak akan dilantik menjadi Menteri. Dulu, sebelum dia jadi Menteri dia adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri. Dialah yang mengeluarkan arahan kepada Pegawai-pegawai Penjara supaya menyiksa Dato’ Seri Anwar.

Cara siksaan yang dilakukan ialah menyekat menu makanan. Dia juga melarang keluarga Dato’ Seri Anwar melawat di penjara dan ketika peristiwa “arsenik” Azmilah yang menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Manusia bernama Azmi Khalid ini sebenarnya sudah muflis. Dia diselamatkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Jika tidak, dia tidak layak menjadi Ahli Parlimen kerana muflis. Kalau sesiapa (orang Umno) tidak percaya bertanyalah dengan Tan Sri Dr. Hamid Pawanteh dan Dato’ Seri Shahidan Kassim.

Mudahnya ‘hidup’ dalam Umno. Bawa cerita isteri digoda, nanti dapat habuan. Buat cerita fitnah, nanti dapat hadiah. Hamzah cukup puashati sekarang, selepas menjadi Pengerusi beberapa syarikat senaraian awam, kini dilantik menjadi Senator dan Pengerusi Felcra.

Pita rakaman Sanusi Junid rosak ketika mahu memperdengarkan rakaman “yang didakwa suara” Dato’ Seri Anwar  juga menyebabkan Sanusi diberikan hadiah. Sanusi yang gagal sebagai Menteri Besar Kedah dilantik menjadi Presiden UIA.

Para konspirator sudah merasakan “nikmat” kerana menjatuhkan Dato’ Seri Anwar. Antaranya Aziz Shamsuddin, Tengku Adnan Mansor dan Hamzah Zainuddin. Cuma, mereka semua belum menerima pembalasan di dunia. Kita tunggu, insyaAllah…. Akan ditunjukkan juga suatu hari nanti.

Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman “terlepas” dari pendakwaan kerana “ada wang dilacinya” ketika diserbu oleh BPR waktu dia di EPU. Apakah BPR boleh berbangga dengan serangan yang mereka buat terhadap “JPJ” dan anggota polis sahaja?

Dr. Mahathir pelindung rasuah dan Dr. Mahathir penggalak rasuah di negara ini! Kuatkan tekad, ajar Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.