Berita Tergempar!!

April 10 2001

3 orang ditangkap polis setakat sekarang!!

Saudara Tian ditangkap di bawah ISA, menurut pembantunya!!

Hishamuddin Rais ditangkap 5 .00 pm di Bangsar Utama Tian Chua ditangkap 5.20 pm di Lucky garden, Bangsar Saari Sungib turut ditangkap di rumahnya di Ampang jam 5.50 pm Aktivis reformasi Saudara Hishamuddin Rais ditahan polis di pejabat beliau di Bangsar Utama (bertentangan dengan pejabat Malaysiakini) jam5 petang tadi. Sebab-sebab sebenar beliau ditangkap dan di mana beliau berada sekarang masih tidak diketahui. Walaubagaimanapun, beliau dipercayai ditahan bagi siasatan berhubung perhimpunan ‘Black 14' pada Sabtu ini.

Menurut beberapa eye-witness yang berada di situ, saudara Hishamuddin telah dibawa dengan tangan digari oleh 9 orang (1 orang beruniform polis dan 8 yang lain berpakaian biasa) yang datang dengan sebuah kereta wira putih tanpa sebarang logo dan sebuah kereta Mazda hijau buruk.

Manakala naib presiden Keadilan saudara Tian Chua pula ditahan polis puluhan minit selepas itu di pejabat beliau di Bangsar. Menurut salah seorang eye witness di situ, saudara Chi Fat (pembantu saudara Tian Chua), lebih kurang 9 orang (1 orang beruniform polis dan 8 yang lain berpakaian biasa) telah masuk ke dalam pejabat Tian dan menahan beliau. Apabila saudara Tian cuba menanyakan sama ada polis mempunyai warrant untuk menangkap beliau, Arresting Officer yang menjalankan tugas DSP Lum menyatakan bahawa permit tidak diperlukan.

Saudara Chi Fat telah memberitahu SUARAM bahawa Arresting Officer DSP Lum telah menekankan bahawa saudara Tian ditahan di bawah ISA dan akan dibawa ke Bukit Aman setelah ditanya berkali-kali di bawah akta apa saudara Tian ditahan.]

Sementara Pengerusi jawatankuasa penganjur Saari Sungib turut ditangkap di rumahnya di Ampang lebih kurang 5.5pm tadi. Tiada maklumat terkini tentang keadaan beliau setakat sekarang.

Rashid Kang

SUARAM