Oleh Pena Suasa

 

Bila rakyat tak percaya, lagi baik

 

BAGI penyokong dan pendokong Barisan Alternatif (BA), perkembangan terbaru berkisar tentang keyakinan rakyat terhadap media massa kebangsaan amat menyeronokkan.

Tiada siapa mahu percaya, walaupun membaca dan menonton TV, apa yang mereka laporkan, termasuk kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Paling baru, ramai yang kesihan dengan kehadiran Chamil Wariya dari TV3 dan Dato’ Khalid Mohamad dari Kumpulan Utusan yang hanya duduk sebagai panel wawancara dengan Perdana Menteri, sementara pengerusinya, Prof. Firdaus yang kononnya tokoh ilmuan yang tidak dihurmati.

Chamil dan Khalid tidak lagi boleh di kehadapankan kerana “mereka sudah tidak bernilai” di mata umum. Mungkin juga Dr. Mahathir tahu bahawa jika Chamil dan Khalid yang menyoalnya, tiada siapa yang percaya soalan itu datangnya dari mereka berdua.

Malangnya, kehadiran Dr. Firdaus juga cukup melecehkan kerana “cuba memimpin” jawapan yang sudah diatur begitu rupa.

Lebih menjadikan media massa arus perdana tidak bernilai ialah apabila seorang budak bernama Astora Jabat menulis dan bersoal jawab dalam hal-hal agama.

Apakah sudah kurang ulama, pakar agama dan tokoh-tokoh besar untuk mengisi ruangan agama menyebabkan budak bernama Astora ini perlu diberikan peranan untuk menulis dan menjawab soal-sola agama yang dia tidak tahu apa-apa.

Di sebuah akhbar mingguan, yang dipunyai seorang AJK Umno bahagian pula memberikan tugas menulis soal-soal agama kepada seorang budak pondan beragama Hindu. Amatlah malang bagi negara Malaysia, yang berketuakan Dr. Mahathir, macam-macam perkara pelik berlaku.

Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang lemah pula tidak langsung berani berhadapan dengan kenyataan. Dia lemah menyebabkan dia jadi zalim, lebih zalim dari Dr. Mahathir.

Di tangannya sebagai Menteri Dalam Negeri, Majalah Detik sudah diharamkan. Begitu juga dengan Mingguan Eksklusif. Sebelum itu, Panji Masyarakat dan paling baru, sebuah majalah lucah Kemelut. Abdullah hanya nampak Detik, Eksklusif dan Panji Masyarakat yang mengancamnya. Dia tidak peduli kepada kebebasan dan hak rakyat menulis dan mendapatkan maklumat. Dia bimbang, media ini akan menyebabkan dia tidak dapat menjadi Perdana Menteri.

Dalam banyak-banyak majalah lucah, pegawai KDN hanya nampak kelucahan melampau dibawa oleh Kemelut. Padahal, banyak lagi majalah lucah yang tidak dikenakan tindakan. Mungkin tauke majalah-majalah lucah tersebut menghantar pegawai-pegawai KDN ke luar negeri saban tahun menyebabkan mereka ‘tutup sebelah mata’ terhadap majalah-majalah berkenaan.

Rakyat Malaysia mungkin dapat menyaksikan kezaliman Abdullah jika mereka terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Ingat! Orang lemah akan menjadi zalim jika dia dapat sesuatu kedudukan. Dia amat sayangkan kedudukannya itu menyebabkan dia buat apa sahaja, termasuk menyekat apa-apa sahaja yang menjadi halangan dan rintangan kepadanya bagi mencapai keselesaan.

Orang seperti ini perlu disekat kemaraannya. Dia tidak akan berjaya menjadi Perdana Menteri kalau BN boleh dikalahkan. Jika tidak, akan bermaharajalelalah manusia yang bernama Abdullah Ahmad Badawi ini.

Dr. Mahathir ketika melantiknya menjadi Timbalan Perdana Menteri bukan kerana kemampuannya tetapi kerana Umno sudah ketandusan pemimpin.

Selain Abdullah, Najib Tun Razak. Najib tidak boleh dilantik menjadi timbalan kerana Dr. Mahathir merasakan Najib tidak begitu setia dengannya. Najib juga dipercayai “calon” Timbalan Perdana Menteri kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim jika Anwar terlepas menjadi Perdana Menteri dahulu.

Sedaya upaya, carilah jalan supaya Abdullah tidak menjadi Perdana Menteri. Dia seorang yang bertopengkan agama tetapi tidak mendekati Islam secara betul. Kehidupan sehari-hariannya boleh dinilaikan sebagai kehidupan seorang sekular yang tidak datang dari keluarga ulama.

Abdullah akan menjahanamkan nama baik keluarganya. Abdullah akan menjahanamkan nama baik agama Islam. Abdullah adalah ‘pak turut’ kepada Dr. Mahathir atau ‘habibie’ Malaysia.

Penasihatnya, Datin Seri Hendon Mahmood Ambak. Nilaikan sendiri siapa Hendon dan apa latar belakangnya. Seorang lagi penasihatnya kini ialah Tengku Adnan Mansor si tauke TOTO. Jahanam Malaysia. Jahanam Islam dan jahanam Melayu.

 

habis