No. Rujukan : HEP-100(BPK/AA/01)
Tarikh : 12 April 2001
Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan
Perdana Menteri merangkap
Menteri
Dalam Negeri
Kementerian Dalam Negeri,
Jalan Dato’ Onn,
50546 Kuala Lumpur
Telefon : 03-2309344
Fax : 03-26936122
E-mail : irg@kdn.gov.my
Datuk Seri
MAHASISWA UiTM MENGUTUK
PENGUNAAN ISA
Sukacitanya perkara di atas dirujuk.
Mahasiswa UiTM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan diluar kebiasaan pihak
polis yang menahan beberapa pemimpin parti politik Malaysia dan aktivis
reformasi mulai 10 April 2001 dibawah akta drakonian ISA yang juga turut dipraktikkan di negara Israel dan Singapura.
Fenomena terkini ini memperlihatkan sikap desprado pemimpin kerajaan yang gementar dengan kemaraan
kebangkitan rakyat yang mahukan reformasi tulen terhadap kepimpinan negara yang
dipercayai sedang rakus merompak dana rakyat dan kami yakin ISA bagi mereka
adalah alat yang paling efektif dalam usaha
menahan kemaraan gelombang mega ini.
Justeru itu, kami mahasiswa UiTM yang cintakan kemuliaan maruah insan
mendesak kepada Menteri Dalam Negeri agar :
1.
Bertanggungjawab
terhadap sebarang keselamatan tahanan semasa mereka berada dalam tahanan ISA.
2.
Segera
membebaskan mereka yang ditahan atau dakwa mereka ke mahkamah yang telus
sekiranya mempunyai bukti ancamannya kepada keselamatan negara.
3.
Mengizinkan
keluarga, peguam dan pegawai perubatan berurusan dengan tahanan selari dengan
kebenaran hak asasi dunia.
4.
Menghentikan
penggunaan ISA dengan objektif untuk melumpuhkan musuh politik daripada parti
yang tidak selari dengan parti pemerintah.
Akhir sekali mahsiswa UiTM yang mendukung nilai demokrasi bertekad akan
memastikan perjuangan rakyat untuk menikmati hak asasi manusia tetap diteruskan
walaupun dihadiahkan dengan bahana ISA yang amat kejam dan zalim. Dalam
persoalan ini mahasiswa UiTM tidak akan berganjak untuk bersama-sama dengan
rakyat menuntut kebebasan sejati.
Sekian, salam kebebasan untuk rakyat.
Yang benar
AZARIZAL AHMAD
Pengerusi
Biro Kemudahan dan Penempatan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Tel : 03-55164037
E-Mail : alrazi7@yahoo.com
s.k Perdana
Menteri Malaysia
Menteri
Pendidikan Malaysia
Timbalan
Menteri Pendidikan Malaysia 1
Ketua
Pembangkang Parlimen Malaysia
Pengerusi
SUHAKAM
Naib
Canselor UiTM
Timbalan Naib Canselor
Hal
Ehwal Pelajar
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Akademik
Timbalan Naib Canselor HEP
Perancangan dan Pembangunan
Penolong Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar
Exco-Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Presiden Persatuan Dalaman UiTM
Presiden Jawatankuasa Perwakilan Kolej
Yang DiPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Cawangan-cawangan UiTM
Fail