KOMENTAR
Komentar telah ditubuhkan pada 30 Sept 1998
dengan Laman Utama berjudul
KATAKAN TIDAK UNTUK UMNO
Pada awal penubuhan ini Komentar telah memohon link dari
Nasir Cyberway dan mereka ini lah yang membantu Laman Komentar
agar dikunjungi oleh semua golongan pendokong Reformasi.
Dari sini lah KOMENTAR terus menerus cuba memberi pandangan dan komen terhadap arah tuju Reformasi dengan harapan agar apa yang
diperjuangkan dapat dihayati oleh semua golongan masyarakat.
Kelainan KOMENTAR adalah KOMENTAR tidak menyiarkan berita berita sensasi
tetapi lebih kepada mengulas berita berita sedia ada dan menyiarkan beberapa artikel hasil tulisan sendiri.Mungkin kerana itu KOMENTAR tidak sepopular Laman Laman lain.
PEGANGAN KOMENTAR
KOMENTAR secara terus terang mendukung REFORMASI hasil laungan Sdr Anwar Ibrahim. KOMENTAR berhasrat dan bercita cita untuk membela Sdr Anwar Ibrahim dan seterusnya menuntut keadilan sejagat di Malaysia.KOMENTAR menentang sekeras keras penahanan Sdr Anwar Ibrahim dan mengutuk cara dan perlaksanaan undang undang ISA oleh Kerajaan yang sedang memerintah sekarang ini. KOMENTAR dalam menjalankan usaha ini menyedari dan melihat tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa keatas pendokong reformasi yang berdemonstrasi menuntut keadilan. Walaupun pelbagai media dan wakil kerajaan telah mengatakan bahawa rakyat khususnya pendokong reformasi telah keliru atau dikelirukan oleh pihak pihak tertentu tetapi sehingga kesaat ini KOMENTAR dan rakan juang lain masing tidak menerima sebarang kenyataan atau penerangan yang dapat menerangkan kedudukan sebenar dan beberapa persoalan khususnya penyingkiran Anwar Ibrahim dan penahanan beliau. Kerajaan masih gagal dalam memberi penerangan yang kukuh dan setakat ini keterangan kerajaan khususnya Dr Mahahtir hampir sama status dengan surat tohmahan Ummi Halfida dan Azizan.
Kerajaan setakat ini tidak langsung memberi penerangan yang konkrit tetapi apa yang dilakukan hanyalah menangkap mereka yang menyokong reformasi.

SEKIAN

KELAMAN SEBELUMNYA