AZIZ SHEIKH FADZIL – SUATU KEBEBALAN DALAM PEMUDA UMNO

 

 

 

Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Sdr Aziz Sheikh Fadzil diberitakan diakhbar Sun bertarikh 27 Okt, mencabar pihak polis supaya menangkap Ketua Pemuda Keadilan Sdr Ezam Mohd Nor kerana terlibat dalam kempen memburuk-burukkan Dr. Mahathir diluar negara. Beliau tidak faham kenapa pihak polis masih belum menangkap Ezam dan kenapakah pihak polis begitu takut kepada Ezam. Sebenarnya kita juga tidak faham mengapa beliau tidak ditangkap kerana cuba mencetuskan rusuhan kaum tidak berapa lama dahulu apabila menganjurkan demonstrasi haram dengan slogan “Cina balik Tongsan” dimana pengikut pengikut beliau telah memecah beberapa tokong. Nasib baik demonstrasi tersebut tidak mendapat sambutan. Bukankah ini adalah usaha-usaha yang boleh menjejas keselamatan negara.

 

 

BILA AZIZ SHEIKH FADZIL MEMPERSOALKAN KEWIBAWAAN POLIS, KITA DARI ALTERNATIF JUGA TIDAK FAHAM KENAPA BELIAU SENDIRI TIDAK DI TANGKAP KERANA PERCUBAAN MENGADAKAN RUSUHAN KAUM

 

 

Orang bebal memang susah nak faham sesuatu isu. Kalaulah memburukkan dasar Mahathir itu sama dengan memburukkan Malaysia maka Dr. Mahathir pun pernah suatu ketika memburuk-burukkan Malaysia kerana telah melancarkan kempen memburuk-burukkan PM, Tengku Abdul Rahman dan dasar dasarnya diluar negara setelah dipecat oleh UMNO. Menurut beliau perbuatan Ezam ini boleh menjejaskan ekonomi Malaysia dan mengakibatkan sekatan ekonomi.

Dunia antarabangsa bukan bodoh dan tidak mengetahui bahawa sekatan ekonomi tidak akan berjaya menjatuhkan pemimpin diktator malah hanya akan menyebabkan rakyat jelata menanggung bebannya dan diktator tersebut terus akan mendapat simpati dari rakyat dimana fahaman Nationalisma begitu menebal. Ini telaah terbukti dari sekatan yang dikenakan terhadap Iraq, Cuba dan Libya. Pemimpinnya terus popular dan mendapat simpati rakyat dengan manipulasi keatas pemikiran mereka.

Ezam tidak perlu memburuk-burukkan Mahathir didunia antarabangsa kerana dengan teknology maklumat yang begitu effisyen dan berkesan , mereka boleh mendapat maklumat secara terperinci dan membuat penilaian tentang dasar Mahathirism yang begitu mencengkam  rakyat.

Perbuatan Mahathir memboikot UN Millenium Conference diketahui umum oleh rakyat Amerika dan Malaysia kerana kecewa dengan sikap Kofi Anan yang bertemu Dr. Wan Azizah untuk menyatakan prihatin dan simpati beliau terhadap Anwar. Pada masa yang sama, dibumi Amerika itu juga Mahathir berpeluk dan bercium dengan Fidel Castro dimana gambar tersebut disiarkan disemua muka surat hadapan akhbar Amerika. Apakah perbuatan Mahathir itu bagaikan mencabar dan mempersenda kerajaan dan rakyat Amerika tidak mencemar dan memburukkkan Malaysia.

 

 

TIDAK PERLU EZAM MOHD NOR UNTUK MEMBURUKKAN DR MAHATHIR, MAHATHIR SENDIRI “  DOING A GOOD JOB BY HIMSELF”.

 

 

Anwar adalah seorang pemimpin yang dihormati dan telah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan   Bank Dunia dan bukankah perlantikkan tersebut adalah suatu penghormatan dunia kepada Malaysia dan seharusnyalah menjadi kebanggan negara dan UMNO khususnya kerana berjaya melahirkan seorang pemimpin yang diiktiraf dunia antarabangsa. Perlantikkan tersebut juga adalah harapan bagi negara-negara membangun untuk melihat dasar dasar yang lebih menguntungkan negara-negara miskin khususnya negara negara Asia. Malangnya tidak lama selepas itu beliau telah dipecat dengan begitu terhinahina dan dianiaya dan Mahathir pergi keserata dunia memburuk-burukkan Anwar, tetapi enggan berhadapan dengannya di Mahkamah apabila di subpeona. Bukankah perbuatan pengecut ini memalukan dan memburukan imej Malaysia.

Sebenarnya Ezam tidak perlu memburukan Mahathir kerana Mahathir telah melakukannya dengan cukup berkesan. Mungkin Mahathir dan Aziz marah kerana Ezam dan rakan-rakan cuba nak dapatkan kredit dari usaha usaha tidak langsung Mahathir memburuk-burukkan Malaysia. Apa pun yang pasti ialah Mahathir kini sedang mencari kambing hitam untuk dipersalahkan sekiranya ekonomi negara merudum kerana dasar-dasarnya yang gagal. Maka bolehlah Mahathir menyalahkan penyokong-penyokong Anwar yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin BA dan sekali gus cuba meraih simpati rakyat. Ingat, rakyat bukanlah bodoh dan setakat ini baru kempen Nyah Mahathir dilaksanakan. Selepas ini kita akan laksanakan kempen KATAKAN TIDAK PADA UMNO kerana kita dapat merumuskan bahawa UMNO memang bebal dan tidak boleh diharap untuk membela keadilan dan menghapuskan kezaliman.

 

 

Matatiga

28102000