Oleh Pena Suasa

 

Kerja Aziz bermula

 

KETUA perancangan konspirasi menjatuhkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Senator Dato’ Aziz Shamsuddin sudah mula mengeluarkan kenyataan mengarut mengenai kegiatan jenayah yang membabitkan pelajar sekolah sejak kebelakangan ini.

Menurutnya Aziz, kejadian seperti membakar sekolah, memeras ugut dan membahayakan keselamatan pelajar yang berlaku secara berterusan, seolah-olah dirancang pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memusnahkan negara.

Inilah kualiti seorang yang dimahukan Perdana Menteri menjadi timbalan menteri. Dia tidak mengkaji, dia belum menyiasat, dia dah buat keputusan. Disebabkan dia berpengalaman sebagai seorang perancang dan kepala konspirasi, dia tercakap perkara-perkara yang dia faham, iaitu “dirancang pihak yang tidak bertanggungjawab.”

Sebelum ini, dia mahu mencadangkan buku berjilid untuk menyelesaikan masalah beg berat murid-murid. Ini juga cakap-cakap “tidak berkualiti” kerana ia bukan menyelesaikan masalah tetapi memberi peluang pencetak membuat wang kerana mencetak buku berjilid untuk murid sekolah.

Sebelum mengeluarkan kenyataan, kaji dahulu. Masalah disiplin murid ini masalah sejak lama dahulu. Ia bukan masalah baru. Kenapa harus terburu-buru mahu menyelesaikannya?

Sebagai seorang timbalan menteri yang tidak pernah menang pilihan raya, Aziz hanya dikehendaki Perdana Menteri kerana budinya menjatuhkan Anwar kononnya berjaya menyebabkan Dr. Mahathir selesa untuk duduk di kerusi Perdana Menteri selama mana dia mahu.

Atas sifat membalas budi, maka Aziz diberikan ganjaran. Dalam tempoh enam tahun bergelar Senator, Perdana Menteri akan menaikkan pangkatnya menjadi menteri penuh, walaupun sehari. Aziz sebenarnya memang mahu dilantik menjadi menteri sebelum pilihan raya umum lalu tetapi bimbang ia akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya, maka cadangan PM itu ditangguhkan.

Selepas pilihan raya, PM terpaksa membatalkan hasratnya itu kerana terpaksa memikirkannya semula setelah keputusan pilihan raya cukup mencemaskan.

PM memang merasakan Aziz cukup berjasa kepadanya kerana jika tanpa Aziz dan Ummi Hafilda, Anwar cukup sukar untuk disingkirkan. Perancangan rapi, surat layang yang disusun oleh lebih dari seorang dan kewangan yang mencukupi menyebabkan Ummi bergerak begitu lancar menjalankan tugas “yahudinya” memfitnah Anwar.

Ummi berbahagia kerana Khairuddin Abu Hassan yang dikenalkan dengan Aziz cukup membantunya. Akhirnya, Aziz dinaikkan pangkat dari seorang Setiausaha Politik kepada seorang Senator dan kini seorang Timbalan Menteri di Kementerian Pendidikan.

Setiausaha Sulit Kanannya, bekas Ketua Pemuda Parti Melayu Semangat 46, Zawawi Zin yang juga merupakan tenaga utama di kem menangani fitnah yang diketuai Dato’ Ibrahim Ali suatu ketika dahulu.

 

habis