DAH DEKAT 3 TAHUN.

Masuk September ini hampir 3 tahun Komentar berada di hadapan komputer sambil membiarkan jari-jari ini menari-nari diatas papan kekunci untuk membicarakan isu kemelut politik tanah air ini. Hampir tiga tahun.....Komentar dalam dunia siber. Lama itu. Kalau buat program kat universiti sudah tentu hampir untuk menerima ijazah. September itulah bermulanya laungan reformasi yang sungguh padu dan bersemangat. Laungan REFORMASI Sdr Anwar Ibrahim berjaya mengumpul ratusan ribu rakyat berhimpun di Dataran Merdeka untuk mendesak perubahan dalam negara ini, mendesak Dr Mahathir untuk undur. Sdr Anwar Ibrahim sewaktu melancarkan REFORMASI ini menjemput rakyat untuk menilai semula hak mereka sebagai rakyat di Malaysia. UMNO dan Barisan Nasional serta pembangkang dengan PAS, DAP dan PRM diajak oleh Sdr Anwar Ibrahim untuk melakukan REFORMASI agar kronisma, nepostisma dan korupsi terbenteras di negara ini. Sdr Anwar Ibrahim juga mendedahkan konspirasi jahat menjatuhkannya dengan segala bentuk tohmahan dan fitnah yang dibuat keatas diri ini. Setelah lancaran REFORMASI tersebut Sdr Anwar terus dipenjarakan tetapi laungan Anwar tidak juga hilang. Semasa dalam tahanan itu beliau melaungkan "sungguhpun jasad ini terpenjara tetapi jiwanya tetap bebas dan merdeka".

Suara Sdr Anwar disambut dengan lantang oleh Sdr Ezam Mohd Nor serta rakan reformasi yang lain. Lokman Noor Adam, Tien Chua, Saari Sungib dengan program-program reformasi serta beberapa rakan lain yang menjadi benteng utama gerakan reformasi. Kini semuanya sudah terkurung di Kemunting tanpa mahu bicara mereka didengari oleh rakyat Malaysia. Apakah itu mematikan semangat reformasi? Apakah itu akan membunuh reformasi? Semua persoalan ini disoalkan oleh gerak hati Komentar kepada minda Komentar. Sudah berakhirkan REFORMASI atau sesudah ini akan bangkit ratusan Anwar Ibrahim yang pasti bangkit membela hak bangsa,agama dan negara.

Dalam termenggu Komentar berkeyakinan Sekretariat BA akan terus memperjuangkan reformasi dan kepimpinan Pemuda dari parti-parti komponen akan mula bertindak mengganti Sdr Anwar dan rakan-rakan lain yang terpenjara. Komentar percaya Pemuda dari parti-parti lain akan bangkit dengan lebih bersemangat dalam memperjuangkan hak rakyat, keadilan dan menghapuskan kezaliman. Komentar percaya suara Sdr Anwar Ibrahim yang dibawa semangatnya oleh Sdr Ezam akan terus menjana kesedaran rakyat terhadap cita-cita reformasi. Kini mereka semua ditahan maka landasan desakan secara aktif dan aggresif patut dipikul oleh Pemuda Barisan Alternatif . Mungkin mereka sedang memulakan langkah untuk terus menjayakan tuntutan reformasi dan akan terus membawa semangat juang Sdr Ezam. Komentar percaya PAS dengan pendokong yang ramai di peringkat akar bumi akan mula membuat desakan sebagai mana desakan dibuat oleh reformis terdahulu.

Komentar percaya PAS akan hadir membela seorang rakyat yang dizalimi oleh kerajaan yakni Sdr anwar Ibrahim. Komentar percaya Pemuda PAS dan parti komponen lain akan bangkit memperjuangkan pembebasan Sdr Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya yang juga sedang terpenjara atas Akta ISA.

Betul tak PAS..betulkan ???

Komentar-saja melepaskan tension di kepala.