Oleh Ummu Natasya

ummu_natasya@hotmail.com

 

Berita Harian, Dr. Mahathir dan Mohd Ezam

 

HARI ini, akhbar Berita Harian, dalam rencana pengarangnya beria-ia sangat mencadangkan kepada polis supaya mencari jalan menangkap Ketua Pemuda keADILan, Mohd Ezam Mohd Nor yang disifatkannya sebagai cukup pandai “memainkan polis”.

Apa hal Berita Harian ni? Nak kena boikot macam Utusan Malaysia ke? Berita Harian kena ingat, tanpa pemboikotan dari penyokong keADILan dan Barisan Alternatif (BA), jumlah edaran akhbar ini cukup kecil. Dulu, ketika tiba Hari Raya, kakitangan Barita Harian disedekahkan enam kilogram daging lembu tetapi kini sudah tidak ada. Apa sebabnya? Tentulah kerana Berita Harian sudah kekeringan wang untuk memberi subsidi kepada pekerjanya.

Sudahlah. Berita Harian sepatutnya menjadi sebuah media Bahasa Melayu yang mengutamakan ilmu dan rasional. Usah terbawa-bawa permainan politik Umno yang sudah berkarat. Ingat, Berita Harian berniaga. Kalau akhbar tidak laku, bukan Umno yang boleh membantu.

Mungkin ini arahan Tan Sri Abdullah Ahmad, bekas tahanan komunis. Bekas Ketua Umno Bahagian Kok Lanas ini adalah orang tua yang asyik bernostalgia. Tulisan-tulisannya sering menyebut kehebatannya di zaman Tun Razak dan MCKK. Pemikirannya sudah jauh ketinggalan. Cukuplah. Jangan sampai orang benci dan meluat dengan tulisannya.

Ingat! Berita Harian. Tukar wajah sedikit waktu dahulu langsung tidak menyebabkan mutu pemberitaan bertukar. Jangan jadi macam Utusan Malaysia. Utusan Malaysia dikuasai Zainuddin Maidin yang sedang memasang angan-angan untuk kembali menjadi Ketua Pengarang Utusan Malaysia. Jalan untuk ke situ ialah dengan meletakkan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Kini Utusan Malaysia sedang menyusun strategi menjatuhkan Dr. Mahathir. Zam tahu, selagi Dr. Mahathir tidak jatuh, dia tidak akan dapat kembali sebagai Ketua Pengarang. Itulah sebabnya, dalam Mingguan Malaysia 5hb. November 2000, Zam menulis bahawa ada Menteri Malaysia yang kerap berjalan ke luar negara. Dia menyindir Perdana Menteri kerana saban bulan Dr. Mahathir ke luar negara dan banyak menghabiskan wang negara.

Mohd Ezam sebenarnya menjalankan tugasnya untuk parti dan rakyat Malaysia. Jika dia didapati bersalah, dakwalah dia. Usah ugut dan gertak. Tidak wajar baginya untuk memuji Dr. Mahathir kerana rakyat Malaysia tahu sebenarnya Dr. Mahathir memang berlaku zalim kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Mata Anwar lebam, orang yang menumbuknya masih bebas sampai hari ini. Megat Junid yang kalah pilihan raya sudah menjadi penulis yang mengkritik Umno. Tun Daim Zainuddin masih terus berkuasa dan lebih berkuasa dari Dr. Mahathir.

Tapi, Aziz Shamsuddin yang baru berkahwin khabarnya sudah bercerai dengan talak tiga dengan isteri barunya, bekas isteri orang.

Azizan Abu Bakar tidak kedengaran kisahnya tetapi dia juga masuk penjara kerana berkhalwat. Normala Yusof yang kononnya menjadi saksi untuk memalukan Anwar, kini bercerai dengan Zamrin, jutawan segera.

Dr. Mahathir tidak selesa dengan tekanan luar negara yang diterimanya. Dia menudingkan jari kononnya Mohd Ezam yang menjalankan kerja-kerja memburuk-burukkan namanya, tetapi dunia memang mengetahui tentang kezalimannya.

Dunia hari ini adalah dunia tanpa sempadan. Apa yang berlaku di Kuala Lumpur, Amerika Syarikat dapat tahu dalam masa yang sama.

Begitulah sebaliknya.

Oleh yang demikian, dunia wajar menekan Dr. Mahathir kerana dia zalim. Dia buat tidak betul terhadap negara ini. Tapi tiada siapa yang berani menegurnya kerana dia cukup berkuasa. Percayalah, Dr. Mahathir akan mengalami nasib yang sama seperti Suharto, ada penyakit hilang akal dan anak-anaknya akan dipenjarakan.

Masa akan menentukannya dan waktu itu, sesal sudah tidak berguna. Tiada siapa bersetuju dengan kezaliman dan segala jasanya akan terpadam disebabkan kesombongan dan keangkuhannya.

 

habis