Salam Reformasi
Hari ini genap
 Laman Komentar mencecah
usia 6 bulan dalam sama sama
memperjuangkan keadilan dan pembebasan Sdr Anwar Ibrahim.
Banyak masa telah diambil dalam memberi pandangan
serta mengajak sekian rakan taulan memahami dan
bertukar tukar pandangan dalam mencari dan mendidik kembali erti
keadilan yang lupus diinjak dan dinoda oleh pemimpin Malaysia
yang lupa pada rakyatnya.
Saudara pendokong Reformasi,
Kita masih lagi dipertengahan perjuangan,
Masing masing telah banyak bergorbankan baik harta dan masa dalam memastikan agar pemimpin yang memainkan peranan dalam konspirasi menjatuhkan Sdr Anwar Ibrahim dihukum dan ditolak dari terus
memimpin rakyat Malaysia.
Mereka telah berjaya menipu kita selama ini
dan dengan terbongkarnya penipuan ini maka rakyat Malaysia
harus mula mengusahakan agar mereka tidak lagi menerintah kerana pemerintahan mereka hanya untuk mengaut hasil buat diri dan rakan kroni mereka sahaja.
Sama sama kita usahakan demi mempertegakkan Keadilan dan menghapuskan pemerintah yang zalim terhadap rakyat sendiri.
Layarilah edisi khas Komentar sempena 6 bulan penubuhannya

SALAM REFORMASI
 

SEJARAH PENUBUHAN KOMENTAR
RIBUAN RAKYAT MENYOKONG REFORMASI ANWAR IBRAHIM
MENYINGKAP SAAT ANWAR IBRAHIM DI TANGKAP
KEKEJAMAN POLIS
LAMAN KOMENTAR SEKARANG INI