Artikel 7 Pemilihan ahli Majlis Tertinggi UMNO 5 tahun sekali Apa motif tujuan cadangan pemilihan ahli Majlis Tertinggi 5 tahun sekali kononnya mahu menghapuskan gejala politik wang. . Adakah cadangan pemilihan 5 tahun sekali dapat mengatasi masalah politik wang sedangkan pemimpin-pemimpin utama UM NO kuat makan rasuah. Saya berpendapat kemungkinan besar pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO cuba sekadar untuk mengekalkan kuasa mereka yang semakin tergugat dan terancam dan bukan berusaha membasmi rasuah politik wang. Saya rasa musuh utama UM NO adalah musuh dalam UM NO sendiri. Tiada sesiapa yang percayakan antara satu sama lain. Dengan memanjangkan tempoh proses pemilihan ahli Majlis Tertinggi, ia mungkin dapat mengurangkan masalah dalaman parti UM NO di mana pemimpin-pemimpin saling berebut-rebut mendapat jawatan. Jika masalah ini tidak dikawal, krisis dalaman UM NO akan memburukkan lagi keadaan yang berlaku pada UM NO sekarang Tiada gunanya UMNO buat itu buat ini untuk mengembalikan imej yang tercalar. Tiada siapa lagi yang mahu menyertai parti UMNO lagi yang sudah layak digelar parti dinosaur. Tiada siapa lagi berminat menyertai parti UMNO yang diterajui oleh diktator yang amat kejam. Tidak kira apa yang UM NO buat untuk merombak perlembagaan, adalah menjadi harapan rakyat, jika diizinkan oleh Tuhan pada pilihan raya umum ke 11, semua calon UMNO yang bertanding akan kecundang dan kalah teruk termasuk Presidennya sekali. UM NO akan mengalami kekalahan yang paling teruk dalam sejarah pilihan raya umum Malaysia. Jika orang Melayu tidak mahu parti UMNO terkubur, singkirkan pemimpin-pemimpin UMNO yang korup dan hilang akhlak. LTL