Oleh Pena Suasa

 

Tugas Aziz Shamsuddin

 

BARU-BARU ini, tentunya rakyat Malaysia terkejut bagaimana ketua konspirator menjatuhkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Aziz Shamsuddin tiba-tiba berada di selatan Filipina menguruskan tebusan Kumpulan Abu Sayyaf di Talipao (Jolo).

Inilah yang harus rakyat Malaysia ketahui, tugas Aziz sebenarnya ialah membawa wang dari Malaysia untuk dibayar kepada kumpulan penculik yang diketuai Abu Sayyaf. Dalam soal bayar membayar wang dengan jumlah yang besar, memang menjadi tugas Aziz.

Dahulu, ketika Ummi Hafilda dan Khairuddin Abu Hassan digunakan untuk tujuan merosakkan nama Dato’ Seri Anwar, Azizlah tempat mereka ‘mendapat habuan’ atau istilah yang sering digunakan ‘logistik’.

Aziz akan menggunakan sesiapa sahaja, dengan bayaran yang cukup tinggi. Kehidupannya yang kaya raya, dengan dikelilingi taikun Cina membolehkan dia melakukan kerja-kerja ini. Dr. Mahathir sentiasa merestui kerja-kerja Aziz, asalkan Dato’ Seri Anwar boleh disingkirkan, dihina dan dimalukan secukupnya.

Tiada siapa tahu, Aziz Shamsuddin ini seorang kaki perempuan. Dia ada ‘simpan’ seorang wanita isteri orang sejak sekian lama. Wanita yang tinggal di Sentul ini akhirnya dipindahkan ke Bandar Tasik Selatan kerana Aziz belikan dia sebuah rumah yang agak mewah. Walau bagaimana pun, rumah wanita ini tidaklah semewah rumah Aziz yang terletak di Subang Jaya.

Kalau Abu Sayyaf yang ganas boleh ditundukkan oleh ‘wang’ Aziz Shamsuddin, siapalah Azizan Abu Bakar, Khairuddin Abu Hassan ‘silembut’, Ummi Hafilda yang mendakwa dirinya masih ‘dara’, Khalid Jefri yang hidup sentiasa mengemis, Taib Salamon, Dato’ Musa Hassan yang kemaruk mahu naik pangkat, Tan Sri Mohtar Abdullah si ikan dugong dan Gani Patail yang pernah menikmati kawasan balak di Sabah?

Aziz Shamsuddin tidak perlu ke selatan Filipina hanya untuk berunding kerana apa kurangnya Tan Sri Norian Mai, Pandikar Amin Haji Mulia dan Shafiee Afdal, tetapi mereka ini tidak mempunyai kuasa ‘wang’ seperti mana Aziz Shamsuddin.

Dahulu, dengan wang dan pengaruhnya, Pejabat Setiausaha Politik Perdana Menteri dijadikan pusat perbincangan untuk menjatuhkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Aziz berjaya memenuhi hajat Perdana Menteri menjatuhkan Dato’ Seri Anwar dengan bantuan ‘wang’ yang bukan sedikit.

Buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM diedar secara percuma. Kos cetaknya ditanggung Tengku Adnan Tengku Mansor. Aziz kemudiannya dilantik menjadi Senator dan Timbalan Menteri Pendidikan sebagai upah. Tidak lama lagi, Aziz akan dinaikkan pangkat sebagai Menteri penuh. Kerja Aziz berjaya.

Tengku Adnan yang ‘tukang tambah’ duit cetak buku kini sudah diberikan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan selain Setiausaha Kerja Umno Malaysia.

Rosli Mat Hassan dari Dungun Terengganu yang tukang maki Anwar Ibrahim turut dilantik menjadi Senator.

Zahrin Yassin yang jadi budak pengedar buku diberikan jawatan dalam Umno Wilayah Persekutuan.

Musa Hassan naik pangkat. Mohtar Abdullah dapat habuan. Gani Patail juga sama. Azizan semakin sepurna hidupnya sekarang walaupun terpaksa merengkok dalam penjara kerana berkhalwat.

Ummi Hafilda yang muflis boleh keluar negeri, ke London bersama-sama Dr. Mahathir. Khairuddin Abu Hassan boleh menambah lagi koleksi kereta mewahnya.

Semua mereka mendapat habuan. Sedikit hari lagi, Hamzah Zainuddin yang mendakwa Dato’ Seri Anwar mengurat isterinya akan dilantik menjadi Senator.

Kini, Aziz Shamsuddin menjadi manusia paling berkuasa selepas Dr. Mahathir dan Daim Zainuddin. Dia banyak wang dan hidup cukup mewah sebagai ‘kepala konspirator’.

Di dunia mereka mewah tetapi sama-sama kita tengok balasan Allah kepada mereka ini semua. Tunggu….

(PS).